Kuih Raya Kegemaran Orang Ramai Masa kini

Apabila di sebut raya, pasti yang bermain di minda adalah baju raya, duit raya dan biskut raya. Apakah kuih raya kegemaran pilihan masa kini? Mengapa biasanya 3 perkara ini sahaja yang bermain di minda hal ini disebabkan kebanyakan rakyat Malaysia hanya mementing 3 perkara ini sahaja apabila menjelangnya hari raya.

Raya sudah tidak lama lagi, apa kata lihat kuih apa yang paling menjadi pilihan orang ramai. Walaupun kita tidak boleh meraikan raya bersama insan yang tercinta pada tahun ini (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) tidak bermaksud kita tidak boleh membeli kuih raya untuk dimakan di pagi raya.

Antara Kuih Raya Kegemaran 

Antara biskut yang menjadi kegemaran ramai apabila menjelangnya hari raya adalah:-

Kuih Tart (Tart nenas & tart cheese)

Kuih tart itu sendiri terbahagi kepada dua jenis iaitu kuih tart nenas dan kuih tart cheese. Terkini Tart coklat pula. Hanya inti nenas di dalam ditukar dengan coklat bar. Kebiasaan hari raya kuih tart nenas adalah kuih yang menjadi salah satu jenis kuih yang WAJIB ada di meja kerana kuih ini merupakan salah satu jenis kuih yang popular dalam kalangan orang tua.


Kuih tart nenas ini diperbuat daripada tepung dan jem nenas. Terdapat dua jenis tart nenas iaitu tart gulung dan bunga. Biasanya, tepung adunan yang digunakan adalah tawar disebabkan intinya yang manis iaitu daripada buah nenas.


Manakala tart cheese biasanya menjadi pilihan anak muda zaman kini kerana lebih morden cara pembuatannya. Tart cheese diperbuat daripada tepung dan cheese. Kebiasaanya, tart cheese ini menjadi pilihan bagi mereka yang tinggal di bandar berbanding dengan mereka yang tinggal di kampung. Hal ini disebabkan, tart nenas lebih menjadi pilihan bagi mereka yang di kampung kerana rasanya yang lebih sedap dan klasik.

Kuih Bangkit

Kuih bangkit adalah salah satu kuih yang disukai di Malaysia pada musim perayaan. Kuih bangkit biasanya dibuat dari tepung ubi kayu, kuih ubi kayu (kuih bangkit) ini dipercayai berasal dari China, ianya dipanggang dalam bentuk yang menyerupai wang sebagai bentuk persembahan nenek moyang. Ianya kini berkembang menjadi kuih ubi kayu (kuih bangkit) yang dibuat menyerupai bentuk lain seperti burung, bunga, buah-buahan dan bentuk-bentuk lain yang sangat terperinci.

Kuih bangkit menjadi pilihan kebanyakan mereka yang lebih tua kerana apabila makan kuih ini ianya akan mencair di mulut dan tidak memerlukan tenaga untuk mengunyah. Kuih ini sesuai untuk nenek atau kanak-kanak yang tiada gigi.

Kuih Almond London


Biasa kita mendengar jenaka zaman dahulu, banyak-banyak kuih, kuih apa yang berasal dari luar negara? Pasti ramai yang menjawab Almond London sebab namanya ada perkataan London.

Almond London merupakan salah satu jenis kuih pilihan ramai terutamanya kanak-kanak kerana kuihnya yang berasaskan coklat. Biskut ini sangat rangup dan berintikan badan. Bagi mereka yang mengemarkan kuih yang berasaskan kekacang maka kuih ini adalah pilihan yang tepat.

PERINGATAN!!!

Buat kanak-kanak yang mempunyai alahan kacang, ELAKKAN daripada membeli kuih Almond London ini kerana ianya akan membahayakan kanak-kanak tersebut.

Cornflakes Madu


Cornflakes Madu adalah satu jenis makanan yang sangat mudah untuk di buat TETAPI sekejap sahaja untuk dihabiskan. Ianya merupakan salah satu jenis kuih yang berhantu kerana sekali makan boleh habis satu balang. Rasanya, kebanyakan rumah akan menyediakan kuih ini kerana mudah untuk mendapatkan bahan-bahannya.

 

Kuih Semperit


Sama seperti kuih yang lain, kuih semprit juga antara kuih tradisional yang pasti menjadi kegilaan orang ramai ketika musim perayaan. Bila makan kuih ini mampu mengimbau zaman kanak-kanak dahulu, kuih ini pasti akan cair di mulut ketika memakannya. Kuih ini diperbuat daripada telur, tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard yang digaul bersama mentega.

INGAT!!!
Paling penting untuk membuat kuih semperit adalah acuan semprit ya.

Walaupun kita sedang berperang dengan virus COVID 19 ini kita perlu menyambut raya secara sederhana. ELAKKAN daripada melakukan aktiviti kunjung mengunjungi kerana ditakuti kita adalah pembawa virus yang TIDAK BERGEJALA.

Sekarang dunia di hujung jari, tidak dapat kunjung mengunjungi kita guna segala kecangihan yang ada untuk berinteraksi dengan ahli keluarga yang jauh. Kita perlu lindungi WARGA EMAS dan Kanak-kanak seperti yang di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kita perlu jaga kita.

 

Rujukkan :- 

1) https://ohbulan.com/tak-telan-dek-zaman-ini-10-jenis-kuih-raya-wajib-ada-setiap-kali-raya

2) https://www.google.com/amp/www.butterkicap.com/kitchen-lab/traditional-tapioca-cookies/amp

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh