4 Aktiviti Riadah Semasa Cuti Sekolah Di Musim Pandemik

Dahulu sekiranya cuti sekolah semakin hampir pasti ibu bapa sibuk mengatur cuti bagi memastikan anak-anak dapat bercuti atau melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga. Tetapi pada tahun 2020 ini, tiada istilah cuti sekolah semakin hampir kerana pada tahun ini hampir 70% masa anak-anak adalah berada di rumah. Dalam erti kata yang mudah “Study at Home or Home School”

Aktiviti riadah
4 Aktiviti Riadah Semasa Cuti Sekolah Di Musim Pandemik

Antara aktiviti riadah yang boleh dijadikan pilihan kepada ibu bapa semasa cuti sekolah di musim pandemik. Hal ini disebabkan pandemik COVID-19   yang semakin menganas pada awal tahun 2020 sehingga kini. Justeru itu, ibu bapa tidak perlu berasa terlalu bimbang kerana anak sudah mempunyai aktiviti riadah sendiri semasa berada di rumah. Walau bagaimana sekalipun, pasti ibu bapa tetap mahukan anak-anak mempunyai aktiviti yang bermanfaat ketika cuti sekolah.

Hal ini disebabkan oleh kerana aktiviti riadah bersama ahli keluarga mempunyai manfaat yang lebih baik. Terdapat pelbagai manfaat sekiranya ibu bapa mampu melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak walaupun sesibuk mana ibu bapa tersebut.

Antara manfaat aktiviti riadah adalah:- 

√ Mengisi masa lapangan dengan aktiviti yang bermanfaat
√ Ibu bapa dapat memastikan anak-anak membesar dengan normal dan sihat
√ Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
√ Mencabar kemampuan diri (sekiranya melakukan aktiviti hiking/cycling)
√ Menambah keyakinan dan motivasi diri

Seterusnya, antara aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan ketika cuti sekolah pada musim pandemik ini adalah:-

1) Membuat kuih/kek bersama anak-anak

Aktiviti riadah

Walaupun kita ketahui, sekiranya ibu melakukan aktiviti seperti membuat kuih/kek besama-sama anak pastinya kek tersebut tidak akan menjadi. Hal ini disebabkan anak-anak lebih banyak main berbanding membuat kuih/kek.

Tetapi tahukah anda semasa proses bermain membuat kek tersebut ibu bapa telah berjaya menguatkan lagi hubungan antara adik beradik. Hal ini disebabkan oleh, setiap satu kejadian atau moment bahagia mampu membuatkan mereka sentiasa sayang akan keluarga mereka. Selain itu, ianya dapat membuatkan mereka sentiasa merasa rumah adalah syurga bagi mereka mendapatkan kebahagian.

***Ibarat Rumahku Syurgaku***

2) Cuci kereta bersama-sama

Bila sebut sahaja cuci kereta pasti anak-anak akan gembira kerana dengan mencuci kereta mereka mampu bermain air tanpa batasan. Tetapi dalam masa kita mengajak anak mencuci kereta kita juga mampu mengajar anak akan sesuatu iaitu kebersihan.

Sekiranya kita sering mengamalkan penjagaan kebersihan akan sesuatu barang maka anak juga mudah untuk mengikutinya. Semua ini disebabkan oleh ibu bapa adalah suri tauladan yang terbaik buat anak-anak. Justeru itu, setiap aktiviti riadah yang dilakukan bersama anak-anak pastikan terdapat kebaikan di sebalik aktiviti tersebut.

“Ibu bapalah suri tauladan pertama yang anak-anak ikuti sebelum pergi ke sekolah”

3) Bermain aktiviti outdoor (eg: Badminton) dan indoor seperti ping pong

Aktiviti outdoor seperti ini sememangnya agak memenatkan kerana akan mengeluarkan peluh yang banyak. Tetapi aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan kerana aktiviti seperti ini mampu menguatkan lagi stamina anak-anak dalam melakukan aktiviti yang lasak.

Selain daripada itu, aktiviti seperti ini juga mampu untuk mengajar mereka erti bekerjasama sekiranya bermain badminton (permainan secara beregu) untuk menang dalam pertandingan dan fokus dalam melakukan sesuatu.

Mudah sebenarnya untuk mengasah bakat tersembunyi anak-anak sekiranya kita melakukan riadah bersama-sama. Pada masa yang sama, semasa melaksanakan aktiviti riadah seperti ini mampu mengajar ibu bapa mengenali anak dengan lebih dekat lagi.

“Anak adalah sehelai kain putih yang perlu dijaga agar kain tersebut sentiasa putih sehingga ke penghujungnya”

Manfaat melakukan aktiviti outdoor ini banyak antaranya:-


√ Dapat mengurangkan perasaan stress dalam kalangan anak-anak kerana perlu duduk dirumah sepanjang PKP ini
√ Meningkatkan stamina anak-anak
√ Menyihatkan tubuh badan ibu bapa dan anak
√ Sifat bekerjasama dalam satu kumpulan

“Keluarga bahagia datangnya daripada didikan ibu bapa itu sendiri kerana ibu bapa yang membentuk akhlak anak-anak”

4) Bercucuk tanam (sayur/bunga) di halaman rumah

Aktiviti bercucuk tanam ini seronok dilakukan kerana pada masa ini ibu bapa boleh mengajar mereka untuk sayangi ciptaan Allah SWTdengan bercucuk tanam. Di sini ibu atau bapa mendapat dua manfaat dalam satu masa iaitu:-


√ Dapat mengajar anak bercucuk tanam dan sabar semasa bercucuk tanam
√ Dapat bercucuk tanam sekaligus mampu untuk berjimat sekiranya tanaman tersebut menjadi.

Mudah untuk membina institusi kekeluargaan yang harmoni sekiranya ibu bapa itu sendiri tahu caranya. Sekiranya tidak tahu ibu bapa perlu belajar agar mampu membina institusi kekeluargaan yang harmoni.

Salah satu cara mudah untuk membina institusi kekeluargaan yang harmoni adalah dengan cara sentiasa melakukan aktiviti riadah bersama keluarga agar kita boleh ketahui perubahan yang berlaku pada anak-anak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh