3 Fasa Program Imunisasi Kebangsaan COVID -19

Setelah mendengar Perutusan Khas daripada Perdaan Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dengan Vaksin COVID -19 ini. Kini, rakyat boleh menarik nafas lega kerana Vaksin COVID -19 ini akan sampai ke Malaysia pada bulan ini. Terdapat 3 fasa program imunisasi Kebangsaan COVID -19. Program Imunisasi ini merupakan sinar harapan baru buat semua rakyat Malaysia TERUTAMANYA bagi mereka sudah kehilangan pekerjaan bermula daripada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 18 Mac dahulu lagi.

Penghantaran pertama vaksin COVID -19 ini melibatkan vaksin keluaran syarikat Pzifer dan BioNTech yang telah menunjukkan kadar keberkesanan yang tinggi iaitu 95% semasa dalam fasa percubaan yang ke-3 ini.

3 Fasa Program Imunisasi Kebangsaan COVID -19

Program imunisasi kebangsaan

Antara 3 fasa program imunisasi Kebangsaan COVID -19 ini adalah seperti berikut:-

1) Fasa Pertama : Vaksinasi bermula pada bulan Mac sehingga April

Vaksinasi fasa pertama COVID -19 ini akan diberikan kepada Petugas Barisan Hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

“Petugas Bukan Kesihatan seperti Pegawai Polis, Askar, Kastam dan lain-lain atau dalam erti kata yang mudah mereka yang bekerja bagi membendung pandemik COVID -19 ini”

Fasa pertama pemberian vaksin kepada barisan hadapan bagi melindungi barisan hadapan yang sedang berperang dengan virus COVID -19 yang tidak boleh terlihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, pengvaksinan diberikan kepada barisan hadapan dahulu agar barisan hadapan kita terlindung daripada jangkitan virus COVID -19 ini. Selain itu, fasa ini akan berakhir pada bulan April 2021.

2) Fasa Kedua : Vaksinasi bermula pada April sehingga Ogos 2021

Pada fasa ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan keutamaan kepada golongan yang berisiko tinggi mendpatkan jangkitan COVID -19. Antara golongan yang berisiko tinggi mendapatkan jangkitan adalah warga emas dan golongan rentan iaitu golongan yang berusia 60 tahun dan ke atas yang mengalami masalah morbiditi seperti :

  • Penyakit Jantung
  • Obesiti
  • Penyakit Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
“Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga tergolong dalam golongan yang LAYAK menerima vaksinasi pada fasa ke-2 ini”

Pada fasa ini pihak kerajaan serta KKM memberikan keutamaan  kepada golongan ini kerana hampir 90% kadar kematian bagi pesakit COVID -19 sejak 18 Mac 2020 adalah tergolong dalam golongan warga emas serta mereka yang mempunyai penyakit yang kronik. Pihak kerajaan menganggarkan sebanyak 9.4 juta orang akan menerima vaksin di bawah fasa ke-2 ini.

“Morbiditi bermaksud keadaan penyakit atau kekurangan kesihatan yang dialalami oleh seorang inidividu”

3) Fasa Ketiga : Vaksinasi bermula pada bulan Mei 2021 sehingga Februari 2022

Bagi fasa ke-3 ini, golongan yang terlibat adalah golongan dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas. Bagi fasa ke-3 ini merupakan fasa yang PENTING kerana ianya bertujuan untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan serterusnya bagi mengawal pandemik ini secara menyeluruh.

“Herd Immunity / imuniti kelompok adalah membawa maksud sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak memasuki atau menyebar di kalangan masyarakat oleh kerana sebahagaian masyarakat daripada anggota masyarakat telah mempunyai immunity dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut”

Dalam erti kata yang mudah, penyakit berjangkit yang tersebar secara langsung dari seorang ke seorang adalah sukar merebak sekiranya peratusan yang tinggi dalam kalangan masyarakat telah mengambil imunisasi.

INFO PENTING!!!

Imuniti kelompok TIDAK melindungi individu terhadap semua jenis penyakit cegahan vaksin. Herd Immunity hanya mampu melindungi dari jenis penyakit yang berjangkit dari seorang manusia ke manusia yang lain BUKAN penyakit yang tidak berjangkit.

Kata-kata Perdana Menteri khas buat seluruh rakyat Malaysia “We are all in this together and only together can we win”. maklumat lanjut mengenai program imunisasi COVID -19 termasuk mengenai tatacara pendaftaran, lokasi pusat pemberian vaksin serta informasi lain yang berkaitan akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Bagi memudahkan lagi urusan pemberian vaksinasi kepada seluruh rakyat Malaysia, Jemaah Menteri telah bersetuju melantik Yang Berhormat Sdr. Khairy Jamalkuddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi kebangsaan COVID -19 ini.

Bagi ketahui hukum bervaksinasi anda boleh KLIK DISINI bagi mengetahui hukum vaksinasi.

*** Tanyalah mereka yang pakar dalam hal-hal tertentu BUKAN membuat keputusan sendiri bagi mengelakkan dari kesalahfahaman akan sesuatu perkara itu ***

Rujukan:-

1) https://www.pmo.gov.my/2021/02/perutusan-khas-penjelasan-terkini-mengenai-pelaksanaan-proklamasi-darurat/

2) https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3129-bayan-linnas-siri-ke-166-kewajiban-mengambil-vaksin-mengikut-jadual-imunisasi-kebangsaan-daripada-perspektif-islam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh