3 SOP Di Majlis Perkahwinan Semasa COVID-19

3 Standard Operation Practice (SOP) Di Majlis Perkahwinan Semasa COVID-19. Semua penduduk dunia sedang melawan pandemik COVID -19 ini. Justeru itu, setiap perbuatan yang dilakukan WAJIB mengikuti Standard Operation Practice (SOP) di majlis perkahwinan yang telah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sediakan. Standard Operation Practice (SOP) ini wajib diikuti termasuklah di Majlis Perkahwinan.

Hal ini disebabkan oleh, terdapat beberapa kluster yang wujud semasa menghadiri majlis perkahwinan. Justeru itu, walaupun menghadiri majlis perkahwinan mereka WAJIB mengikut SOP yang telah pihak KKM sediakan.

“Perkahwinan itu baik kerana menyatukan dua hati agar menjalankan ikatan yang halal antara satu sama lain, TETAPI janganlah jadikan majlis perkahwinan itu salah satu asbab penyebaran penyakit”

Majlis akad nikah di setiap negeri adalah berbeza hal ini disebabkan oleh peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan arahan peraturan oleh pihak berkuasa agama islam negeri.

Standard Operation Practice (SOP) Di Majlis Perkahwinan

 Majlis Perkahwinan

3 SOP Di Majlis Perkahwinan Semasa COVID-19 adalah seperti berikut:

1) Semasa Majlis Akad Nikah

Persiapan bakal pengantin dihari pernikahan
√ Telah mendapatkan keizinan untuk Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
√ Membuat temujanji
√ Hanya membawa mas kawin dan membawa dokumen berkaitan sahaja semasa akad nikah

Had kapasiti yang boleh menghadiri majlis akad nikah adalah TIDAK MELEBIH 30 orang termasuk:-
a) Pengantin Lelaki dan perempuan
b) Ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan
c) Saksi
d) Juru Nikah (Tok kadi)

***Pastikan penjarakan sosial diamalkan WALAUPUN semasa akad nikah sedang dijalankan***

Kebiasaanya, pihak Jabatan Agama Islam MENGALAKKAN pasangan akad nikah di pejabat Agama Islam agar had kapasiti kehadiran pengunjung semasa majlis akad nikah terkawal. Semua ini bagi menghalang daripada virua COVID -19 ini merebak semasa majlis perkahwinan.

2) Semasa Majlis Bertandang

Semasa Majlis berlangsung pihak keluarga pengantin WAJIB mengikut segala Standard Operation Practice (SOP) di Majlis Perkahwinan agar majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Antara SOP yang perlu di ikuti adalah:-

a) WAJIB mengadakan kaunter memeriksa suhu badan dan sanitasi tubuh badan

b) Daftar kehadiran tetamu menggunakan aplikasi mySejahtera atau sediakan buku untuk mencatat kehadiran tetamu

c) Hanya mereka yang TIDAK bergejala dan BUKAN contact rapat pesakit COVID -19 sahaja dibenarkan masuk ke dalam majlis

d) Sentiasa memakai pelitp muka

e) BERSALAMAN dan BERPELUKKAN TIDAK DIBENARKAN 

“Bersentuhan ditakuti akan menyebabkan berlakunya penyebaran virus tanpa disedari. Hanya perlu meletakkan tangan di dada tanda hormat kepada keluarga pengantin”

***Amalkan Normal Baharu dalam kehidupan seharian anda***

PENTING!!!

Lokasi Majlis akan ditentukan oleh pihak JAIN mengikut kesesuaian kapasiti tetamu yang hadir. Pihak keluarga pengantin perlu menyediakan tempat majlis yang mempunyai penjarakan sosial sebanyak 1 meter antara satu sama lain.

f) Tempoh pengajuran majlis yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) adalah selama 3 hingga 5 jam SAHAJA.

g) Penganjur atau ahli keluarga pengantin perlu MEMASTIKAN tiada penghimpuan atau perkumpulan secara beramai-ramai setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

“Perkumpulan secara beramai-ramai kebiasaanya tidak akan ada penjarakan sosial 1 meter “

 Majlis Perkahwinan

 

3) SOP semasa fotografi

Aktiviti fotografi adalah DIBENARKAN semasa majlis pernikahan sahaja. TIADA istilah outdoor fotografi pada musim pandemik ini.

INFO TAMBAHAN!!!
Jurufoto TIDAK termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi tertakluk kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.

Hikmah Disebalik Standard Operation Practice 

1) Mampu bersederhana dalam majlis perkahwinan

Mengadakan majlis perkahwinan bertujuan bagi memberitahu jiran tetangga bahawa kita sudah sah bernikah. Dan ianya juga bertujuan untuk MENGELAKKAN berlakunya fitnah dari luar yang mengatakan kita membawa bukan mahram masuk ke rumah.

Hikmah disebalik SOP adalah, pengantin dan ahli keluarga mampu membuat majlis secara bersederhana dan dapat mengelakkan diri dari berlakunya pembaziran. Sukar melaksanakan majlis perkahwinan tetapi sebalik kesukaran terdapat 1001 kebaikan.

2) Pasangan pengantin mampu fokus perkara yang lebih penting selepas berkahwin

Sudah menjadi tradisi, majlis perkahwinan perlu dibuat secara besar-besaran. Tetapi kini, tiada lagi istilah ‘weeding of the year’ kerana semua keramain perlu mengikut SOP. Dengan itu, pasang pengantin dapat menyimpan lebih duit untuk fokus lebih kehidupan mereka selepas berkahwin.

Sesukar mana cabaran yang diberikan tetapi sebenarnya banyak kebaikan disebalik cabaran tersebut. Sebagai manusia kita perlu pandang dari sudut positif bukan negatif sentiasa.

Terdapat banyak lagi hikmah sekiranya kita mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KKM. Dan hikmah itu hanya akan terlihat sekiranya kita pandang dari pelbagai sudut bukan hanya satu sudut pandangan sahaja. Ikhlaskan diri semasa melakukan sesuatu perkara agar kita mampu untuk melihat segala kebaikan yang ada.

***Lakukan sesuatu ikut hati BUKAN nafsu semata-mata***

Rujukan:-
1) http://asset.mkn.gov.my
2) http://covid-19.moh.gov.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh