4 Impak Kerap Berjaga Malam


Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini ramai yang kerap berjaga malam. Justeru itu, terdapat impak kerap berjaga malam bagi golongan yang kerap berjaga malam. Terdapat beberapa golongan yang mengalami gangguan tidur dan BUKAN mereka menginginkan gangguan tersebut. Antara yang boleh menyebabkan gangguan tidur termasuk:

  • Gaya hidup – kerja syif yang kerap dan tidak teratur
  • Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam
  • Gangguan psikologikal atau penyakit mental contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol
  • Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

TAHUKAH ANDA!!!

Tidur amat penting bagi perkembangan otak manusia seperti mana pentingnya oksigen, makanan dan minuman. Justeru itu, bagi mereka yang kurang tidur pasti akan mendapatkan impak negatif.

“Golongan dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam tidur yang berkualiti setiap hari”

Impak Kerap Berjaga Malam

Antara impak kerap berjaga malam adalah:-

1) Ganguan fungsi kognitif, pelupa dan tiada daya tumpuan.

“Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya”

Dalam erti kata mudah, pendekataan kognitif merupakan pemdekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu. Ianya termasuklah pemikiran yang kritis dan kreatif, belajar dan motivasi.

Sekiranya, kerap berjaga malam maka impak yang besar akan terlihat dalam diri mereka TERUTAMANYA golongan pelajar. Ganggu fungsi kognitif ini akan menyebabkan para pelajar menjadi pelupa dan secara TIDAK LANGSUNG akan HILANG DAYA TUMPUAN terhadap pembelajaran bagi pelajar dan HILANG DAYA TUMPUAN ketika bekerja.

Justeru itu, ELAKKAN diri daripada kerap tidur malam tanpa sebarang sebab yang munasabah. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk kebaikan diri sendiri.

Baca Juga :   3 Tips Untuk Mendapatkan Berat Badan Ideal Buat Remaja

2) Obesiti Dan Diabetes

Kerap berjaga malam akan menyebabkan seseorang itu mengambil makanan yang tidak sihat sebagai snek harian mereka. Tanpa mereka sedari, kebiasaanya mereka yang berjaga malam akan mengambil makanan lebih daripada biasa bagi melayan perasaan mengantuknya TETAPI tidak boleh tidur. Dengan cara itu akan menyebabkan pertambahan berat badan dan kadar obesiti akan meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.


PERINGATAN!!!

BUKAN mengambil makanan manis sahaja boleh meningkatkan berat badan malahan kerap berjaga malam juga merupakan salam satu faktor berat badan meningkat. Hal ini disebabkan oleh, gangguan pada metabolism badan dan perubahan hormon (insulin dan kortisol) yang menyebabkan individu lapar dan berkeinginan mencari makanan berkarbohidrat/ gula dari biasa pada waktu malam.

“Disebabkan oleh itu, ELAKKAN diri daripada terbiasa berjaga pada waktu malam”

3) Emosi terganggu


Kurang tidur boleh menyebabkan kawasan otak yang mengawal aktiviti dalam membuat suatu keputusan dan perancangan teratur akan terganggu atau berhenti berfungsi. Disebabkan oleh itu, ia akan merangsang gerak hati dan kelakuan untuk melakukan sesuatu yang berisiko membahayakan diri dan orang sekeliling.

“Dalam erti kata yang mudah difahami, mereka yang tidak cukup tidur dalam sehari boleh melakukan sesuatu perkara diluar kawalan diri”

 

4) Impak kesihatan asas

Impak asas yang dimaksudkan disini adalah impak terhadap immuniti badan yang boleh menyebabkan berlakunya infeksi dalam tubuh badan. Antara impian imuniti tubuh yang terkesan seperti selsema, demam dan lain-lain infeksi lagi.

TAHUKAH ANDA!!!

Kerap berjaga malam walaupun hanya satu malam boleh memberikan impak negatif kepada jam biologikal individu dan seterusnya menganggu regulasi gula dalam darah.

Justeru itu, sebagai seorang yang masih waras ELAKKAN diri daripada berjaga malam. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat dan dapatkan nasihat pakar sekiranya anda mengalami masalah untuk tidur. Mereka yang pakar akan mencari faktor penyebab mengapa anda sukar tidur dan akan membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Rujakan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/kecelaruan-tidur/
2) https://www.scribd.com/doc/70533056/Definisi-Kognitif
3) http://www.myhealth.gov.my/isu-remaja-dan-tidur/

Baca Juga :   Piramid Makanan Malaysia 2020

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh