Ibu

3 Jenis Toleransi Kanak-kanak

3 jenis toleransi kanak-kanak

Anak adalah anugerah yang terindah kerana mereka adalah pengikat tali kasih sayang antara pasangan suami isteri. Semua pasangan mahukan anak setelah mereka mengikat tali percintaan tetapi bukan mudah untuk menjadi seorang ibu bapa yang terbaik. Justeru itu, sebagai ibu bapa anda perlu ketahui 3 Jenis Toleransi Kanak-kanak agar kita mampu menguruskan anak dengan lebih mudah. Hal ini disebabkan mendidik anak bukanlah suatu perkara yang mudah dan bukan juga suatu perkara yang susah yang penting kita perlu tahu caranya sahaja.

“Perkara penting dalam mendidik anak-anak adalah fahami dahulu tingkah-laku mereka agar kemudian hari mudah untuk menguruskan mereka”

3 Jenis Toleransi Kanak-kanak

3 jenis toleransi kanak-kanak

Terdapat 3 jenis toleransi kanak-kanak yang perlu ibu bapa ketahui agar lebih mudah untuk menguruskan tingkah laku anak-anak kemudian hari. Walaubagaimana sekalipun, setiap anak mempunyai tingkah laku yang berbeza-beza maka ibu bapa TIDAK boleh menguruskan anak-anak dengan menggunakan cara yang sama.

Dari 3 jenis toleransi kanak-kanak ibu bapa boleh menjangka samaada mereka akan bertukar menjagi hulk atau tidak semasa anak-anak berada di rumah. 3 toleransi kanak-kanak ini boleh dijadikan rujukan buat pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah serta sudah mempunyai cadangan untuk mendapatkan anak dalam masa yang terdekat.

Antara 3 jenis toleransi kanak-kanak yang ibu bapa perlu pelajari adalah:-

1)Mudah untuk diuruskan 

3 jenis toleransi kanak-kanak

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang mudah di uruskan ini maka, sukar untuk kita melihat ibu bertukar menjadi hulk secara tiba-tiba hal ini kerana anak yang mudah untuk diuruskan ini merupakan anak yang jenis mendengar kata.

“Mendapat anak yang mudah diuruskan ini merupakan salah satu hadiah terbesar buat ibu bapa kerana mereka tidak perlu sakit kepala memikirkan cara untuk menguruskan anak mereka”

2) Slow warm up

Slow warm up bermaksud anak boleh jadi mudah untuk diuruskan atau sukar untuk diuruskan. Justeru itu, anak dalam kategori ini WAJIB ibu bapa fahami betul-betul tingkah laku serta kehendak mereka agar mereka menjadi anak yang mudah untuk diuruskan. Terkadang anak yang dalam kategori ini lagi mudah untuk di jaga sekiranya kena dengan caranya.

Antara Tips mudah untuk menguruskan anak yang slow warm up adalah dengan cara :-

Baca Juga :   5 Tip Untuk Mendapatkan Pasangan Hidup

a) Ibu bapa perlu ketahui kelemahan anak atau adakan perjanjian dengan anak

Kelemahan di sini bukan mencari kesalahan TETAPI lebih kepada fahami anak agar kita boleh mendekati mereka dengan mudah. Dan ELAKKAN kerap mencari kesalahan kerana ditakuti mereka akan menjadi lebih degil pada masa akan datang.

Bagi ibu bapa yang bekerjaya, ELAKKAN diri daripada kerap menjadi hulk kerana ditakuti tekanan darah boleh meningkat tanpa terkawal dan menyebabkan anda sakit. Amalkan teknik pengurusan anak dengan betul agar kita sentiasa selesa untuk mendidik mereka.

“Dalam masa kita mencari jalan untuk menguruskan anak kita juga mengajar mereka untuk menjadi seorang yang tepati janji atau berdisiplin”

b) Jaga masa tidur bagi mengelakkan anak meragam tak tentu pasal

Penjagaan masa tidur anak-anak amat penting bagi mengelakkan anak daripada meragam tanpa sebab. Justeru itu, bagi ibu yang tinggal di rumah bersama anak-anak pastikan anak tidur pada masanya agar anak TIDAK meragam atau berasa penat.

c) Beri kebebasan anak bermain agar mereka mencuba segala yang baru

Kebebasan bermain perlu ada bagi anak yang slow warm up ini kerana bagi mereka kebebasan adalah satu kemenangan bagi mereka. Walaubagaimana sekalipun, ibu bapa perlu sentiasa pantau kehendak mereka betul atau tidak bagi mengelakkan mereka melakukan kesilapan atau kesalahan.

“Kebebasan yang diberikan akan memberikan mereka kepuasan dan menyebabkan mereka mudah untuk mendengar kata bagi mendapatkan apa yang di ingini”

3) Anak yang sukar untuk diuruskan

3 jenis toleransi kanak-kanak

Anak yang sukar untuk diuruskan ini BUKAN nakal tetapi kadang-kadang meraka hanya memmerlukan perhatian yang lebih agar mereka mendapat kasih sayang yang diluar jangkaan mereka. Menguruskan anak yang seperti ini memerlukan 1001 kesabaran dalam membentuk anak serta redha akan ketentuan ALLAH ini.

“Dalam membentuk anak yang sukar untuk diuruskan ini ibu bapa perlu lebih kreatif dalam mendidik anak kerana cara seperti anak yang lain TIDAK jalan bagi mereka”

Anak adalah satu anugerah yang terindah tetapi sekiranya dapat anak yang mudah diuruskan ini merupakan satu nikmat yang kebanyakkan ibu bapa mahukan. Walaubagaimana sekalipun, setiap anak mempunyai tingkah laku yang tersendiri yang membolehkan ibu bapa senantiasa berasa rindu akan tingkah laku mereka apabila mereka dewasa nanti.

Baca Juga :   Cara Didik Anak Solat

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh