3 Tips Untuk Mendapatkan Berat Badan Ideal Buat Remaja

3 Tips untuk mendapatkan Berat Badan ideal buat remaja. Pada zaman serba moden kini, ramai remaja yang mendambakan tubuh badan yang kecil kerana mereka beranggapan bahawa tubuh badan yang kecil itu cantik. Tetapi, secara jujurnya tubuh badan yang kecil BUKAN melambangkan seseorang itu sihat tetapi lebih kepada mahu kelihatan cantik di mata orang ramai. Justeru itu, ramai remaja yang sanggup tidak mengambil makanan yang seimbang hanya kerana inginkan tubuh badan yang kecil.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya menterjemahkan maksud sebenar berat badan ideal buat remaja zaman kini. BERAT BADAN YANG IDEAL disini membawa erti berat badan anda sesuai dengan ketinggian anda. Contoh yang mudah adalah tinggi anda 154cm maka berat badan yang sesuai untuk anda adalah 47 kg – 57 kg.

Cara pengiraannya mudah dengan klik sahaja pautan dibawah untuk kira Berat Badan Ideal anda:-
https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/bmi-calculator/

Tahap Berat Badan yang terlebih adalah seperti dibawah:-

(Rujukkan:- The new improve BMI by Marcia Herrin)

Selepas kita mengetahui berat badan ideal maka gaya hidup yang sihat boleh dilakukan. Antara tips yang penting adalah:-

1) Amalkan Suku-suku separuh dalam diet seharian menggunakan pinggan sihat Malaysia

Tips

Dalam setiap makanan seharian WAJIB 1/2 daripada pinggan adalah sayur-sayuran & buah-buahan, 1/3 lagi adalah karbohidrate dan 1/3 lagi adalah protein (lauk pauk).

Sekiranya kita mengamalkan suku-suku separuh ini maka kita mampu mengawal pengambilan karbohidrate yang terlalu banyak dalam makanan utama kita. Sekiranya itu berlaku, maka sukar untuk kita mendapatkan berat badan yang ideal itu.

PERINGATAN!!!

Pengambilan karbohidrate TANPA kawalan mampu menyebabkan kenaikan berat badan kerana KARBOHIDRATE akan ditukarkan kepada LEMAK sekiranya tidak digunakan.

a) Karbohidrate terbahagi kepada 2 iaitu:-

  • ​Karbohidrate ringkas (contoh : gula, madu)

Karbohidrate yang mudah ditukarkan kepada tenaga

PERINGATAN!!!

Iya, karbohidrate ringkas mudah ditukar kepada tenaga TETAPI ianya juga mudah MENINGKATKAN PARAS GULA DALAM DARAH

  • Karbohidrate kompleks (contoh : nasi, mee, spagheti dlm)

Karbohidrate kompleks ini adalah salah satu jenis karbohidrate yang memerlukan masa untuk cerna (panjang rantaian yang perlu diputuskan agar menjadi karbohidrate ringkas) TETAPI ianya bukanlah salah satu sebab PARAS GULA DALAM DARAH MENINGKAT secara MENDADAK

Faham tak sekarang mengapa pengambilan karbohidrate yang banyak boleh menyebabkan berat badan meningkat tanpa disedari. Karbohidrate tidak salah, yang salah itu adalah manusia itu sendiri yang kurang bijak dalam mengawal NAFSU makan. Pengambilan karbohidrate secara sederhana amatlah digalakkan BUKAN langsung tidak ambil karbohidrate.

“Pengurangan pengambilan karbohidrate secara mendadak mampu menyebabkan sistem dalam tubuh badan mengalami masalah pada jangka masa yang panjang ATAU akan menyebabkan seseorang itu akan mengambil makanan TINGGI karbohidrate tanpa kawal sekiranya dapat mengambil makanan yang mempunyai karbohidrate”

Jadi, bersederhanalah dalam setiap pengambilan makanan agar tidak terlalu berlebihan atau terlalu sedikit pengambilannya.

b) Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran & buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan salah jenis makanan yang tinggi serat. Serat mampu membantu dalam:-

  1. Masalah penghadaman
  2. ​Mampu membuatkan seseorang itu berasa kenyang dalam jangka masa yang lebih panjang

Justeru itu, pinggan sihat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amatlah berguna buat mereka yang ingin berdiet tidak kira sama ada pelajar mahupun para pendidik.

2) Tingkatkan pengambilan cecair dalam tubuh badan

Meningkatkan pengambilan cecair (air) di dalam tubuh badan merupakan salah satu tugasan yang agak sukar. Bagi mereka TERUTAMANYA pelajar pengambilan cecair yang mencukupi dalam seharian adalah tugasan yang berat kerana kebanyakan pelajar lebih memilih minuman berkarbonate berbanding dengan air masak.

Jadi, bagi para pelajar yang mengingini berat badan yang ideal mereka perlu mengamalkan pengambilan air mencukupi dalam sehari.

Pautan dibawah ini adalah salah satu pautan yang membantu anda untuk mengirakan pengambilan cecair dalam seharian http://(https://www.thecalculator.co/health/Water-Calculator-56.html)

“Pilihan di tangan anda, sekiranya mahukan berat badan yang menjadi idaman semua wanita maka TINGKATKAN pengambilan cecair di dalam aktiviti seharian kita. Tetapi sekiranya anda BUKANLAH jenis orang yang mementingkan kesihatan MAKA abaikan sahaja tips kedua ini”

 

3) Kekal aktif

Kebanyakan pelajar sangat mudah untuk kekal aktif kerana di sekolah mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh membantu mereka untuk kekal aktif. TETAPI kekal aktif ini mencabar sekiranya apabila musim cuti sekolah bermula. Kebanyakan pelajar akan memilih untuk berehat di rumah dengan hanya menghadap gajet SAHAJA.

Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka perlu rajin membawa anak-anak beriadah di luar pada waktu petang agar anak-anak kekal aktif walaupun ketika bercuti. Tetapi bagi ibu bapa yang bekerjaya, maka luangkan masa pada masa bercuti TETAPI pastikan aktiviti yang bakal dilakukan bersama anak-anak mampu mengeluarkan peluh (contoh: hiking, berbasikal, jogging, berkebun dll)

Secara tidak langsung, aktiviti untuk kekal aktif ini semasa cuti sekolah mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Walaupun kita melihat ianya seumpama mudah untuk dilakukan TETAPI sebenarnya ianya memerlukan usaha yang sangat tinggi bagi menjayakan aktiviti ini. Oleh itu, ibu bapa perlu bijak dalam memilih aktiviti.

Semua orang mengimpikan berat badan yang ideal agar mereka terlihat cantik. TETAPI bagi mereka yang mempunyai susuk tubuh yang agak besar tidak perlu berasa rendah diri kerana setiap ciptaan tuhan adalah ciptaan yang terbaik. Tetapi jangan pula tidak mencuba tips untuk mendapatkan berat badan yang ideal ini kerana usaha adalah tangga kerjayaan.

Rujukkan:-
1) https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/bmi-calculator
2) https://www.google.com/amp/s/www.psychologytoday.com/intl/blog/eating-disorders-news/201503/the-new-improved-bmi%3famp
3) https://www.thecalculator.co/health/Water-Calculator-56.html

4) Gambar kredit khas buat KKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh