Kanak-kanak tidak pandai berdendam dan tidak tahu tentang perasaan dendam, tetapi ibu bapa yang boleh kenalpasti kewujudan perasaan dendam dalam diri seseorang anak. Mula-mula seorang kanak-kanak akan mempunyai egosentrik iaitu pentingkan diri seperti tidak mahu berkongsi permainan dengan adik beradik atau rakan-rakan mereka. Antara tanda yang boleh ibu bapa kenalpasti wujud perasaan dendam dalam diri anak ialah ;
- Membalas balik sesuatu yang dilakukan oleh adik-beradik atau rakan mereka yang menimbulkan rasa tidak puashati mereka.
- Jika tidak dapat membalas balik, mereka cuba bertindak untuk melempar atau memusnahkan barang kepunyaan adik-beradik atau kawan mereka.
- Walaupun selepas beberapa hari, mereka masih ingat kekasaran yang dilakukan oleh adik-beradik atau kawan mereka dengan menyebut benda yang sama berulang-ulang.
Jika anak anda mempunyai tingklahlaku seperti ini anda perlu tangani segera supaya sifat pendemdam tersebut tidak berterusan sehingga mereka meningkat ke alam remaja dan dewasa dengan;
- Bantu tenangkan perasaan mereka dengan buat dia lupa dengan situasi tersebut seperti alihkan kepada perkara yang dapat menarik minatnya seperti mainan atau situasi lain yang menyeronokkan.
- Cuba fahamkan anak bahawa kakak atau abangnya atau kawan tidak sengaja.
- Elakkan menyebelahi mana-mana pihak bila berlaku pergaduhan dan akhiri situasi pergaduhan dengan bermaf-maafan dan bersalaman.