3 Jenis Tuntutan Yang Boleh Dituntut Ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 maka penggunaan pembelian atas talian semakin meningkat naik. Justeru itu, kerap kita mendengar barang yang dibeli mengalami kerosakkan atau barang tidak sampai. Bagi memastikan pelanggan mendapat hak yang sepatutnya, pelanggan ketahui beberapa jenis tuntutan yang boleh dituntut ke tribunal tuntutan pengguna Malaysia. Ianya bagi membantu pengguna mendapatkan semula barang yang rosak atau hilang disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada masa yang untuk membela nasib pembeli yang teraniaya.

*** Pembeli adalah aset yang paling berharga buat peniaga***

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Jenis Tuntutan Yang Boleh Dituntut Ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Masih ramai diluar sana yang tidak tahu jenis tuntutan yang boleh dituntut ke tribunal tuntutan pengguna Malaysia ini. Terdapat beberapa jenis tuntutan yang boleh dilakukan dan dengan itu mampu membela nasib pengguna yang terasa teraniaya.

Antara jenis tuntutan yang boleh dituntut ke tribunal tuntutan pengguna Malaysia adallah:-

1) Hak pengguna untuk mendapatkan maklumat

Sudah menjadi satu kebiasaan, pengguna TIDAK mendapatkan maklumat yang tepat akan sesuatu. Justeru itu, pengguna perlu bijak membuat laporan agar anda boleh mendapatkan hak yang sepatutnya sebagai pengguna. Antara hak pengguna untuk mendapatkan maklumat yang sering pihak penjual abaikan adalah:-

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

  • Harga yang mengelirukan
  • Tawaran pemberian percuma
  • Bekalan barang tidak dapat
  • Tawaran pemberian hadiah
  • Tawaran selagi stok masih ada
  • Isu standard keselamatan barang dan perkhidmatan

Sekiranya anda sebagai pengguna mengalami masalah seperti di atas, anda boleh membuat aduan melalui sistem e-Aduan (Secara atas talian) atau hubungi talian hotline 1-800-886-800.

“Sebagai pengguna anda perlu bijak membuat laporan ke saluran yang betul bagi membela nasib anda yang teraniaya.”

2) Anti-pencatutan dan barangan kawalan di Malaysia

“Pencatutan atau mencatut bermaksud mengambil keuntungan yang tinggi dan TIDAK munasabah daripada harga asal”

TAHUKAH ANDA!!!

Anti-pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ianya merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau seperti menaikkan harga barang dengan tujuan menjana keuntungan.

Baca Juga :   5 Ciri-ciri Dan 3 Faktor Penyebab Pedofilia

Selain daripada undang-undang Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan, Akta Kawalan Bekalan 1961 juga telah menyenaraikan beberapa kawalan barangan yang TIDAK boleh pihak peniaga menaikan harga barang sesuka hati tanpa pesetujuan pihak berkuasa.

“Harga kawalan biasanya akan ditekankan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri sekiranya musim perayaan bermula”

Ikutilah setiap perkembangan semasa TERUTAMANYA ketika musim perayaan agar anda TIDAK ditindas oleh pihak peniaga dan anda mendapat hak anda yang sepatutnya sebagai pengguna.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Cara Membuat Tuntutan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Terdapat dua cara untuk melakukan tuntutan ke tribunal tuntutan pengguna Malaysia. Dua cara tersebut adalah seperti berikut:-

1) Pergi ke Kaunter Tribunal tuntutan pengguna

Anda boleh terus ke kaunter Tribunal tuntutan di Pejabat-pejabat Negeri seluruh Malaysia termasuklah di Wilayah Persekutuan. Di kaunter pihak yang ingin membuat tuntutan perlu mengisi borang 1, dan anda perlu membayar RM 5.00 untuk memfailkan borang tersebut. Setelah pemohon memfailkan tuntutan, salinan borang 1 akan diserahkan kepada pihak yang dituntut. Setelah itu, kedua-dua belah pihak perlu hadir ke pendengaran tuntutan.

“Tarikh pendengaran akan ditetapkan oleh pihak Tribunal Pengguna”

Setelah kedua-dua belah pihak mensetujui tuntutan yang dikeluarkan, pihak Tribunal pengguna akan mengeluarkan Award. Award boleh dijadikan sebagai ganti rugi berbentuk wang kepada si pemohon yang melakukan aduan ATAU ganti barang yang dibeli.

“Award adalah terma yang digunakan bagi penyelesaian yang ditawarkan oleh Tribunal”

INFO TAMBAHAN!!!

Pembayaran ganti rugi akan dibayar oleh pihak yang dituntut atas arahan Tribunal Pengguna

Perkara yang paling penting ketika hendak membuat tuntuntan di Tribunal Tuntutan pengguna, pemohon WAJIB menyimpan segala dokumen pembelian dan servis yang anda peroleh dari peniaga sebagai bahan bukti tuntutan. Salah satu dokumen penting yang boleh digunakan sebagai bahan bukti adalah seperti:-

  • Invois/ resit pembayaran
  • Risalah iklan
  • Barang yang rosak
  • Dokumen lain yang boleh menyokong ganti rugi pemohon
Baca Juga :   5 Cara Mengajar Anak Membaca Dengan Berkesan
***Jadilah Pengguna yang bijak dalam setiap pembelian***

2) Pemfailan secara online

Pemfailan secara online di laman web Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Hanya cara membuat tuntutan sahaja berbeza tetapi proses permohonan adalah sama, hal ini disebabkan dunia kini dihujung jari”

Segala permasaalahan dan pertanyaan berkenaan dengan tuntutan boleh dilakukan di:-

No. 13, Aras 5 (Podium 2)
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya,
Malaysia

Telefon : 03-8882 5822
Faks : 03-8882 5831

Rujukan:-

1) https://www.kpdnhep.gov.my/ms/info-korporat/bahagian/timbalan-ketua-setiausaha-pendayaupayaan-pengguna/tribunal-tuntutan-pengguna-malaysia-ttpm.html

2) https://www.kpdnhep.gov.my/ms/soalan-lazim/antipencatutan.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh