Tips Kulit Kelihatan Cantik

Kulit yang cantik menjadi menjadi idaman semua wanita. Kulit yang cantik bermaksud kulitnya
●Licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan
●Bebas daripada jerawat atau kulit merekah
●Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak (kombinasi kulit)


Biasanya kulit muka terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-

1) Kulit Kering

Pada kebiasaannya mereka yang memiliki kulit kering akan mempunyai liang pori yang hampir tidak kelihatan. Tetapi kulit kering biasanya mudah untuk kelihatan kusam dan kasar. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka yang kering mereka perlu rajin untuk menggunakan pelembab muka, semua ini akan di kongsikan secara terperinci kemudian.

​2) Kulit Kombinasi ( kering + berminyak ) dan Kulit Berminyak

Mereka yang mempunyai kulit kombinasi atau berminyak ini akan menghadapi masalah yang serupa maka penjagaan kulit mereka juga agak sama. 

Untuk pengetahuan umum kulit yang berminyak mempunyai liang pori yang nampak jelas dan membesar serta kulit nampak berkilat akibat lebihan sebum (bahan yang melincirkan dan menjadikan kulit kalis air). Manakala untuk kulit kombinasi pula kulit anda ada kedua-dua ciri iaitu kering pada pipi dan berminyak pada zon-T (bahagian hidung & dahi)

​3) Kulit Normal

Secara keseluruhanya kulit normal hanya mempunyai sedikit masalah kulit ataupun tiada langsung masalah, tidak sensitif, sedikit sahaja liang pori yang kelihatan dan tahap kelembapan yang seimbang. Mereka yang mempunyai kulit normal jarang mengalami kulit kering, berminyak mahupyn di datangi oleh masalah jerawat.

​4) Kulit Sensetif

Kulit sensetif merupakan salah satu masalah kulit yang sukar untuk mendapatkan pembersih muka yang sesuai. Jadi, sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, mungkin anda akan mengalami masalah seperti kulit kemerahan dan kegatalan. Pada masa yang sama, anda mungkin mendapati kulit anda mudah mendapat iritasi apabila terdedah kepada bahan tertentu (yang tidak sesuai dengan kulit) dalam produk penjagaan kulit.

Bagaimana hendak mendapatkan kulit yang cantik?

Setiap orang mempunyai maksud yang tersendiri berkenaan dengan kulit yang cantik, ada yang mengatakan kulit yang mulus itu cantik, ada yang mengatakan kulit yang tiada jerawat itu cantik dan pelbagai lagi. Tetapi semua maksud itu membawa maksud yang sama iaitu kulit yang cantik.

Jadi, kami ingin memberikan beberapa tip untuk mendapatkan kulit yang cantik. Antara tipsnya adalah:-

1) Tingkatkan pengambilan makanan yang seimbang

Kredit Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

​seimbang bermaksud makanan yang mempunyai karbohidrat, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
​Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi vitamin dah mineral

2) Elakkan pengambilan makanan yang berminyak dan tinggi lemak


●Makanan yang berminayak dan tinggi lemak merupakan salah satu penyumbang atau penyebab jerawat di muka semakin banyak. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat + berminyak, mereka sangat di sarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan tinggi lemak.

●Semua mengetahui bahawa pemakanan yang tidak sihat merupakan salah satu punca terjadinya kulit yang tidak cantik dan kusam. Jadi, bagi mendapatkan kulit yang cantik ELAKKAN makanan yang berminyak. Sambil menjaga kulit boleh juga berdiet. Di bawah ini kita ada sediakan sedikit tip berdiet yang mudah ya. 

3) Tingkatkan pengambilan minuman kosong

●Peningkatan pengambilan minuman kosong bertujuan bagi meningkatkan taraf kelembapan kulit secara semulajadi.

4) Skincare routine

Skincare routine amatlah penting bagi mereka yang gemar menjaga kulit bagi nampak lebih cantik. Setiap individu mempunyai jenis kulit yang berbeza jadi skincare routine juga akan menjadi sedikit berbeza.

Bagi diri ini, skincare routine diamalkan adalah:-

  • Make up remover

Semua mengetahui bahawa tujuan sebenar make up remover adalah untuk membuang sisa solekan pada wajah atau kotoran pada wajah sebelum mencuci muka. Ianya sangat penting bagi mengelakkan pori-pori wajah daripada tersumbat dengan kotoran daripada solekan. Sekiranya pori kita sudah tersumbat maka mudahlah jerawat menghigap ke kulit muka.

  • Pembersih muka

Cuci muka 1-2x/hari bagi membersihkan muka selepas seharian berada diluar. Bagi membersihkan kulit muka daripada kotoran.

  • Tonner

Tonner bertujuan menstabilkan pH muka selepas di bersihkan dan bertugas bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya.

  • Krim Siang

Fungsi krim siang adalah untuk melindungi dan menyokong kulit dari pelbagai risiko bahaya seperti sinaran matahari, radikal bebas, pencemaran dan kimia daripada bahan solekan. Buat pengetahuan umum, tekstur krim siang lebih ringan, cepat menyerap agar pori-pori kulit senang bernafas.

  • Serum

Serum merupakan salah satu skincare routine yang penting. Texture serum yang nipis menyebabkan ianya mudah untuk di serap ke kulit dan penyerapan serum kebiasaanya lebih mendalam berbanding krim siang. Jadi, penggunaan serum amat penting bagi memastikan kulit lebih flawless dan cantik.

  • Sunblock

Sunblock merupakan salah satu krim pelindung kulit daripada cahaya matahari mata UV.

Tahukah anda!!!

Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. 

Jadi, pengunaan krim pelindung matahari amat penting bagi mengelakkan kulit daripada sun burn atau memudahkan penumbuhan jeragat pada usia yang muda bagi mereka yang berkulit putih. Sunblock perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas selesai digunakan.

  • Facial mask

Facial mask di pakai 2-3x/seminggu. Ianya bertujuan mengelakkan kelembapan pada kulit pada masa yang singkat. Selain itu, facial mask juga bertujuan memberikan kesegaran kepada kulit dan memberikan kulit nutrisi yang di perlukan dalam masa yang singkat.

  • ​Krim malam

Jika tugas krim siang untuk melindung kulit, maka tugas krim malam pula adalah untuk merawat kulit yang telah bekerja kerja pada siang hari. Krim malam adalah untuk memperbaiki, melembab dan menjana semula kebaikan kulit semasa tidur.

Texture krim malam lebih pekat kerana ianya direka untuk memberi kelembapan berpanjangan pada muka sepanjang malam.

Walaubagaimana sekali pun, pemilihan skincare routine yang sesuai mengikut kulit adalah penting bagi mengelakkan daripada mendapat masalah kulit. Pastikan pemilihan yang betul atau bertanyalah dengan beuty expert yang ada di pusat membeli-belah tersebut.

5) Bersenam

Bersenam secara berkala mampu melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan termasuk kulit. Sekiranya perjalanan darah berjalan dengan baik maka ianya dapat mengekalkan kesihatan kulit untuk jangkamasa yang panjang.

Diharapakan setiap satu tips yang disediakan ini mampu membantu anda yang mempunyai masalah kulit untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mudah. Kulit yang cantik dan mudah sebenarnya berasal dari gaya hidup yang sihat. Tips pertama merupakan salah satu tip yang WAJIB di ikuti agar kulit kita sentiasa cantik dan flawless.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh