3 Tip Mengelakkan Makan Lewat Malam

Tip mengelakkan makan lewat malam yang mudah untuk di ikuti oleh orang awam. Tips ini amatlah berguna buat semua dan ianya amat memudahkan mereka yang mahu mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

TAHUKAH ANDA!!!

Kerap makan pada lewat malam merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit TERMASUKLAH kencing manis, darah tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti. Justeru itu, ELAKKAN pengambilan makanan pada lewat malam.

3 Tip Mengelakkan Makan Lewat Malam

Tip mengelakkan makan lewat malam

Antara 3 tip mengelakkan makan lewat malam adalah seperti:-

1) Rancang waktu makan harian

Setiap satu perkara perlu di rancang. Justeru itu, sama juga dengan amalan mengawal pemakanan pada lewat malam. Sebagai orang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda WAJIB merancang waktu makan harian. Waktu makan harian ini amat PENTING bagi memastikan kita berjaya mengelakkan makan pada lewat malam. Pastikan anda mengambil makanan mengikut masa yang sama setiap hari atau dengan kata lain, mengamalkan masa makan mengikut jadual. 

Tips dalam merancang waktu makan harian adalah dengan:-

  • JANGAN melangkau waktu makan untuk mengelakkan rasa lapar melampau pada waktu makan seterusnya.
  • ELAKKAN mengambil karbohidrat secara berlebih-lebihan seperti pengambilan nasi secara berlebih-lebihan atau makanan yang manis secara tidak terkawal.

TAHUKAH ANDA!!!

Pengambilan makanan yang manis akan menyebabkan seseorang itu TIDAK mampu mengawal diri untuk melangkau waktu makan utama. Justeru itu, TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil makan manis 4 jam sebelum tidur.

  • Ambil snek sihat seperti buah-buahan / susu sebelum tidur jika perlu

Pengambilan snek sihat ini bagi MENGELAKKAN diri daripada mengambil makanan yang TIDAK sihat pada waktu malam. Justeru itu, sangatlah DIGALAKKAN untuk kita sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. 

Baca Juga :   5 Ciri-ciri Dan 3 Faktor Penyebab Pedofilia

2) Elak tidur lewat

Tip mengelakkan makan lewat malam

TAHUKAH ANDA!!!

Berjaga lewat malam boleh mencetuskan rasa lapar yang keterlaluan dan akan menyebabkan seseorang itu akan mengambil makanan secara berlebihan dan tanpa disedarinya.

Justeru itu, amatlah DIGALAKKAN untuk tidur di awal waktu dan dapat membantu anda untuk bangun pada awal waktu. Bangun pada awal waktu dapat membantu seseorang itu lebih sihat dan cergas. 

FAKTA LENGKAP!!!

Kurang tidur akan menyebabkan individu sering berasa lapar sepanjang hari. Justeru itu, anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya agar anda TIDAK makan tanpa terkawal.

ELAKKAN diri daripada mengambil minuman yang berkafein. Hal ini disebabkan minuman yang tinggi kafein akan menyebabkan seseorang itu lebih sukar tidur atau tidak boleh tidur sepanjang hari. Dengan itu, ianya akan menganggu kitaran masa tidur individu tersebut.

Selain itu, BUKAN minuman berkafein sahaja yang boleh menyebabkan seseorang itu tidur lewat TETAPI aktiviti fizikal juga mampu menyebebkan anda tidur lewat. Antara aktivitinya adalah permainan game. Justeru itu, anda sendiri perlu teliti aktiviti harian anda agar ianya TIDAK menganggu masa rehat mahupun riadah anda. 

3) Sekiranya masih lapar ikuti tips ini

Sekiranya anda masih berasa lapar pada waktu malam, maka anda boleh mencuba tips ini agar anda boleh kekal sihat tetapi tidak makan pada waktu malam, antara tipsnya adalah:-

  • ELAKKAN ambil makanan/ minuman yang TINGGI KALORI, GULA dan LEMAK seperti :-
    • Coklat
    • Burger 
    • Air berkarbonat
    • Kerepek
  • Tidur di awal hari iaitu sebelum pukul 10.00 malam
“Tidur di awal hari mampu membantu anda untuk bangun awal dan mampu membuatkan anda berjaya menunaikan solat malam dengan mudah”
  • TINGKATKAN pengambilan air kosong dalam sehari
Baca Juga :   Panduan Untuk Mengawal Kolesterol Anda

Tip mengelakkan makan lewat malam

  • Lakukan senaman pada sebelah petang

TAHUKAH ANDA!!!

Aktiviti senaman ini mampu membuatkan anda berasa bertenaga dan membantu anda untuk tidur lebih awal pada sebelah malamnya. Hal ini disebabkan, otot tubuh sudah bekerja keras untuk melakukan senaman pada sebelah petang. Maka pada paginya anda akan kelihatan lebih bertenaga.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengelakkan makan lewat malam. Hal ini disebabkan makan pada lewat malam memberi kesan negatif pada diri setiap individu. Justeru itu, ikutilah tips yang mudah ini dalam kehidupan seharian anda. 

***ANDA LAKUKAN ANDA AKAN PEROLEH KEBAIKANNYA***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh