3 Peringkat Pemberian Vaksin COVID -19

Sudah setahun dunia menghadapi pandemik COVID -19 dan kini sudah tiba masa yang di nanti-nantikan oleh semua iaitu vaksin COVID -19. Setelah mendengar pengumuman Perdana Menteri mengenai program imunisasi COVID -19 kebangsaan terdapat 3 peringkat pemberian vaksin COVID -19.

Dan pasti ramai yang ingin ketahui cara untuk mendapatkan vaksin COVID -19 ini secara percuma. Justeru itu, anda WAJIB membaca enteri ini agar anda ketahui dengan lebih lanjut cara mendaftar pengambilan vaksin COVID -19.

“Vaksin BUKAN penawar TETAPI vaksin bertindak sebagai PENCEGAHAN”

Setelah mendengar pengumum Perdana Menteri, pemberian vaksin secara percuma akan diberikan secara berperingat. Hal ini bagi memastikan seluruh rakyat mendapat vaksin bagi MELAWAN virus COVID -19 ini. Tujuan pihak kerajaan memberikan vaksin secara berperingkat bagi memastikan tiada perkumpulan secara beramai-ramai bagi mendapatkan vaksin.

3 Peringkat Pemberian Vaksin COVID -19

Pemberian vaksin covid -19

Menerusi Peka 40, terdapat 3 Peringkat pemberian Vaksin yang telah dirancang oleh pihak kerajaan. 3 peringat tersebut adalah seperti berikut:-

Peringkat 1 : Petugas barisan hadapan, bermula Februari sehingga April 2021

Petugas barisan hadapan yang dimaksudkan termasuklah:-

a) Kakitangan daripada pengurusan dan profesional sektor kesihatan

  • Doktor
  • Farmasi
  • Pembantu x-ray
  • Jururawat
  • Pembantu perubatan
  • Tukang cuci di hospital
  • Pemandu ambulans dll

b) Kakitangan daripada BUKAN kesihatan 

  • Polis
  • Askar
  • Imigresen
  • Bomba
  • Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang perlu menghantar barang bantuan kepada orang ramai

Pemberian Vaksin peringkat pertama ini dijangka akan dilaksanakan pada 26 Februari 2021 yang melibatkan mereka yang sentiasa berurusan dengan orang ramai.

Peringkat 2 : Warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi dan OKU, bermula April sehingga Ogos

“Warga emas bermaksud mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas”

Golongan yang berisiko tinggi disini bermaksud mereka yang mempunyai masalah penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, jantung dll. Walaupun anda bukan warga emas TETAPI anda dalam kategori berisiko tinggi maka anda berada di peringkat ke-2 yang layak mendapatkan vaksinasi dahulu.

“Vaksinasi ini BUKAN satu paksaan TETAPI anda diberikan KEUTAMAAN bagi melindungi mereka yang lebih berharga”

Peringkat 3 : Penduduk berumur 18 tahun dan ke atas (warganegara dan BUKAN warganegara), bermula Mei 2021 sehingga Februari 2022

Bagi peringkat yang ketiga ini, pihak kerajaan MENSASARKAN 80% daripada penduduk boleh mendapatkan vaksin agar mereka yang TIDAK mengambil vaksin dapat dilindungi. Justeru itu, pada peringkat ketiga ini merupakan salah satu perigkat yang penting agar seluruh rakyat Malaysia terlindung daripada virus COVID -19 ini.

Pemberian vaksin covid -19

 

“Imuniti Kelompok dapat melindungi diri dan seluruh keluarga, masyarakat dan negara”

Cara Mendaftar Pengambilan Vaksin COVID -19

Pemberian vaksin covid -19

Bermula awal bulan Mac 2021 mereka yang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas boleh melakukan pendaftaran bagi mendapatkan vaksin COVID -19 secara percuma. Mereka yang mendaftar akan disuntik vaksin COVID -19 secara rela tanpa ada sebarang paksaan.

5 Cara mendaftar pengambilan vaksin COVID -19 adalah seperti berikut:-

  1. Pergi ke Aplikasi MySejahtera
  2. Laman Sesawang khas
  3. Talian Hotline yang akan diumumkan
  4. Secara manual di KKlinik kesihatan, hospital dan klinik swasta
  5. Rumah ke rumah di pendalaman dengan mensasarkan warga emas dll

5 cara ini akan diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan rakyat melakukan pendaftaran pengambilan vaksin COVID -19 ini secara percuma.

Walaubagaimana sekalipun, kita perlu menantikan pihak kerajaan memberitahu secara offical berkenaan dengan cara pendaftaran pengambilan vaksinCOVID -19 ini. Selain itu anda juga perlu menantikan laman sesawang dan talian hotline yang bakal pihak kerajaan lancarkan untuk pengambilan vaksin COVID -19 ini.

INFO!!!

Penerima pertama vaksin virus COVID -19 ini adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 24 Februaru 2021

“Bagi rakyat yang tergolong dalam peringkat 2 dan 3, anda perlu bersabar menantikan ketibaan vaksin yang seterusnya”

Pemberian vaksin ini amat penting bagi memastikan seluruh rakyat malaysia terselamat. Justeru itu, marilah kita menyokong program imunisasi COVID -19 kebangsaan ini. Ianya bagi memastikan kelestarian hari esok buat anak-anak kita pada masa akan datang.

“Kita adalah penungak pada masa akan datang, kita adalah harapan anak bangsa”

Rujukan:-

1) http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19

2) https://www.google.com/amp/s/kpkesihatan.com/2016/06/27/imuniti-kelompok-herd-immunity/amp/

3) https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=VEpUUXV3THFURkZETmxWNjZpQ1BXdz09

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh