Ibu

3 Cara Penjagaan Warga Emas Dengan Betul

Cara penjagaan warga emas atau orang yang kita sayang bergantung 100% kepada keadaan fizikal mereka. Sekiranya sihat fizikal, maka cara penjagaan lebih tertumpu kepada pemakanan dan gaya hidup SAHAJA manakala bagi kesihatan fizikal yang kurang sihat (tidak boleh bergerak dan lain-lain) penjagaan lebih tertumpu kepada keseluruhannya termasuklah sokongan moral.

Penjagaan wargaemas
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” Surah Al-Isra’; 23

Sesungguhnya besar pahala sekiranya anak menjaga ibu bapa atau mereka yang menjaga warga emas ini dengan penjagaan yang betul. Setiap satu ganjaran yang Allah SWT berikan tidak mampu untuk kita lihat dengan mata kasar TETAPI ganjarannya akan terlihat secara dasar sahaja. Percaya atau tidak nikmat menjaga ibu bapa atau nikmat penyediaan penjagaan warga emas dengan betul ketika sakit amat besar dan sukar untuk di ungkapkan. Tidak perlu kita menghulurkan bantuan ketika mereka sakit sahaja TETAPI hulurkan juga bantuan ketika mereka masih lagi sihat kerana kita tidak tahu bila kita akan berhenti berjumpa dengan mereka.


Cara penjagaan warga emas dengan betul

1) Kebersihan diri yang betul

Penjagaan wargaemas

Kebersihan merupakan salah satu daripada aspek yang penting dalam penjagaan warga emas TERUTAMANYA bagi ibu bapa yang sudah tidak boleh bergerak. Kebersihan amat penting bagi memastikan mereka selesa dalam menjalani kehidupan seharian dengan orang yang tersayang.

“Tahukah anda, detik sentuhan seorang anak kepada ibu bapanya merupakan salah satu detik penjagaan yang diharapkan oleh semua ibu bapa. Ianya mampu mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa. Sentuhan itu juga mampu mengembirakan mereka”

Penjagaan kebersihan adalah suatu perkara yang sangat peribadi bagi sesetangan ahli keluarga. Hal ini disebabkan oleh penjagaan kebersihan melibatkan pelbagai aspek dan ianya memerlukan ilmu yang mendalam dalam penjagaan kesihatan bagi mereka yang sakit.

Salah satu perkara yang perlu di titik beratkan semasa penjagaan ibu bapa yang TIDAK BOLEH BERGERAK adalah:-

  • Pembersihan najis (air besar atau kecil)

Najis merupakan salah satu aspek kebersihan yang WAJIB di titik beratkan bagi mereka yang sedang menjaga warga emas (ibu bapa). Hal ini disebabkan oleh najis merupakan pembawa kuman yang tidak mampu kita lihat. 

Justeru itu, pembersihan yang betul perlu diambil agar tiada berlakunya perkumpulan kuman dalam sekitar mereka.

  • Pembersihan kawasan tempat tidur

Mungkin bagi ibu bapa yang sudah terlantar di atas katil, mereka sudah tidak mampu untuk pergi ke tandas. Justeru itu, segala keperluan pembersihan akan dilakukan di atas katil SAHAJA. Justeru itu, pembersihan kawasan tempat tidur adalah amat penting bagi memastikan kawasan tempat tidur bersih.

“Pastikan sentiasa menukar alas katil SEKURANG-KURANGNYA 1 kali seminggu bagi mengelakkan kuman kekal lama di tempat tidur dan mengelakkan iritasi daripada berlaku kepada pesakit”

Kuman yang melekat di tempat tidur tidak boleh terlihat dengan mata kasar, justeru itu penjagaan kebersihan amatlah penting. Mencegah lebih baik daripada merawat.

  • Pembersihan kawasan sekitar tempat tidur

Kita bukan sahaja perlu menjaga kebersihan dari segi pembersihan najis dan tempat tidur. Malahan penjaga juga WAJIB menjaga kebersihan di kawasan sekitar tempat tidur agar pesakit lebih mudah untuk menghirup udara segar di kawasan sekeliling. Hal ini mampu membantu pesakit sentiasa berfikiran positif semasa mengharungi penyakit mereka.

“Mereka yang sakit atau terlantar di atas katil memerlukan pengudaraan yang bersih agar kesembuhannya lebih cepat”

2) Sokongan Moral

Sudah menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang kurang sihat tubuh badan (terbaring di atas katil) memerlukan sokongan moral daripada ahli keluarga. Hal ini disebabkan sokongan moral mampu meningkatkan lagi semangat mereka untuk sentiasa sihat walaupun memerlukan bantuan daripada orang lain.

Antara sokongan moral yang boleh diberikan oleh ahli keluarga adalah:-
√ Sentiasa menziarahi ibu bapa di tempat mereka tinggal
√ Bertanya khabar sekiranya tidak sempat untuk menziarahi ibu bapa dengan telefon
√ Peluk ibu bapa sekiranya berjumpa bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan

“Tetapi pada musim pandemik COVID -19 ini, ELAKKAN bersentuhan dengan warga emas tanpa membersihkan diri dahulu bagi mengelakkan penularan penyakit ini kepada warga emas”

√ Beri bantuan kepada penjaga bagi memastikan kelestarian penjagaan ibu bapa

3) Pemakanan yang baik dan pengambilan air yang mencukupi dalam sehari

Ibu bapa yang sudah meningkat usia akan kurang minum air bagi mengelakkan diri mereka daripada kerap pergi ke tandas atau kerap perlu mengantikan pampers bagi mereka yang menggunakannya. Tetapi, dengan cara ini akan menimbulkan pelbagai masalah antaranya adalah dehydarted (kekurangan air) dan memekatkan kadar air kencing mereka. Justeru itu, kita WAJIB mengelakkan mereka minum air seperti biasa atau apabila mereka berasa haus dan sentiasa menasihati mereka bahawa perbuatan itu salah dan akan memudaratkan kesihatan mereka.

Seterusnya, masa makan bagi warga emas (ibu bapa) WAJIB diberi keutamaan. Semakin meningkat usia semakin ibu bapa memerlukan perhatian 100% daripada mereka yang bergelar anak. Justeru itu, penjaga perlu sentiasa beringat waktu makan bukanlah sekadar menikmati makanan yang enak dan sihat SAHAJA tetapi ibu bapa memerlukan anak sekali ketika makan bagi meningkatkan lagi selera makan mereka. Dengan kehadiran anak-anak ketika makan mampu membuatkan ibu bapa tersenyum sekaligus dapat membantu meningkat lagi kesihatan mereka.

“Tidak sukar untuk makan bersama sekiranya ibu atau bapa yang terlantar di atas katil, hanya perlu menyediakan makanan dan suapkan makanan tersebut sudah memadai bagi mengembirakan ibu bapa”

Terkadang kita khilaf ketika menjaga ibu bapa yang sakit, tetapi dengan wujudnya sikap TANGUNGJAWAB seperti di atas mampu mengembirakan ibu bapa serta mempercepatkan lagi proses kesembuhan ibu bapa. Tiada istilah anak lelaki WAJIB mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa dan anak perempuan tidak, TETAPI istilah yang WAJIB diamalkan adalah 1 ibu mampu menjaga 10 anak, mengapa 10 anak tidak mampu menjaga seorang ibu. Tidak sukar untuk menjaga warga emas tetapi sukar untuk memahami kehendak mereka. Tetapi ingatlah bahawa Allah SWT akan membalas setiap kesabaran dan kebaikan hambaNYA. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh