4 Cara Atasi Masalah Kulit Kering Dan Gatal

Kulit kering dan gatal sering berlaku kepada mereka yang mempunyai alergy akan sesuatu. Justeru itu, anda perlu bijak mengetahui cara atasi masalah kulit kering dan gatal ini.

Antara faktor penyebab kulit kering adalah disebabkan oleh:-
√ Virus
√ Keadaan kesihatan yang kronik,
√ Rengsaan persekitaran,
√ Tindak balas alahan
√ Proses penuaan semula jadi

Disebabkan kulit terlalu kering, ianya mudah menyebabkan seseorang itu mendapat masalah kulit gatal. Justeru itu, cara atasi masalah kulit kering dan gatal ini amat penting.

Cara atasi masalah kulit kering dan gatal

Perbezaan diantara kulit sihat dan kulit yang kering

 

Masalah kulit kering juga boleh dikenali sebagai:-

1) Asteatosis

Asteatosis berlaku apabila kelenjar sebum menghasilkan rembesan yang berkurangan. Istilah ini digunakan bersama dengan xerosis apabila membincangkan kulit kering yang dialami orang-orang tua.

“sebum adalah salah satu kelenjar yang membantu melembapkan kulit. Pengeluaran sebum yang sedikit akan menyebabkan kulit kering manakala penghasilan sebum yang terlalu banyak akan menyebabkan kulit berminyak”

2) Xerosis

Xerosis bermusim (gatal musim sejuk) biasanya melibatkan rasa gatal tetapi tiada ruam. Keadaan ini berlaku semasa musim sejuk kerana kelembapan yang rendah. Justeru itu, semasa musim sejuk orang ramai digalakkan untuk menukar gaya hidup agar kulit tidak terlalu kering lalu menyebabkan kegatalan.

3) Ekzema

Ekzema ialah sejenis keradangan kulit yang bermula dari masalah yang ringan sehingga ke tahap yang kronik dan teruk. Gejala utamanya ialah tompokan kulit kering dan bersisik yang menyebabkan kegatalan yang teramat. Ekzema sering berlaku ketika kecil (bayi). TetapI kecenderungan mendapat ekzema yang teruk adalah disebabkan oleh keturunan.

4) Ichthytosis

Ichthytosis adalah kumpulan kira-kira 20 keadaan kulit yang menyebabkan kulit kering dan bersisik. Mereka yang mengalami masalah ichthytosis ini akan kehilangan penghalang pelindung yang mengekalkan kelembapan di kulit mereka.

Baca Juga :   4 Faktor Kesukaran Mendapatkan Anak
“Kulit kering akan membuat sel kulit baru terlalu cepat atau membuang sel lama terlalu perlahan”

Ini membawa kepada pembentukan kulit tebal dan bersisik. Sebilangan besar kes ichthyosis adalah ringan. Ichthyosis TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN, tetapi RAWATAN DAPAT MENGHILANGKAN KERAK dan MEMBUAT pesakit merasa lebih selesa.

Rawatan atau cara atasi masalah kulit kering dan gatal

Cara atasi masalah kulit kering dan gatal

Buat pengetahuan umum, kebanyakan cara atasi masalah kulit kering dan gatal ini adalah pesakit perlu KERAP menggunakan:-

1) Pelembap (lotion/ cream)

Pelembap memberikan pelindung kepada kulit agar air tidak keluar daripada kulit. Sapukan pelembap beberapa kali sehari selepas mandi.

INFO TAMBAHAN!!!

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering TETAPI mahu menggunakan kosmetik, anda DISARANKAN menggunakan minyak bayi bagi mengekalkan kelembapan. Hal ini kerana minyak mempunyai daya tahan yang lebih banyak daripada pelembap dan mampu mencegah penyejatan air dari permukaan kulit.

Cadangan lain yang boleh digunapakai adalah, penggunaan jeli petroleum (contoh:- Vaseline, Aquaphor) bagi mengekalkan kelembapan.

2) Mengelakkan mandi menggunakan mandian yang mempunyai bau

Bau-bauan (wangian) di dalam mandian juga boleh menjadi salah satu penyebab kulit kita menjadi kering dan akhir menjadi gatal. Justeru itu, ELAKKAN penggunaan sabun yang boleh menyebabkan kulit kering dan gatal. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, anda DISARANKAN untuk menggunakan sabun yang “paraben free”

3) ELAKKAN mandi menggunakan air panas yang terlalu lama

Mandi yang panjang menggunakan air panas akan menyebabkan minyak keluar daripada permukaan kulit anda. Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering anda perlu menghadkan mandian mengunakan air suam/ tidak panas.

4) Pilih kain dan saiz baju yang sesuai.

Kain yang semulajadi, seperti kapas dan sutera membolehkan kulit anda bernafas dan mampu mengurangkan masalah kulit kering. TETAPI bulu, walaupun semula jadi, dapat menyebabkan kekeringan pada kulit normal.

Selain pemilihan jenis kain, saiz baju juga memainkan peranan penting dalam mengawal masalah kulit kering. Saiz baju tidak menjadi masalah utama TETAPI sekiranya mereka yang mempunyai masalah kulit kering menggunakan saiz baju yang tidak bersesuaian dengan tubuh badan akan menyebabkan kulit boleh menjadi gatal kerana geseran yang berlaku antara baju dan tubuh badan.

Baca Juga :   Amalan Selepas Bersara Untuk Mencegah Dementia
“Geseran yang berlaku pada baju boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gatal TAMBAHAN lagi sekiranya jenis kain yang digunakan TIDAK bersesuaian maka akan meningkatkan lagi masalah kulit kering dan kegatalan pada kulit”

***Anda perlu bijak dengan memanfaatkan cara atasi masalah kulit kering dan gatal***

INFO TAMBAHAN!!!

Sekiranya anda mempunyai kulit yang SANGAT KERING dan BERSISIK, doktor anda mungkin mengesyorkan anda menggunakan krim bebas (tanpa resep) yang mengandungi asid laktik atau asid laktik dan urea. Ianya bagi membantu mengambilkan semula kelembapan pada kulit.

“Terkadang kulit kering boleh membawa kepada dermatitis, yang menyebabkan kulit gatal kemerah-merah. Sekiranya ia berlaku, rawatan yang mungkin diberikan adalah losyen/ cream yang mengandungi hidrokortison, semuanya memerlukan rujukan daripada doktor dahulu”

Pilihan ditangan anda, anda boleh memilih untuk merawat masalah kulit kering dan gatal menggunakan barang luar dari kaunter farmasi atau mengambil ubat dikaunter farmasi bagi mengelakkan masalah kekeringan kulit berterusan.

Rujukan:-

1) https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dry-skin/diagnosis-treatment/drc-20353891
2) https://www.healthline.com/health/xerosis
3) https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/what-is-ichthyosis
4)
https://www.cetaphil.com.my/ms/article/kulit-kering-apakah-sebenarnya?gclid=Cj0KCQiA_qD_BRDiARIsANjZ2LDcGriDlzPrgOt8OQs_Ve5j5DsRiXnzq2Dvjuf9Vjy0Jbn3kO5R0e8aAovnEALw_wcB

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh