Ibu

3 Tanda-tanda Pembelajaran Anak Burnout

Ibu bapa adalah orang yang membesarkan anak dari kecil sehingga dewasa. Disebabkan oleh itu, sebagai ibu bapa mereka WAJIB memastikan anak mendapatkan pendidikan yang sewajarnya agar anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka perlu alert akan tanda-tanda pembelajaran anak Burnout.

“Burnout di sini bermaksud keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan”

Situasi pembelajaran anak burnout apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri atau terlalu banyak tekanan dalam pembelajaran dalam jangkamasa yang panjang. Sekiranya tekanan berterusan maka anak akan mula hilang minat dan motivasi dan seterusnya menyebabkan produktiviti diri berkurangan dmeningkatkan perasaan diri yang tidak berjaya.

Tanda-tanda pembelajaran Anak Burnout

Tanda-tanda pembelajaran anak burnout adalah seperti berikut:-

1) Tanda menerusi tingkahlaku

  • Anak sukar untuk fokus dalam pembelajaran
  • Kelihatan seperti tiada semangat di dalam kelas kerana hilangnya motivasi dalam pembelajaran
  • Gemar menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu tugasan

2) Tanda-tanda fizikal

  • Mudah berasa letih semasa belajar
  • Sukar untuk tidur kerana banyak berfikir (BUKAN semua akan mengalami masalah ini)

3) Tanda-tanda emosi

  • Anak mudah berasa kebosanan
  • Menangis atau mengamuk tanpa sebab
  • Rasa kegagalan
  • Mengasingkan diri semasa didalam kelas atau rumah
  • Hilang tumpuan ketika belajar

Sekiranya ibu bapa dapat melihat tanda-tanda seperti ini maka ibu bapa perlu bijak dallam menyelesaikan masalah ini agar anak tidak hilang semangat dalam pembelajaran.

Hal ini disebabkan, apabila wujudnya pembelajaran burnout maka ianya akan memberi kesan yang negatif dalam pembelajaran anak-anak seperti:-

√ Daya fokus dalam pembelajaran akan menurun
√ Daya pefikiran dan imaginasi anak menjadi lemah
√ Motivasi untuk berjaya dalam pembelajaran akan merosot

“Semasa pembelajaran anak burnout, paksalah, ajarlah mereka 100x mereka tetap tidak akan faham kerana mereka sudah hilang motivasi diri”

Justeru itu, sebagai ibu bapa yang sudah terlihat minat anak dalam pembelajaran sudah menurun, anda perlu melakukan sesuatu agar mereka tidak patah semangat.

“Apa yang ibu bapa perlu lakukan agar pembelajaran anak tidak burnout?”

Itulah persoalan yang sering bermain di minda ibu bapa ketika mereka terlihat anak sudah burnout dalam pembelajaran. Jangan pernah risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Justeru itu, ikuti cara mengatasi masalah pembelajaran anak burnout disini.

Antara cara mengatasinya adalah:-

1) Pastikan setiap masa anak belajar ada “short break”

Dalam erti kata yang mudah, setiap kali anak belajar dalam 60-90 minit pastikan atau ajari anak ambil sedikit masa untuk berehat (short break). hal ini bagi memastikan anak menghilangkan sedikit rasa penat mereka ketika belajar dan ketika memahami sesuatu subjek. “Short break” ini mampu MENGELAKKAN pembelajaran anak burnout 100% kerana keletihan dan kepenatan.

TAHUKAH ANDA!!!

“Short break” ini dapat meningkatkan daya fokus, daya pemikiran dan motivasi anak berbanding tidak mengambil “short break”

2) Amalkan pengambilan makanan yang seimbangTanda-tanda pembelajaran anak burnout

Makanan memainkan peranan yang penting dalam mengaajar anak menjadi fokus akan sesuatu perkara. Justeru itu, bagi memastikan anak mudah fokus semasa belajar, ibu bapa perlu mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan ELAKKAN segala jenis makanan yang boleh menyebabkan anak hilang fokus ketika belajar.

“ELAKKAN memberikan anak hadiah coklat atau makanan yang kurang berkhasiat sekiranya berjaya mendapat sesuatu kejayan”

Pemberian hadiah merupakan satu tanda penghargaan kepada anak. Justeru itu, ELAKKAN memberikan makanan yang tidak berkhasiat kepada anak dan amalkan pemberian hadiah seperti buku atau alatan tulis dll sekiranya anak berjaya mencapai satu tahap lagi.

Hal ini bagi membakar semangat dalam belajar tetapi ELAKKAN anak mendapatkan makanan yang tidak berkhasiat.

“Ibu bapaadalah role model yang terbaik buat anak-anak kerana mereka adalah contoh yang terdekat bagi anak-anak”

3) Mengajak anak mencuba sesuatu aktiviti yang baru dan menyeronokkan

disleksia

Perkenalkan kepada anak-anak aktiviti yang baru dan menyeronokkan. Ianya mampu menghilangkan segala stress atau tekanan semasa belajar. Pada masa yang sama, aktiviti yang baru dan menyeronokkan ini mampu membantu mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu bapa. Disebabkan oleh itu, ibu bapa perlu mempunyai masa yang lebih buat anak-anak agar mereka tahu bagaimana hendak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak.

Tidak mudah untuk menjadi seorang yang bergelar ibu bapa tetapi apabila anda ketahui cara yang betul untuk mendidik anak maka ianya adalah mudah. Cari dan selidik dahulu setiap satu masalah yang anak hadapi barulah selesaikan masalah tersebut. Tiada satu pun masalah yang tiada jalan penyelesaian tetapi jalan penyelesaian itu perlu dicari bukan diraih.

Rujukan:-

1) http://www.myhealth.gov.my/burnout-vs-kerja-lebih-masa/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh