3 Alat Perubatan Yang Perlu Ada Di Rumah

Alat perubatan yang perlu ada di rumah agar sebagai langkah pencegahan awal semasa Perintah Kawal Pergerakan (PKP) 3.0 ini. Justeru itu, sangat DISARANKAN alat perubatan ini ada di setiap rumah TERUATAMANYA bagi mereka yang sedang kuarantin WAJIB kerana anda menjadi kontak rapat kepada pesakit yang positif.

Walaupun anda BUKAN seorang yang perlu kuarantin WAJIB, 3 alat perubatan ini merupakan alatan yang WAJIB ada di rumah semasa musim pandemik ini. Kini ianya sudah menjadi salah satu kewajipan untuk setiap rumah memperolehinya sekiranya mampu kerana alatan ini BUKAN satu alatan yang murah. 

***LINDUNGI DIRI DARIPADA TERJANGKITI VIRUS COVID -19 INI***

3 Alat Perubatan Yang Perlu Ada Di Rumah

Antara alat perubatan yang perlu ada di rumah adalah seperti:-

1) Alat Tekanan Darah

Alat Perubatan Yang Perlu Ada


Alat tekanan darah (blood pressure meter) adalah berfungi untuk mengukur tekanan darah dan kadar nadi.

Tekanan darah Normal adalah seperti :-

  • Sistolik 120 (Julat 90-139) mmHg
  • Diastolik 80 (Julat 60-89) 

INFO TAMBAHAN!!!

Sistolik BAWAH <90 atau distolik <60 dikira sebagai tekanan darah rendah dan bahaya. Nadi yang normal adalah diantara 60-100 degupan jantung seminit.

2) Termometer

Alat Perubatan Yang Perlu Ada


Termometer untuk mengukur suhu badan. Suhu 37.5℃atau lebih dikira DEMAM. Suhu MELEBIHI 39.4℃ dikira demam tahap tinggi. Sekiranya suhu anda terlalu tinggi anda WAJIB berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

PERINGATAN!!!

Suhu badan yang terlalu TINGGI perlu mendapatkan rawatan segera kerana ditakuti ianya akan menyebabkan kesan negatif terhadap diri sendiri dan bahaya pada musim pandemik ini.

3) Oximeter

Alat Perubatan Yang Perlu Ada


Oximeter adalah satu mesin dimana untuk mengukur kadar oxygen dalam tubuh badan. Justeru itu, dengan kewujudan oximeter ini mampu memantau kadar oxygen dalam tubuh badan. 

Baca Juga :   Tanda-tanda Amaran Strok

PENTING!!!

Bacaan oximeter yang Normal adalah 95 dan ke atas dan teruskan pemantauan di rumah. Manakala, bacaan SPO2 turun ke 93-94 peratus pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor. Dan seterusnya, bacaan SPO2 92 dan ke bawah, pesakit perlu mendapatkan rawatan dan nasihat segera. 

Posisi jari memain peranan dalam bacaan. Pembetulan posisi jari atau percubaan jari lain DIGALAKKAN jika bacaan tidak selari gejala. Anda boleh mencuba aktiviti untuk mengira paras oxygen dalam tubuh badan dengan betul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengira paras SPO2 dengan betul adalah seperti:-

1) Aktiviti duduk dan bangun

Anda boleh melakukan aktiviti seperti:-

  • Duduk tegak peha dan lutut 90 darjah dengan SPO2 dijari. Mulakan jam randik
  • Bangun dengan tegak dan duduk semula. Ulang sehingga seminit

PERHATIAN!!!

TANDA OXYGEN BAHAYA adalah apabila bacaan SPO2 di oximeter anda menurun 3% dan terdapat masalah kesesakan nafas ketika anda melakukan aktiviti ini. Segeralah mendapatkan nasihat doktor agar anda mendapat rawatan dengan segera.

2) Kiraan Nafas

Aktiviti kiraan nafas adalah dengan menggunakan jam randik untuk membuat kiraan nafas. Anda boleh minta kiraan nafas seperti:-

  • Bantuan orang untuk mengira kadar pernafasan.
  • Gunakan jam randik untuk membuat kiraan pernafasan dalam masa seminit.

PERHATIAN!!!

  • Tahap sederhana kadar SPO2 dalam tubuh adalah 93-94% dan nafas 21-30 dalam masa seminit.
  • Tahap teruk kadar SPO2 adalah KURANG dari 93% dan nafas lebih dari 30 dalam masa seminit 

Sekiranya ini yang berlaku kepada anda ketika anda perlu melakukan kuarantin WAJIB dirumah anda DINASIHATI untuk menghubungi pihak hosiptal dengan kadar yang segera. Hal ini bagi memastikan anda mendapat rawatan yang betul dan MENGELAKKAN diri anda daripada mendapat kesan yang lebih teruk pada kemudian hari. Kita mampu untuk menlawan virus ini sekiranya semua mengikut segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib.

Baca Juga :   4 Faktor Kesukaran Mendapatkan Anak

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh