Tips Mendidik Anak Berpuasa

Tips Mendidik Anak Berpuasa

Tips Mendidik Anak Berpuasa

Tips mendidik anak berpuasa perlu bermula dari peringkat awal. Puasa adalah salah satu daripada rukun Islam, justeru itu setiap muslim WAJIB melaksanakannya bila tibanya bulan Ramadhan. Maksud puasa dari segi bahasa Arab adalah bermaksud, “Menahan diri” manakala dari segi istilah syarak pula bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari”.

Selain daripada menahan diri daripada lapar dan dahaga, puasa juga mengajar kita erti kesabaran dalam melakukan ibadah kepada Allah. Di bulan ini banyak mengajar umat islam mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak elok, bercakap kasar/kotor, mengumpat dan sewaktu dengannya. Sekiranya di bulan ini kita mampu melawan semua ini, maka di bulan-bulan lain juga kita mampu melawan nafsu jahat ini kerana bulan Ramadhan banyak mendidik kita menjadi manusia yang lebih baik.

Keindahan Ramadhan mampu dilihat oleh semua umat islam yang faham akan makna Ramadhan itu sendiri. Walaubagaimana sekali pun, puasa ada satu ibadah yang sukar bagi kanak-kanak berbanding solat. Hal ini disebabkan ibadah puasa memerlukan daya ketahanan fizikal dan mental untuk menahan lapar. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat besar bagi memberi dorongan dan didikan yang betul kepada anak-anak untuk melaksanakan puasa di bulan mulia ini.

Antara tips yang boleh ibu bapa ikuti adalah:-

​Terangkan keindahan bulan Ramadhan agar mereka mudah faham.

Terangkan apakah itu ibadah puasa secara ringkas dan mudah difahami. Hal ini disebbakan kanak-kanak kini suka melakukan sesuatu berdasarkan fakta keterangan yang sahih. Disini ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memberikan penerangan yang betul dan menarik agar mereka mampu mengikuti segala keindahan bulan Ramadhan ini.

Biar perlahan-lahan dan berperingkat

Ketika mengajar anak berpuasa jangan pernah memaksa mereka berpuasa, sekiranya kita memaksa ditakuti mereka beranggapan bahawa puasa adalah WAJIB dihadapan ibu bapa bukan WAJIB kerana Allah S.W.T.

Ajarilah mereka berpuasa secara berperingkat mengikut kemampuan sahaja. Sekiranya hanya separuh hari sahaja mereka mampu berpuasa maka izinkan mereka berbuka dahulu. Ajari mereka berpuasa secara berperingkat.

Puji anak

Sentiasa memberi pujian kepada anak-anak sekiranya mereka berjaya bertahan sehingga berbuka. Tujuan sebenar pujian itu diberikan adalah untuk meningkatkan lagi semangat anak-anak untuk berpuasa pada hari seterusnya. Pujian adalah salah satu kunci yang besar buat ibu bapa menarik minat anak-anak untuk berpuasa kerana anak-anak sukakan pujian daripada ibu bapa.

Sediakan makanan kegemaran anak ketika bulan puasa

Bagi menarik minat anak-anak untuk berpuasa dan ternanti-nanti akan masa berbuka maka ibu haruslah menyediakan makanan yang disukai oleh anak-anak. Selain ianya mampu menarik minat mereka berpuasa, cara ini juga mampu membantu dalam tumbesaran dan kesihatan anak-anak di bulan puasa ini.

Selain daripada menyediakan makanan kegemaran anak-anak, ibu juga boleh menyediakan makanan yang berwarna-warni (seperti food pyramid) bagi memastikan anak yang berpuasa mendapatkan nutrisi yang mencukupi.

Jangan terlalu aktif

Semasa anak-anak berpuasa, ibu bapa perlu bijak dalam memilih permainan anak-anak ketika bulan puasa. Pilihlah permainan yang kurang menggunakan tenaga dan kurang penat bagi memastikan anak-anak sentiasa bertenaga ketika berpuasa.

TETAPI ketika masa berbuka sudah hampir tiba, bagi membiarkan masa berbuka itu menjadi singkat biarkan anak-anak lalai bermain sehingga waktu berbuka hampir tiba.

Jangan skip sahur

Tips ini berguna bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Elakkan diri daripada terlepas bersahur, kerana waktu sahur merupakan waktu untuk anak-anak kumpul tenaga yang mencukupi melalui makan.

Pastikan anak-anak bersahur lewat sedikit agar mereka mampu bertahan lebih lama. Pastikan mereka menghabiskan semua makanan ketika bersahur agar mereka lebih bertenaga di pagi hari.

Tips ini amat berguna bagi ibu bapa yang baru sahaja ingin mengajar anak mereka berpuasa. Masa ini ibu bapa perlu menjadi role model yang terbaik buat anak-anak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh