Ibu

Menu Juadah Berbuka Puasa Yang Digemari Ramai

 

Bila disebut bulan Ramadhan pasti akan ramai yang berfikir akan bazar Ramadhan kerana hanya di bulan ini sahaja akan adanya bazar Ramadhan. Bazar ini lain daripada pasar yang menjual makanan (eg: pasar malam/pagi) kerana bazar Ramadhan ini lebih meriah.

TETAPI tahun ini sambutan bulan Ramadhan agak berbeza kerana tahun ini tiada bazar Ramadhan yang boleh di buka. TETAPI pembelian makanan di bulan Ramadhan masih ada secara dalam talian. Justeru itu, sebagai pengemar atau pembeli makanan juadah berbuka puasa hanya perlu membuat tempahan makanan melalui dalam talian dan penjual akan menghantar makanan berbuka anda di hadapan rumah.

Tips mudah untuk memilih juadah berbuka puasa ( di bazar Ramadhan):-

  1. Lihat ramai yang beratur di gerai/ bazar tersebut pasti makanan itu enak
  2. Lihat cara penyimpanan makanan/pembuatan makanan tersebut bersih atau tidak
  3. Kenali pasti gerai yang biasa di kunjungi ketika bulan puasa.

Tips mudah untuk memilih juadah berbuka secara online:-

  1. Cara pihak peniaga membalas mesej (cepat/sopan)
  2. Ketetapan masa penghantaran makanan
  3. Ingat semula nama gerai makanan yang biasa di beli semasa bazar Ramadhan di buka.

PERINGATAN!!!

Sememangnya pembelian makanan secara online adalah sukar untuk memastikan makanan yang di beli sedap atau tidak. Pembelian makanan secara online ibarat pembelian makanan secara “try and error”.

Antara menu juadah berbuka puasa yang digemari ramai adalah:-

1) Murtabak

Gambar sumber google

Murtabak sangat lazat, bila sahaja sebut murtabak semua pasti akan mengenalinya. Murtabak merupakan salah satu jenis makanan yang dipengaruhi daripada Timur Tengah tetapi ianya sudah sebati dengan citarasa orang Malaysia.

Murtabak biasanya disediakan dengan daging atau ayam cincang, dimasak dengan telur, bawang putih, dan bawang. Dilipat dan digoreng di atas kuali rata sehingga perang keemasan BUKAN hangus ya perang keemasan. Murtabak mampu menaikkan selera apabila hidung menghidu haruman campuran intinya itu.

2) Roti John

sumber gambar google

Roti John adalah makanan yang sangat mudah untuk disediakan TETAPI masih ramai yang memilih untuk membeli roti john di bazar kerana kelainan cara pembuatannya yang berbeza. Pada kebiasaanya, roti john di bazar lebih sedap kerana terdapat kari daging / ayam yang bersalut telur, sayur yang segar, ditambah dengan sos cili dan mayonis. Walaubagaimana sekali pun, setiap pembuat Roti John mempunyai cara yang berbeza dalam menghasilkan Roti John, bukan semua Roti John adalah sama.

3) Ayam Percik

Sumber gambar google 

Ayam percik merupakan salah satu makanan yang sangat istimewa dan WAJIB ada semasa bulan Ramadhan untuk santapan berbuka puasa. Semua ini disebabkan proses penyediaan yang sukar dan membuatkan makanan ini sangat bernilai di mata pelanggan. Jadi, biasanya sesiapa yang menjual Ayam percik dan kuah ayam perciknya yang memikat hati pelanggan akan menjadi pilihan orang ramai.

4) Kebab

Sumber gambar google

Kebab biasanya menjadi pilihan yang mudah bagi mereka yang mahu makanan berbuja yang mudah. Disebabkan kebab dipanggang selapis demi selapis dan dagingnya empuk. Ia biasanya diapit dalam roti pita yang suam dan lembut di samping sayuran dan sos cili serta mayonis. Bahan dressing yang lain boleh menaikkan selera pelanggan anda.

5) Kuih tepung pelita

Sumber gambar google

Kuih yang lembut dan cair di mulut ini merupakan salah satu pencuci mulut yang sangat sedap. Pencuci mulut ini biasanya akan di hidangkan selepas terawih. Kuih ini biasanya di sediakan di dalam acuan daun pandan atau pisang yang menaikkan lagi aroma kuihnya. TETAPI kini, kuih ini akan disediakan di dalam bekas sahaja kerana kesukaran orang di bandar untuk mendapatkan daun pandan mahupun daun pisang. Walaupun penggunaan bekas plastik, rasa keenakkannya masih sama seperti penggunaan daun pandan.

6) Popia basah

Sumber gambar google 

Popia basah juga merupakan salah satu juadah (pencuci mulut) berbuka yang paling laris walaupun makanan ini boleh di jumpai bila-bila masa sahaja. Walaupun mudah untuk didapati semasa hari selain bulan Ramadhan TETAPI popia basah akan menjadi juadah berbuka yang utama kerana rasanya yang enak kepedasan sedikit dan lembut pada kulitnya.

Banyak lagi makanan yang menjadi idaman ketika bulan Ramadhan tetapi 6 jenis makanan ini biasanya akan menjadi pilihan ramai untuk di jadikan juadah berbuka puasa. Berbukalah secara sederhana dan JANGAN berlakunya pembaziran ketika berpuasa kerana tujuan berpuasa adalah bagi merasai kesukaran orang tidak berkemampuan. Justeru itu, bersederhanalah dengan setiap perkara yang dilakukan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh