4 Faktor Kesukaran Mendapatkan Anak

Faktor kesukaran mendapatkan anak
Faktor Kesukaran Mendapatkan Anak. Anak merupakan anugerah yang tidak terhingga buat pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Justeru itu, setiap satu moment bersama pasti akan membuatkan mereka tersenyum. Tetapi apakah faktor kesukaran mendapatkan anak.

Faktor kesukaran mendapatkan anak

“JANGAN pernah salahkan wanita sekiranya pasangan sukaran untuk mendapatkan anak kerana mungkin BUKAN pihak wanita yang mempunyai masalah tetapi mungkin lelaki maka berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui masalah yang sebenar”

Bagi penulisan kali ini, kita merungkai dahulu permasalahan yang berkaitan dengan wanita. Adakah permasalahan ini merupakan faktor kesukaran mendapatkan anak atau tidak.

Faktor kesukaran mendapatkan anak

Punca kesukaran mendapatkan anak bagi seorang wanita yang sudah berkahwin ada pelbagai faktor. Antara faktornya adalah:-

 

1) Usia

Usia merupakan salah satu faktor paling penting yang mempengaruhi kesuburan seorang wanita. Kesuburan seorang wanita akan mula menurun pada awal usia 30-an dan pada usia 35 ia akan menurun sebanyak kira-kira 40%. Dan menjelang umur 40 tahun kesuburan wanita semakin menurun bagi meniti masa menopause.

TAHUKAH ANDA!!!

Wanita dilahirkan dengan bilangan telur yang tetap, justeru itu semakin meningkat usia penghasilan telur semakin berkurangan.

Kebanyakan selebriti yang mempunyai bayi dalam usia 40-an dan mereka selamat melahirkan bayi walaupun umur semakin meningkat. Justeru itu, usia bukanlah kayu ukur bagi seseorang itu hendak mendapatkan zuriat tetapi usia melambangkan tahap kesihatan seseorang itu.

2) Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS)

PCOS adalah ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid terganggu. Ini adalah penyebab ketidaksuburan yang paling biasa disebabkan oleh anovulasi (tiada ovulasi atau telur dikeluarkan).

PCOS berlaku disebabkan kehadiran cyst kecil di luar ovari. Walaupun ramai wanita mempunyai ovari polikistik, TIDAK SEMUA WANITA MEMPUNYAI SINDROM OVARIUM POLIKISTIK. Wanita dengan PCOS mempunyai simptom tambahan termasuk tempoh haid yang tidak teratur, berat badan yang berlebihan atau obesiti (terutamanya di kawasan perut), jerawat, rambut yang berlebihan di wajah dan badan.

***Dianggarkan 30% wanita yang subur boleh mengalami PCOS***

Pesakit PCOS akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak TETAPI sekiranya mereka berjumpa dengan pakar sakit puan, maka ianya mampu membantu menyelesaikan masalah ini. PCOS TIDAK boleh dirawat secara tradisional TETAPI dengan rawatan kesihatan dihospital mereka boleh mendapatkan rawatan lebih awal.

3) Endometriosis


Endometriosis merupakan salah satu daripada penyakit sakit puan yang biasa dialami oleh golongan wanita. Hampir satu daripada tujuh wanita pada peringkat umur di antara 30 sehingga 45 tahun menghidapi endometriosis. Endometriosis BUKAN bersifat kanser dalam tubuh wanita, tetapi endometriosis merupakan satu keadaan di mana tisu yang merangkumi rahim (tisu endometrium) tumbuh di bahagian lain badan, biasanya di pinggul. Tisu endometrial yang tumpul ini berdarah dengan cara yang sama seperti lapisan rahim, tisu yang terperangkap menyebabkan kerengsaan dan keradangan.

Antara simptom endometriosis yang paling biasa adalah:-

  • Darah haid yang banyak tetapi tidak teratur
  • Senggugut (sakit semasa haid)
  • Sakit semasa melakukan hubungan kelamin
  • Sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen (pertengahan haid)

TAHUKAH ANDA!!!

Endometriosis boleh menjejaskan kesuburan seorang wanita. Ianya boleh merosakkan ovari supaya ovulasi tidak dapat berlaku. Begitu juga, kerosakan atau penyumbatan ke dalam tiub fallopian boleh menghalang perjalanan telur ke rahim. Masalah endometriosis boleh memberi kesan pada lapisan rahim yang mempengaruhi implantasi telur yang disenyawakan.

 

4) Berat badan

Berat wanita adalah salah satu perkara penting dalam kesuburan. Tidak kira anda kurang berat badan atau berlebihan berat badan atau obesiti kebiasaanya akan mengalami masalah kesuburan.

Wanita yang kurang berat badan atau mempunyai peratusan lemak badan yang rendah (kebiasaanya pemain sukan) boleh mengalami kitaran haid yang tidak teratur (Amenorea) dan masalah dengan ovulasi.

Berlebihan berat badan atau obesiti boleh mengganggu haid normal dan ovulasi. Wanita yang berlebihan berat badan dan gemuk mempunyai risiko keguguran dan komplikasi kehamilan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, kadar kejayaan yang lebih rendah dengan rawatan kemandulan seperti IVF.

PERINGATAN!!!

Wanita yang susah untuk menurunkan berat badan perlu dinilai untuk melihat samaadakah mereka mempunyai masalah PCOS atau tidak kerana ini adalah gejala yang biasa bagi mereka yang mempunyai masalah PCOS.

Wanita sering kali boleh meningkatkan peluang kehamilan mereka dengan perubahan yang agak kecil terhadap berat badan. Wanita yang berlebihan berat badan atau obes yang mampu menurunkan berat badan sebanyak 5% sudah mencukupi untuk memulihkan kitaran haid dan ovulasi yang tetap.

“Berjumpalah dengan pakar agar kita dapat menurunkan berat badan dengan betul”

Sekiranya kita sudah berkahwin dan setelah 2 tahun lebih masih tidak mempunyai zuriat maka anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Jangan terlalu stress sekiranya tiada zuriat kerana sesungguhnya Allah lebih ketahui apa yang terbaik buat hambanya.

Rujukkan:-
1) https://womhealth.org.au/pregnancy-and-parenting/five-causes-female-infertility
2) http://www.myhealth.gov.my/en/endometriosis/
3) http://www.myhealth.gov.my/tiada-haid/


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh