Cara Putuskan Rantaian COVID-19 di sekolah

Cara Putuskan Rantaian COVID-19 di sekolah. Semakin hari kita boleh melihat graf kes COVID 19 ini semakin meningkat dan tiada tanda-tanda untuk menurun dalam masa yang terdekat, maka ramai yang mengalami masalah sekiranya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini dilaksanakan lagi kerana pasti ramai yang bakal kehilangan pekerjaan.

Justeru itu, sebagai rakyat yang bijak kita perlu membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memutuskan rantai penularan COVID 19 ini.

Sekiranya kita mampu memutuskan rantaian COVID 19 dalam kalangan masyarakat maka kita boleh melakukan aktiviti seperti melancong, beriadah, berhibur, pergi ke kenduri dan lain-lain tanpa halangan. Pada masa yang sama, kita mampu untuk meningkatkan semula ekonomi yang merundum secara berkala dan mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua terutamanya kepada mereka yang di berhentikan semasa perlaksanaan PKP dan juga pelajar lepasan universiti.

Tetapi, bagaimana rakyat dapat membantu dalam memutuskan rantai COVID 19 dalam kalangan masyarakat?

1. Jarakkan diri dengan orang lain sebanyak 1 meter

– Dengan cara ini kita mampu untuk mengelakkan penyebaran COVID 19 daripada satu orang kepada satu orang yang lain.

PERINGATAN!!!
Bagi mereka yang mempunyai gejala / simptom COVID 19 atau bagi mereka yang baru SAHAJA pulang je kawasan yang berisiko tinggi di minta untuk MELAKUKAN swap dan KUARANTIN diri selama 14 hari selepas pulang agar COVID 19 ini tidak tersebar kepada orang lain

2. ELAKKAN pergi ke kawasan yang sesak

– Dengan cara kita mengelakkan diri daripada pergi ke kawasan yang sesak/ramai orang adalah bertujuan bagi mengurangkan bersentuhan/berlaga bahu dengan mereka yang tidak dikenali.

-Yang paling penting, bagi mengelakkan penyebaran virus COVID 19 terhadap orang ramai

3.Gunakan/memakai pelitup hidung dan mulut ketika berada di kawasan yang ramai orang

– Pengunaan pelitup hidung dan mulut ini bertujuan bagi melindungi diri kita dan orang lain daripada terjangkiti COVID 19.

a) Cara penggunaan pelitup hidung dan mulut yang betul:-

Kredit Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

b) Pemilihan pelitup hidup dan mulut yang di sarankan oleh KKM:-

Kredit gambar: KKM & myhealth

Sekiranya pemilihan pelitup hidung dan mulut jenis fabrik, orang awam boleh mengikuti saranan yang dikeluarkan oleh pihak KKM:-

Kredit gambar: KKM & myhealth

c) Cara pelupusan pelitup hidung dan mulut selepas di gunakan:-

Kredit gambar: KKM & myhealth

d) Tips penggunaan pelitup hidung dan mulut dengan BETUL

TUKAR pelitup hidung dan mulut sekiranya lembap ATAU selepas menggunakannya melebih 8jam

PERINGATAN!!!
Pelitup hidung dan mulut hanya boleh digunakan SEKALI sahaja.

ELAKKAN meletakkan pelitup hidung dan mulut di bawah dagu (Bakteria/kekotoran yang berada dibawah dagu akan melekat di kawasan pelitu hidung dan mulut yang bersih)

JANGAN menyentuh bahagian dalam/luar pelitup hidung dan mulut SELEPAS menggunakannya

JANGAN berkongsi pelitup hidung dan mulut dengan orang lain

JANGAN meletakkan pelitup hidung dan mulut merata-rata

4. Kerap cuci tangan

Tujuan kekerap mencuci tangan MENGGUNAKAN sabun adalah bertujuan bagi membunuh kuman yang berada di tangan terutamanya virus COVID 19. Tetapi, sekiranya kawasan tempat bekerja / ketika sedang berbelanja sukar untuk mendapatkan air untuk mencuci tangan maka penggunaan hand sanitizer (lebih 70% alcohol) amat membantu.

Di bawah merupakan salah satu cara mencuci tangan yang betul:-

Kredit Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Rantaian COVID-19 ini boleh diputuskan sekiranya semua rakyat mengikuti SOP yang betul menerusi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kita perlu berganding bahu untuk menghalang penularan pandemik COVID-19 ini daripada terus menular dan menganggu aktiviti seharian kita. 

Sebenarnya kita mampu menghalangnya dengan mengukuhkan lagi sifat prihatin kita sebagai seorang yang bergelar manusia. Sekiranya kita mempunyai sifat saling bantu membantu dalam menangani pandemik ini maka kita mampu menghalang penularan COVID-19 ini dalam kalangan Masyarakat. 

Cara menangi pandemik ini mudah sahaja dengan cara ikuti segala SOP yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan anda perlu sentiasa melayari laman web rasmi KKM https://www.moh.gov.my/ bagi mendapatkan info terkini. 

Kasihanilah frontliner kita yang bekerja siang dan malam untuk memastikan setiap pesakit di ward mendapatkan rawatan yang betul.

Hanya kita mampu jaga kita, #kitajagakita.

Rujukan:- 

1) https://www.moh.gov.my/

2) http://www.myhealth.gov.my/en/

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh