Ibu

3 Rutin Harian Sebelum Tidur Yang Wajib Ibu Bapa Lakukan

3 rutin harian sebelum tidur yang wajib ibu bapa lakukan bagi memastikan anak fahami bahawa ibu bapa mereka menyangi mereka. Hal ini disebabkan sudah menjadi satu kebiasaan, apabila sebut sahaja ibu bapa yang bekerjaya pasti perkara yang bermain diminda adalah anak-anak akan terabai.

3 rutin hari sebelum tidur

Hal ini disebabkan ramai yang beranggapan bahawa ibu bapa yang bekerjaya merupakan ibu bapa yang sering sibuk mengejarkan hal-hal pejabat sehingga melupakan tanggunjawab mereka terhadap anak-anaknya. Tetapi sebenarnya adalah salah sekiranya 3 rutin harian sebelum tidur ini diamalkan oleh ibu bapa walau sesibuk mana sekalipun mereka.

3 Rutin Harian Sebelum Tidur Yang Wajib Ibu Bapa Lakukan

3 rutin harian sebelum tidur yang wajib ibu bapa lakukan walaupun mereka penat atau sibuk adalah seperti berikut:-

1) Cium dan peluk anak selama yang boleh

Dakapan ibu bapa merupakan salah satu dakapan istimewa buat anak-anak. Justeru itu, berilah ciuman dan pelukkan kepada anak-anak sebelum mereka tidur. Hal ini bagi memastikan mereka mampu merasi diri mereka amat disayangi dan dihargai oleh ibu bapanya.

TAHUKAH ANDA!!!

Dengan memberikan anak ciuman dan pelukan mampu meningkatkan kualiti tidur anak-anak dan mampu meningkatkan stamina anak-anak ketika berada disekolah.

Pelukan dan ciuman merupakan satu terapi diri buat anak-anak setelah seharian berjauhan dengan ibu bapa mereka. Kuasa pelukkan dan ciuman sangat kuat sehingga mampu membuatkan anak-anak menjadi seorang yang mendengar nasihat dari ibu bapa.

Justeru itu, amatlah DIGALAKKAN ibu bapa memberikan pelukan dan ciuman malam sebelum mereka tidur. Dengan cara ini mampu mengeratkan hubungan kasih sayang antara anak dan ibu bapa. Selain itu, ianya juga dapat memastikan anak sentiasa mengingati ibu bapa walaupun berjauhan.

“Tidak salah memeluk dan mencium anak sebelum mereka tidur, ianya dapat memberikan mereka satu perasaan kasih sayang dan penghargaan yang tinggi kerana ibu bapa menyanyangi dan mengingati mereka walaupun penat”

2) Mengajak anak lakukan refleksi diri

Refleksi diri merupakan satu cara yang paling mudah untuk ibu bapa mengajar anak-anak untuk mempelajari sesuatu. Semasa ibu bapa mengajak anak lakukan refleksi diri, ibu bapa boleh menerangkan perkara yang DISUKAI dan TIDAK DISUKAI oleh ibu bapa agar anak-anak faham kehendak sebenar ibu bapa.

Baca Juga :   5 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda

Semasa sesi refleksi diri ini juga, anak-anak akan lebih dekat bersama ibu bapa maka masa inilah masa yang sesuai bagi ibu bapa lakukan teguran secara halus dan lembut kepada anak-anak. ELAKKAN memarahi atau menggunakan nada yang kasar semasa sesi refleksi diri ini.

“Lakukan Refleksi diri dengan menggunakan nada suara yang lembut agar anak-anak dapat mengikuti segala nasihat yang diberikan semasa refleksi diri ini dilakukan”

Sesi refleksi diri yang penting adalah ajari anak agar sentiasa mengingati ALLAH dalam apa jua kesusahan yang melanda agar anak-anak mengikut landasan kehidupan yang benar.

***Sesungguhnya ALLAH adalah tempat sebaik-baik untuk mengadukan masalah***

3) Bercerita atau bedtimes story sebelum tidur setiap malam

3 rutin harian sebelum tidur

Bercerita sebelum anak tidur merupakan salah satu cara yang penting bagi mengajar anak menjadi seorang yang mudah mengingati akan sesuatu perkara. Justeru itu, amatlah DIGALAKKAN ibu bapa membaca cerita kepada anak-anak mengenai kisah tauladan nabi dan kisah berkenaan nabi-nabi agar setiap satu kisah menjadi tauladan terbaik buat anak-anak.

“Terdapat satu kajian mengatakan, anak yang sering mendengar cerita yang dibacakan oleh ibu bapa mereka lebih mudah menjalani hubungan kasih sayang bersama ibu bapa berbanding mereka yang kurang mendengar cerita sebelum tidur”

Hal ini disebabkan semasa ibu bapa sedang bercerita berkenaan dengan berkenaan dengan kisah tauladan minda anak-anak sentiasa berhubung bagi mendapatakan hikmah cerita disebalik cerita. Justeru itu, sekiranya ibu bapa kerap membaca buku cerita sebelum anak memulakan tidurnya mampu mengeratkan lagi hubungan anak dan ibu bapa.

“Pada zahirnya kita tidak mampu melihat keisitimewaan membaca buku sebelum tidur membantu menguatkan hubungan kasih sayang antara anak dan ibu, tetapi sekiranya kita mengamalkan selalu cara ini maka kita mampu melihat keistimewaannya pada masa akan datang”

Anak adalah anugerah yang ALLAH hadiahkan kepada pasangan suami isteri. Maka, amat penting bagi ibu bapa menggunakan 3 rutin harian sebelum tidur yang wajib ibu bapa lakukan walaupun mereka sibuk bekerja.

Baca Juga :   Barang-barang Keperluan Bersalin

Satu perkara yang lagi penting sebelum anak-anak tidur adalah membaca doa sebelum tidur. Dengan jagaan yang penuh kasih sayang dan didikan yang betul pasti dapat melahirkan generasi anak yang bijak dan menghormati orang tua.

***Anak adalah kuih yang dihadiakan kepada ibu bapa, sekiranya acuan itu bocor maka kuih yang terhasil juga tidak akan sempurna. Justeru itu, hargailah dan didiklah anak dengan sempurna***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh