Makanan Sihat Pengidap Resdung

 

Penyakit resdung merupakan antara penyakit ‘popular’yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat dan maklumat tentang makanan sihat pengidap resdung perlu dititikberatkan. Bagi yang kurang pengetahuan berkaitan penyakit ini, penyakit resung atau nama lainnya ialah sinusitis merupakan sejenis radangan yang menyerang rongga sinus. Punca utama radangan ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman.

Gejala-gejala yang biasa berlaku apabila terjadinya sinusitis ini ialah lendir tebal dalam hidung, hidung tersumbat, dan sakit pada bahagian muka. Selain itu, gejala lain seperti demam, sakit kepala, kurang deria bau, sakit tekak dan batuk boleh juga berlaku.

Bagi pesakit resdung, pemakanan merupakan antara kunci utama untuk mengelakkan jangkitan kuman ini semakin berleluasa. Terdapat beberapa makanan yang menjadi pantang kepada pesakit kerana boleh membawa kepada jangkitan yang lebih teruk seperti makanan laut. Jadi amat penting bagi pesakit resdung untuk memilih makanan yang tepat bagi diri dan sekurang-kurangnya membendung kepada gejala yang lebih teruk.

Di antara makanan yang boleh di ambil oleh pesakit resdung ialah :

1. Pengambilan Cecair

Minum atau makan sesuatu yang berbentuk cecair dapat membantu mengelakkan tubuh terhidrat. Ini penting bagi membantu sel darah putih untuk bekerja dengan lebih efektif dalam menguatkan system imun badan melawan jangkitan kuman.

Lendir juga mudah keluar dari badan apabila keradangan berkurangan.

Contoh cecair yang boleh diambil ialah, pilihan sup, air teh atau air suam. Ini kerana cecair panas dapat membantu mendorong pengaliran keluar lendiran.

 

2. Makanan Anti-Radang

Pengambilan makanan anti-radang secara konsisten bukan sahaja membantu mengurangkan kesan penyakit resdung tetapi ianya juga dapat membantu meningkatkan system imunisasi, membantu melawan infeksi, iritasi serta luka pada badan.

Bagi pesakit resdung sumber makanan yang mempunyai mekanisme anti-radang boleh didapati dalam buah-buahan beri seperti strawberi, blueberry, rasberi, dan blackberry. Buah beri mempunyai antioksidan yang dipanggil anthocyanin yang membantu mengurangkan risiko penyakit anda.

Selain itu ikan berlemak seperti salmon, tuna, dan sardine merupakan pembekal sumber protein serta lemak Omega-3 EPA dan DHA. EPA dan DHA berfungsi dalam mengurangi radangan yang dapat menjejaskan metabolisme badan pesakit.

Selain daripada sumber protein, sayur-sayuran juga merupakan contoh makanan anti-radangan yang bagus untuk pesakit resdung. Sebagai contoh sayuran seperti  brokoli, avokado, dan paprika mempunyai agen anti-radangan yang hebat kerana merupakan sumber vitamin C dan antioksidan yang mampu mengurangi radangan pada sel-sel kulit muda.

Selain itu, penggunaan bahan rempah seperti bawang putih, kunyit, halia, dan kayu manis dalam masakan seharian juga perlu diamalkan bagi pesakit resdung. Ini kerana bahan-bahan tersebut mempunyai antioksidan yang dapat melawan keradangan seperti bengkak, serta rasa sakit pada otot atau sendi.

 

3. Makanan Anti-Bakteria

Pesakit resdung perlu menambah senarai makanan anti-bakteria di dalam diet mereka sebagai langkah pengurangan gejala serta mencegah penyakit dari terus berlarutan. Contoh makanan anti- bakteria yang boleh diambil ialah seperti buah lemon yang mengandungi vitamin C, bersifat anti-bakteria serta anti-kulat yang berupaya melawan radikal bebas dalam badan.

Selain itu, sayuran seperti lobak yang kaya dengan beta carotene, ianya bertindak sebagai pembersih antioksidan berkuasa dalam badan. Lobak juga tinggi dengan kandungan vitamin A yang bagus dalam meyeimbangkan asid-alkali dalam tubuh manusia.

Pengambilan madu juga amat baik untuk pesakit resdung kerana madu mengandungi enzim hidup yang melepaskan hydrogen peroksida yang dapat menghalang kuman daripada memasuki tubuh.

 

Bagi penghidap penyakit resdung, amalkan gaya hidup pemakanan yang sihat bermula daripada sekarang bagi membantu anda sihat dan bebas daripada penyakit ini. Jauhi makanan yang menjadi pantang atau musuh utama pesakit resdung serta amalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Semoga anda berjaya melawan penyakit ini!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh