3 Kebaikan dan Khasiat Susu Unta

Kebaikan dan khasiat susu unta
Pasti ramai yang masih tidak ketahui akan kebaikan dan khasiat susu unta ini. Hal ini disebabkan, rakyat Malaysia sangat jarang mengambil susu unta kerana unta bukanlah haiwan yang mudah didapati di Malaysia. Justeru itu, susunya sukar untuk di perolehi dan agak mahal harganya.

“Untu TIDAK boleh hidup dalam keadaan khatulistiwa seperti Malaysia, justeru itu kita sukar untuk mendapatkan susu unta ini”

INFO TAMBAHAN!!!

Tahukah anda susu unta mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat berbanding dengan susu kambing atau lembu? Hal ini disebabkan, terdapat pelbagai kajian berkenaan dengan kebaikan dan khasiat susu unta ini terhadap ibu mengandung, kanak-kanak atau dalam erti kata yang mudahnya susu unta ini sesuai untuk seisi keluarga.

3 Kebaikan dan Khasiat Susu Unta

Perkongsian kali ini akan lebih menjerumus kepada kebaikan dan khasiat susu unta yang jarang atau langsung kita tidak ketahui.

Kebaikan dan khasiat susu unta

Antara kebaikan dan khasiat susu unta adalah:-

1) Baik bagi mereka yang mempunyai masalah “Alahan makanan”.

Alahan makanan adalah disebabkan oleh tindak balas abnormal terhadap makanan, yang dicetuskan oleh sistem imun tubuh badan. Tindak balas alergi terhadap makanan kadang kala boleh mencetuskan kesakitan yang teruk dan membawa maut. Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai masalah alahan makanan anda perlu pastikan dahulu anda alahan pada makanan apa.

“Alahan pada makanan boleh membawa maut sekiranya anda mendapatkan rawatan yang lambat. Justeru itu, sentiasa kenal pasti jenis alahan anda bagi mengelakkan anda membahayakan diri sendiri”

INFO SIHAT!!!

Sesetengah makanan boleh menyebabkan alahan seperti susu atau product yang berasakan tenusu. Walaubagaimana sekalipun, mereka yang mempunyai alahan terhadap susu kambing boleh mengambil susu unta sebagai alternatif. Hal ini disebabkan oleh, terdapat kajian mengatakan susu unta ini mempunyai reaktiviti yang berbeza berbanding susu kambing.

Menerusi kajian tersebut, pengambilan susu unta mampu membantu menyelesaikan masalah seseorang yang alahan pada makanan. Alahan pada makanan ini disebabkan oleh immunoglobulin’s susu unta yang tidak sama dengan susu kambing.

Justeru itu, susu unta boleh diambil bagi mengantikan susu lembu atau kambing. Selain itu, susu unta ini juga memainkan peranan dalam mengurangkan tahap simptom alahan tersebut.

NASIHAT KEPADA SEMUA

Walau sebaik mana akan suatu makanan itu, pantau oleh pakar atau doktor yang bertauliah adalah amat penting. Bertanyalah dengan mereka yang lebih arif berkenaan dengan masalah alahan ini. Hal ini disebabkan, tindak balas tubuh manusia adalah berbeza.

“Immunoglobulin’s juga dikenali sebagai antibodi. Ianya adalah protein besar yang berbentuk Y yang dihasilkan oleh sel-sel plasma yang digunakan oleh sistem imun untuk mengenal pasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus”

2) Membantu mengawal penyakit kencing manis (diabetes jenis 1)


Susu unta mampu membantu seseorang itu untuk menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit yang mempunyai kencing manis jenis 1.

KLIK DISINI bagi mengetahui maklumat berkenaan dengan Kencing Manis jenis 1.

PERINGATAN!!!
Susu unta yang digunakan adalah susu unta yang fresh atau yang datangnya dari unta bukan yang sudah di process.

 

Bagaimana masalah Kencing manis jenis 1 ini boleh berlaku?

Kencing manis berlaku apabila gula dalam tubuh terlalu tinggi (hyperglycemia).

Kencing manis jenis 1 ini berlaku disebabkan oleh:-

  • Hormone insulin tidak dapat dihasilkan secara mencukupi
  • Organ yang menghasilkan insulin rosak.
“Kebiasaanya, kencing manis jenis 1 ini dialami sejak kanak-kanak atau remaja lagi”

3) Tinggi kandungan folate

Semua sudah kerahui, folate atau dikenali sebagai folic acid penting bagi wanita yang mengandung. Susu unta juga mengandungi kandungan folate yang tinggi. Ianya sangat bagus untuk

Kegunaan folic acid bagi wanita yang mengandung adalah bagi:-

  • Mengelakkan kelahiran bayi yang mempunyai masalah neural tube defect.

Neural tube defect ini adalah kecacatan kelahiran bayi pada otak, tulang belakang atau saraf tunjang. Dua masalah yang biasa kita dengari berkenaan dengan neural tube defect adalah spinal bifida & anencephaly.

TAHUKAH ANDA!!!

Keperluan folic acid yang diperlukan bagi wanita yang mengandung adalah 400mcg/day (wanita yang hendak mengandung) TETAPI bagi wanita yang sudah mengandung disarankan mengambil folic acid sebanyak 600mcg/day (Sumber Rujukkan: RNI Malaysia 2017)

Kini kita dapat melihat pelbagai kebaikan dan khasiat susu unta. Terkadang bukan tidak mahu mengambil tahu akan kebaikan dan khasiat susu unta ini, tetapi disebabkan sukar untuk mendapatkan susu unta ini jadi ramai yang mengambil jalan untuk tidak mengambil tahu akan khasiatnya.

***Sukar untuk mendapatkan susu ini, tidak semestinya tidak perlu ambil tahu langsung kerana sekali kita dapat merasai kenikmatan susu unta ini nikmatnya tidak terkata***

Rujukkan:-
1) RNI Malaysia 2017
2) https://www.ejfa.me/index.php/journal/article/view/1024
3) http://www.myhealth.gov.my/alahan-pemakanan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh