3 Fakta Gula Yang Ramai Tidak Ketahui

Gula merupakan pemanis dalam makanan dan sangat sedap rasanya. Justeru itu, gula telah menjadi salah satu pilihan utama rakyat Malaysia tanpa mereka sedari. Tetapi tahukah anda bahawa pengambilan gula yang berlebihan mampu membahayakan diri anda. 

3 Fakta Gula Yang Ramai Tidak Ketahui

3 Fakta Gula Yang Ramai Tidak Ketahui

Hal ini disebabkan gula merupakan karbohidrat ringkas yang membantu dalam penyediaan tenaga yang cepat kepada mereka yang kehilangan tenaga. Justeru itu, pengambilan gula TIDAK diperlukan semasa penyediaan makan kerana dalam setiap makanan sudah mempunyai gula secara semulajadi.

Oleh yang demikian, sebagai pengguna yang bijak anda perlu ketahui dahulu nama lain bagi gula dalam industri makanan (penglabelan) sebelum mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan fakta gula. Nama lain bagi gula seperti :-

  • ​Sukrosa
  • ​Fruktosa (gula dalam buah-buahan)
  • ​Sorbitol

Sorbitil adalah gula yang terdapat dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan dengan sifat diuretik. Sorbitol yang tidak diserap mengekalkan air di usus besar melalui tekanan osmotik sehingga merangsang pergerakkan usus dan memberikan kesan diuretik

Saranan pengambilan gula dalam sehari mengikut World Health Organization (WHO) pengambilan gula tambahan dalam sehari TIDAK BOLEH MELEBIHI 10% daripada jumlah tenaga harian. Dalam erti kata mudah pengambilan gula dalam sehari TIDAK BOLEH MELEBIHI dariapada 10 sudu kecil gula (TERMASUK GULA YANG TERLIHAT DAN TERSEMBUNYI).

1 sudu kecil (5g) gula = 20 kalori

Agak-agak berapa sudu gula yang diambil dalam seharian?


TAHUKAH ANDA!!!

Fakta gula dalam minuman bertin.

1 tin minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula hampir 9 sudu gula. Banyak bukan kandung gula di dalam minuman berkarbonat, jadi pengambilan minuman ini boleh menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah dengan lebih cepat.

Baca Juga :   Harga Vivix Shaklee Terkini

 

3 Fakta pengambilan Gula pada tubuh badan memberi kesan negatif kepada tubuh badan. Antara kesannya adalah:-

1) Meningkatkan paras gula dalam darah

Gula merupakan gula ringkas yang mudah menyerah ke dalam darah. Justeru itu, pengambilan gula tanpa kawalan boleh menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah.

2) Obesiti

Bagaimana obesiti boleh berlaku dalam kalangan masyarakat?

Fakta gula yang benar adalah pengambilam gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga secara berlebihan. Maka, selepas penambahan tenaga TANPA menggunakannya maka ianya akan menjadi lemak lalu meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

INFO TAMBAHAN!!!

Obesiti adalah salah satu faktor penyebab pelbagai penyakit kronik seperti Diabetes  Darah Tinggi dan sakit jantung

3) Karies gigi

Karies gigi boleh berlaku disebabkan oleh kekerapan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat seperti gula. Bakteria yang terdapat di dalam mulut akan menukarkan gula dan kanji tersebut kepada asid.

Asid yang terhasil akan bertindak terhadap gigi kita. Walau bagaimanapun, gigi kita berupaya untuk menahan serangan asid tersebut selagi ianya mempunyai masa untuk pulih dan membaiki kerosakan. Justeru itu, bagi membaiki kerosakan kita perlu selang masa di antara waktu makan dan minum.

Antara faktor berlakunya karies gigi adalah:-

  • Tidak memberus gigi sebelum tidur
  • ​Kerap mengambil makanan manis
  • ​Penganbilan florida yang tidak mencukupi
  • ​Tidur bersama botol susu (bagi bayi atau kanak-kanak)

Cara menjaga gigi daripada masalah karies gigi adalah dengan:-

  • Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
  • Berkumur-kumur setiap kali selepas makan

Sekiranya mahu menggunakan ubat pengkumuhan juga boleh TETAPI ELAKKAN daripada memberus gigi + berkumur-kumur menggunakan ubat kumuh. 

  • ​ELAKKAN makan makanan manis dan makanan ringan seperti snek sebelum tidur atau di antara masa makan utama
  • ​ELAKKAN menguyah dan menyimpan gula-gula terlalu lama di dalam mulut
Baca Juga :   Cara Menabung Untuk Pergi Umrah

Cara mengawal pengambilan gula dalam diet seharian:-

  1. Pilih aneka kuih yang tidak menggunakan terlalu banyak kandungan gula seperti kuih apam, karipap, pau dan lain-lain.
  2. Pilih minuman yang rendah kandungan gula (baca dahulu nutritional fact pada makanan atau minuman yang diambil bagi memastikan pemilihan makanan yang rendah kandungan gula)
  3. Gantikan penggunaan gula kepada penganti gula seperti stivia, aspartame dan lain-lain.

Kini anda sudah ketahui fakta gula di dalam industri penglabelan. Selain itu, pasti umum juga sudah ketahui kesan pengambilan gula dalam kehidupan seharian kita serta cara bagaimana hendak mengawal pengambilan gula dalam sehari.

“Gula tidak salah TETAPI yang salah adalah deria rasa kita yang sering mahukan pemanis sebagai makanan pilihan”
**Semua pilihan berada di tangan anda, anda pilih anda sihat**
Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-gula-2/
2) http://www.myhealth.gov.my/nali-risiko-karies-gigi-anda/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh