Hikmah Berpuasa Bersama Virus COVID 19

 

 

Hikmah berpuasa bersama  Virus COVID 19 adalah perkara diluar jangka semua orang di seluruh dunia. Ia akan menjadi kenangan sepanjang hayat kerana kenangan puasa seperti ini ada makna tersirat yang sukar diungkapkan. terdapat banyak hikmah yang tersirat di sebalik sesuatu yang berlaku. Ramai yang terkesan disebabkan oleh penularan virus ini. Sekiranya jiwa tidak kuat mesti ramai yang merana akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini kerana banyak aktiviti yang tertunda. TETAPI sebenarnya sepanjang musim PKP ini dilaksanakan banyak kenangan yang boleh kita cipta dan boleh menjadi iktibar sepanjang hayat.

Pelbagai kenangan yang terukir ketika PKP dan semasa menjelangnya bulan Ramadhan. Sehinggakan Perdana Menteri sendiri mengakui ke kreatifan rakyat Malaysia semasa PKP ini dilaksanakan.

Hikmah Berpuasa Bersama Virus COVID 19

Hikmah Berpuasa Bersama Virus COVID 19

Antara hikmah berpuasa bersama virus COVID 19

 

Mampu menunaikan solat terawih bersama ahli keluarga

Solat terawih yang biasanya di lakukan di surau atau masjid kini perlu di laksanakan di rumah bagi mengelakkan penularan virus COVID 19 ini di dalam komuniti. Di saat ini, mereka yang bergelar bapa akan mengambil alih tugas seorang imam untuk mengimamkan ahli keluarga mereka.

Ketika inilah sebagai seorang bapa, kita perlu menjadi role model yang terbaik buat anak-anak agar mereka mampu mengikut segala kebaikan yang ada di dalam diri kita. Bukan mudah untuk kita menunaikan solat sunat Terawih di rumah kerana kebanyakan orang akan memilih untuk menunaikan solat sunat ini di Masjid atau surau kerana mahu mengimarahkan masjid atau surau di bulan Ramadhan ini.

Tetapi semasa PKP ini, kita diberi peluang untuk menjadi imam kepada ahli keluarga kita, maka ambilkan segala kebaikkannya untuk perbaiki diri untuk menjadi imam yang terbaik buat ahli keluarga.


INFO!!!
Solat sunat Terawih boleh didirikan selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masukknya solat subuh. TETAPI kebiasaannya, solat sunat Terawih secara berjemaah akan dilaksanakan selepas solat Isyak.

Mampu berbuka puasa bersama anak-anaknya

Selama ini, berapa kali sahaja kita mampu berbuka puasa bersama ahli keluarga tercinta. Terkadang kita mahu berbuka bersama TETAPI ada sahaja yang menghalang untuk kita berbuka bersama. Disebabkan penularan wabak ini, kini kita mampu berbuka puasa bersama anak-anak.

Tahukah kita (ibu bapa) bertapa bahagianya anak-anak ketika mereka dapat berbuka bersama-sama ibu bapa. Hanya mereka sahaja yang mengetahui bertapa bahagianya hati mereka ketika ibu dan bapa dapat berbuka di rumah walaupun mereka tidak puasa. Bagi anak-anak bersama ibu bapa merupakan masa yang paling bermakna buat mereka.

 

Dapat merasai 100% air tangan wanita yang bergelar isteri

Kenangan dapat merasai 100% air tangan isteri sepanjang PKP ini berlangsung adalah satu anugerah yang terindah. Hal ini disebabkan, air tangan seorang yang bernama isteri atau ibu mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Tapi sekiranya masakan yang dihidangan tidak mempunyai rasa yang di impikan maka jangan terus kecewa boleh cuba lagi untuk membuatkan masakan itu terasa lebih enak.

Melahirkan institusi kekeluargaan yang saling tolong menolong

Semasa PKP ini kita dapat melihat kebertanggunjawaban seorang yang bergelar suami. Manakan tidaknya, masa ini lah si suami (KETUA KELUARGA SAHAJA) yang boleh keluar membeli barangan keperluan harian. Sekiranya selama ini, isteri yang membeli maka bermulalah tragedi tersalah membeli bahan masakan. Waktu seperti inilah yang mampu mengajar kita untuk sentiasa bertolak ansur sekiranya berlaku salah fahaman.

Sekiranya suami tersalah membeli barangan keperluan, isteri perlulah sentiasa bersabar dan jangan melenting sekiranya suami tersalah beli kerana kita perlu faham masalah yang mereka hadapi. Masalah itu adalah, mereka tidak mengetahui barang yang di minta oleh kita.

Kenangan yang terindah buat pasangan suami isteri ketika PKP adalah dalam perhitungan membeli barangan keperluan harian, samaada barangan yang di beli betul atau salah. Rasanya kenangan ini akan menjadi kenangan yang manis buat pasangan yang baru sahaja ingin membina mahligai cinta mereka. Di musim PKP ini bebelan sang isteri umpama nyanyi merdu buat si suami.

 

Mampu melakukan segala aktiviti bersama anak-anak

Di musim PKP ini, dapatlah kita meluangkan masa sepenuhnya untuk anak-anak. Ya, walaupun di bulan Ramadhan ini kita tiada bazar Ramadhan atau bazar Raya TETAPI jangan kita lupa kita ada satu bazar yang semua tidak mampu melihatnya. Iaitu bazar Pahala Ramadhan yang semua mampu perolehi. Bazar ini mampu melahirkan anak-anak yang bijak mengaji Al-Quran kerana masa ini kita boleh mengajar mereka membaca kitab Allah.

Ya, masa ini kita mampu melakukan aktiviti bersama anak-anak. Antara aktiviti yang menarik adalah mengaji Al-Quran, belajar hukum tajwid dan bertadarus bersama-sama. Nampak seperti mudah tetapi sebenarnya ianya sukar kerana minat setiap anak adalah berbeza-beza. Justeru itu, ibu bapa perlu bijak dalam mengatur aktiviti bersama anak-anak.

Ketahuilah anak ibarat kain putih yang tiada kotoran, kitalah yang membentuk kain tersebut agar tiada kotoran yang tertumpah di atas kain tersebut.

Di sebalik musibah pasti akan ada mentari, di sebalik penularan wabak virus COVID 19 sebenarnya Allah sedang memberi kita masa untuk melakukan ibadah bersama ahli keluarga. Jangan pernah mengeluh akan sesuatu yang Allah berikan kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh