3 Cara Mudah Untuk Mengempiskan Perut

Mudah ke bukan mudah untuk kempiskan perut. Kebanyakan wanita mahupun lelaki yang sibuk bekerja pasti akan mengalami masalah perut yang buncit TERUTAMANYA bagi mereka yang bekerja di dalam pejabat. Hal ini disebabkan oleh, pekerjaan mereka yang stress dan lebih tertumpu kepada komputer menyebabkan salah satu punca perut menjadi buncit.

Selain itu, duduk lebih daripada 8 jam sehari juga boleh menyebabkan masalah perut buncit ini. Justeru itu, terdapat beberapa cara mudah untuk mengempiskan perut bagi mereka yang mempunyai masalah perut buncit.

Salah satu cara mudah untuk mengempiskan perut adalah menerusi:-

1) Solat

Cara mudah untuk mengempiskan perut

Tahukah anda, sekiranya kita menunaikan solat 5 kali sehari iaitu: 

√ zohor (4 rakaat)
√ Asar (4 rakaat)
√ Maghrib (3 rakaat)
√ Isyak (4 rakaat)
√ Subuh (2 rakaat)

Solat merupakan salah satu senaman yang paling mudah dilakukan. Dan sekiranya kita menunaikan solat sebanyak 12 rakaat sama dengan kita bersenam selama 30 minit dalam sehari. Itu baru 12 rakaat tetapi dalam sehari kita solat 17 rakaat TIDAK TERMASUK SOLAT SUNAT lagi, sekiranya seseorang itu rajin melakukan solat sunat maka lebih banyak manfaat kesihatan yang diperolehi tanpa mereka sedari.

“Indah bukan solat itu, selain mendapatkan pahala yang berganda kita juga boleh amalkan gaya hidup sihat hanya dengan menunaikan solat”.

Dengan menunaikan solat juga kita mampu mendapat:-


• Meregangkan dan memperkuatkan otot
• Mampu mengurangkan sengal otot dan sendi
• Meningkat penghadaman
• Melancarkan salur darah
• Membantu memperbaiki postur tubuh badan
• Mampu merelaksasi dan memberi ketenangan dalam jiwa

2) Senaman 

Cara mudah untuk mengempiskan perut

Seterusnya, senaman juga merupakan salah satu cara mudah untuk mengempiskan perut. Antara senaman yang disarankan adalah:- 

 

a) Bicycle Crunch

Senaman ini sangat efektif bagi mereka yang mahu mengempiskan perut dan juga pinggang.

“Perlu melakukan senaman ini dengan cara yang betul agar tiada berlakunya kecederaan yang tidak diingini”

Cara senaman ini dilakukan adalah dengan:-


1) Baring di atas lantai dan letakkan tapak tangan anda di belakang telinga.
2) Angkat lutut kiri atau kanan setinggi 45 darjah menghampiri perut dan lakukannya seperti anda sedang mengayuh pedal basikal.
3) Sentuh siku yang bertentangan dengan lutut yang sedang diangkat.
• Dalam erti kata yang mudah, sentuh lutut kiri menggunakan siku kanan dan sebaliknya bagi siku kiri. Lakukan ia berulang kali seperti anda sedang mengayuh basikal TETAPI perlu di ingatkan lakukan senaman mengikut KEMAMPUAN diri JANGAN paksa diri sekiranya sudah tiada KEMAMPUAN untuk melakukan senaman kerana ianya tidak mencederakan diri sendiri.

b) Bangkit Tubi Kaki Tegak (Vertical Leg Crunch)

Senaman bangkit tubi kaki tegak ini 100% menumpukan kepada bahagian perut. Justeru itu, senaman ini bertujuan untuk mengempiskan perut.

Cara melakukan senaman ini adalah:-


1) Angkat kaki tegak ke atas 90 darjah.
2) Angkat badan seperti anda membuat bangkit tubi biasa bagi wanita
Lakukan dalam 2 hingga 3 set dan dalam setiap set rendahkan kaki anda menghampiri lantai untuk memberi impak yang maksima.

Setiap set anda boleh lakukan 10.15 kali. TETAPI perlu pastikan postur tubuh adalah betul bagi mengelakkan diri daripada mendapatkan kecederaan.

“Kurus itu cantik, tapi sekiranya kurus yang menyakit itu tidak cantik”

3) Pemakanan dan Gaya hidup sihat

Selain daripada senaman, anda juga boleh menjaga pemakanan dan gaya hidup bagi MENGELAKKAN perut buncit. Antara caranya adalah-

ELAKKAN mengambil makanan yang manis termasuk minuman dalam tin

Manisan akan menyebabkan seseorang itu bertambah berat badan tanpa disedari kerana setiap makanan yang manis mempunyai sumber kalori yang tinggi.

“Mahu perut KEMPIS maka ELAKKAN pengambilan makanan yang manis”

• Tingkatkan pengambilan serat yang tinggi
ELAKKAN pengambilan makanan yang tinggi lemak serta makanan segera (contoh: jajan)
ELAKKAN makan 2 jam sebelum tidur

“Apabila kita makan lalu terus tidur maka perut akan lebih mudah untuk buncit”

Justeru itu, pakar:-

“Amat menyarankan untuk berdiri selepas makan bagi memudahkan penghadaman”

Untuk kelihatan cantik dan bergaya adalah mudah sekiranya kita tahu caranya. Hanya amalkan gaya hidup yang sihat dan lakukan senaman mampu membantu anda untuk kelihatan cantik dan bergaya. Inilah 3 cara yang mudah untuk diikuti agar kita mampu mendapatkan perut yang kempis.

**Anda sihat kami berjaya mengajar anda kelihatan kurus dan bergaya**

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh