Ibu

4 Cara Tenangkan Anak Mengamuk Yang Mudah

Kadang-kadang sebagai ibu dan ayah kita rasa kalut dan stress apabila anak mengamuk. Semakin kita sibuk bekerja semakin kerap kita melihat anak memberontak untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa. Tetapi terkadang kita khilaf dan tidak tahu cara tenangkan anak mengamuk atau memberontak. sampai satu peringkat umur, semua kanak-kanak akan bertingkahlaku seperti ini. 

4 Cara Tenangkan Anak Mengamuk Yang Mudah

4 Cara Tenangkan Anak Mengamuk Yang Mudah

 

Semakin kita sibuk bekerja semakin kerap kita melihat anak memberontak untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa. Tetapi terkadang kita khilaf dan tidak tahu cara tenangkan anak mengamuk atau memberontak.

Terkadang sebagai ibu bapa kita beranggapan anak mengamuk kerana nakal. Sebenarnya anak mengamuk atau memberontak kerana mahukan kasih sayang dan perhatian daripada seorang yang bergelar ibu.

Sedar tak sedar anak sudah membesar. Justeru itu, perhatian yang kurang akan menyebabkan anak lebih mudah memberontak. Pada usia 3-6 tahun anak-anak sedang dalam proses mengenal sesuatu yang baru. Jadi semasa proses ini mereka sedang sibuk membina skill interpersonal sebagai contoh skill dalam pergaulan. Justeru itu, sebagai ibu bapa anda perlu bijak menangani masalah ini.

Di sini terdapat beberapa cara untuk tenangkan anak mengamuk. Antara cara tenangkan anak mengamuk adalah:-

1) Peluk anak ketika dia sedang mengamuk

Pelukan mampu mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara anak dan ibu. Justeru itu, ketika anak sedang mengamuk ibu perlu terus memeluk anak agar mereka mampu rasai kasih sayang daripada seorang yang bergelar ibu.

Justeru itu, peluklah anak sekiranya mereka memberontak. Dan ketika memeluk anak bisikkan di telinga mereka bahawa ibu sayang akan mereka dan ungkapkan cara mengamuk bukanlah salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan perhatian.


TAHUKAH ANDA

Sentuhan antara anak dan ibu mampu merangsang emosi anak dan mampu melembutkan perasaan amukkan anak-anak


Cara tenangkan anak mengamuk
Selepas selesai memujuk anak yang sedang mengamuk, ajak anak berehat atau bantu mereka tidur. Mungkin salah satu faktor anak gemar mengamuk atau memberontak kerana kurang tidur atau rehat. Jadi, dengan adanya ibu di sisi membantu mereka untuk tidur dengan lebih tenang.

Semasa anak tidur di sisi ibu boleh membacakan doa agar anak menjadi anak yang soleh dan solehah serta mendengar kata. Setelah selesai membaca doa tiupkan doa tersebut diumbun-umbun rambut anak.

 

2) ELAKKAN memarahi anak ketika anak sedang mengamuk

Sebagai ibu bapa pasti anda berasa lelah dalam menjaga anak TERUTAMANYA ketika sedang penat. TETAPI sekiranya penat sekalipun elakkan diri daripada memarahi mereka kerana amukkan mereka adalah tanda mereka memerlukan perhatian.

Terangkan kepada anak bahawa mengamuk itu bukan salah satu cara yang betul dalam menunjuk sifat protes. Jika mahukan perhatian atau sesuatu mereka perlu bijak memujuk ibu bapa mereka sebagai contoh:-

  • Sopan ketika berada dihadapan ibu bapa
  • Mendengar kata dan nasihat
  • Jaga perangai dan kerap buat muka comel di hadapan ibu bapa agar stress yang dihadapi ibu bapa berkurangan.

3) ELAKKAN menghukum anak tanpa sebab

Sudah menjadi satu kebiasaan buat ibu bapa memberikan hukuman kepada anak sekiranya melakukan kesalahan. Ya, hukuman itu bagus bagi memberikan mereka satu peringatan bahawa bukan semua perkara mereka boleh mengamuk. TETAPI ibu bapa juga perlu melihat bagaimana cara untuk menghukum anak mengamuk.

BUKAN MENGHUKUM TETAPI LEBIH KEPADA TERAPI iaitu dengan menggunakan “reflection chair”. Di mana anak yang sering mengamuk atau memberonak ini perlu diberi satu kerusi dan mereka perlu duduk di kerusi dalam 20 minit.


Cara tenangkan anak mengamuk
Tujuan reflection chair ini adalah bagi memberikan mereka ruang untuk berfikir apa yang mereka lakukan ada salah. Pada masa yang sama, mampu memberikan mereka peringatan bahawa setiap kesalahan perlu ada hukuman.

4) Alihkan perhatian mereka kepada sesuatu yang mereka sukai

Cari kelemahan anak kerana setiap anak mempunyai kelemahan yang tersendiri. Justeru itu, ibu pasti berasa tertekan sekiranya anak kerap mengamuk jadi ibu perlu bijak dalam mengalihkan perhatian anak akan sesuatu yang mereka minati.

Sekiranya anak gemar mewarna maka alihkan perhatian anak kepada aktiviti yang mereka sukai. Tetapi selepas anak berhenti mengamuk ibu perlu menerangkan kepada anak bahawa perbuatan mengamuk bukan suatu perbuatan yang elok.


***Akhlak anak adalah acuan daripada ibu bapa, sekiranya cantik acuannya yang ibu bapa buat maka cantik jugalah akhlak anak-anak***

Justeru itu, didiklah anak dengan penuh kasih sayang. Perbetulkan segala kesilapan anak ketika usia masih lagi kecil kerana pada usia kecil mereka mampu mendengar kata dan nasihat. Sesungguhnya melutur buluh biarlah dari rebungnya.

Hanya ibu bapa yang mengenali anak mereka, tanpa ibu bapa yang mendidikan anak dengan betul bagaimana hendak mereka ketahui mana yang salah dan mana yang betul. Diharapakan tips cara tenangkan anak mengamuk ini membantu serba sedikit ibu bapa dalam mendidik anak. 


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh