Nutrisi Bagi Ibu Mengandung

Wanita yang mengandung memerlukan nutrisi yang mencukupi agar anak di dalam kandungan mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran. Selain itu, nutrisi juga diperlukan agar kesihatan ibu dapat di kekalkan.

Apakah maksud sebenar Nutrisi?

Nutrisi bermaksud bahan yang diperlukan oleh sel untuk membesar & berfungsi dengan baik. Atau dalam erti kata mudah, nutrisi bermaksud zat / khasiat makanan yang seimbang.

Antara Nutrisi yang manusia perlukan adalah:-
●Karbohidrat
● Protein
● Lemak
●Mineral
●Vitamin
●Serat
●Air

TETAPI nutrisi apakah yang diperlukan oleh ibu mengandung agar keperluan nutrisi harian mereka mencukupi.

Perkara PENTING yang perlu dibuat oleh wanita yang mengandung adalah mereka perlu mempunyai kenaikan berat badan yang sesuai ketika mengandung. Rujuk kenaikkam berat badan yang diperlukan ketika mengandung di bawah ini:-

  • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah antara 12-18kg.
  • ​Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah antara 11-16kg.
  • Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah antara 7-11kg.
  • ​Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

Tujuan utama mempunyai kenaikan berat badan yang sesuatu agar ibu mengandung memenuhi keperluan nutrien semasa hamil

Bagaimana cara ibu yang mengandung hendak mendapatkan nutrisi yang diperlukan?


1) Ambil makanan utama (Sarapan, Makan Tengah hari, & Makan Malam)

PERINGATAN!!!

JANGAN SKIP makanan utama agar ibu dan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi.

TIPS Pertukaran karbohidrat sekiranya ibu hilang selera makan utk mengambil nasi:-
2 senduk nasi yang rata BOLEH DITUKAR kepada:-

  • 2 Keping roti (wholemeal/original)
  • 2 cawan bubur
  • 6pcs biskut (yang besar)
  • 1 1/2 cawan Bihun
  • 1 cawan kuey teow/mee basah/macaroni
  • 6 sudu makan oat yang belum dimasak
  • 1 pcs Chappati/thosai/roti canai

2) Pastikan ada sayur-sayuran dalam setiap hidangan utama & 2 kali pengambilan buah-buahan (bagi memastikan ibu dan anak dalam kandung mendapat sumber nutrisi (vitamin & mineral) yang mencukupi)

1 biji Epal boleh DIGANTI dengan:- 

  • Jambu Batu       1/2 biji
  • Oren/Lai/ciku   1 biji
  • Pisang                1 biji Sederhana 
  • Anggur/duku/langsat 8 biji
  • Tembikai/betik 1 potong
  • Mangga              1/2 biji 
  • Durian               3 ulas sederhana

ELAKKAN pengambilan 2 hidangan buah pada waktu yang sama 😉

Jus buah-buahan (dari kilang BUKAN buatan sendiri) tidak di galakkan kerana tidak mempunyai serat malahan terdapat penambahan gula di dalamnya 

3) 2-3 hidangan susu atau produk tenusu.

P/S: sekiranya boleh kurangkan pengambilan soya maka kurang/ Tetapi jika boleh ELAKKAN, ianya lebih baik

PERINGATAN:-

Sekiranya anda lactose in tolerance​. Cuba produk yang lactose free (baca INGREDIENT)

Sekiranya ibu yang mengandung tidak gemar untuk mengambil susu maka boleh di gantikkan dengan:-

  • Yogurt rendah lemak 1 cawan
  • Ambil sayur seperti bayam & kailan yang mempunyai kalsium yang tinggi (TETAP kurang kandungan kalsium berbeza dengan isi kandungannya di dalam susu)

ATAU 

Gantikan cara penyediaan susu dengan:- 

  • Buat campuran susu dengan milo / coco bagi menghilangkan rasa susu
  • Jadikan susu dengan fruit milk shake (campur buah dengan susu)
  • Jadikan susu sebagai ice cream popsicle

Penyediaan ini bagi memastikan ibu yang mengandung dapat mutrisi kalsium yang mencukupi dalam seharian. 

PERINGATAN!!!

Susu pekat manis & susu penuh krim tidak di galakkan 

4) Sumber protein cth: ayam, ikan (2x-3x/sehari)

Daging merah/kambing tidak digalakkan diambil secara kerap, pengambilan di sarankan 1-2x/sebulan SAHAJA. 

 

Tips Tambahan:-

Tips tambahan ini berguna bagi mereka yang selalu mengalami masalah di bawah ini.

Loya (Morning Sickness)
– Makan pada waktu makan yang teratur.
– Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
– Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
– Tingkatankan pengambilan air.

Sembelit (Constipation)
– Tingkatkan pengambilan air.
– Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran).
​- Sentiasa aktif.

Rujukkan:- 

1) http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-semasa-mengandung/

2) Nutritional Assessment anda Care by Morre

3) http://www.myhealth.gov.my/vitamin-dan-suplemen-kesihatan-untuk-ibu-hamil/

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh