Cara Meningkatkan Pahala Puasa

Bagaimana cara meningkatkan pahala puasa di bulan Ramadhan? Ramadhan membawa maksud menahan lapar daripada lapar manakala dari segi istilah syarak pula bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari”. Pada bulan ini juga, ramai umat manusia yang berkejar-kejaran mencari pahala yang mudah untuk di perolehi. Tetapi, pada kebiasaanya ramai yang masih mencari jalan bagaimana hendak meningkatkan pahala di Bulan Ramadhan ini.

Antara cara untuk meningkatkan pahala di Bulan Ramadhan ini adalah dengan:-

Sumber gambar google : solat berjemaah antara cara meningkatkan pahala puasa

1) Solat berjemaah bersama ahli keluarga 

Sering kita mendengar bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan (dengan kelebihan yang lain):Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasaatas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya”

Justeru itu, memperbanyakkanlah amal indah kita dengan melaksanakan solat berjemaah terutamanya di musim PKP ini. Bukan apa, dahulu kita sering berkata bahawa kita terlalu sibuk urusan dunia sehingga tiada masa untuk solat berjemaah bersama ahli keluarga TETAPI kini Allah telah memberi ruang kepada kita untuk menunaikan solat secara berjemaah bersama ahli keluarga, maka manfaatkanlah kelebihan tersebut TERUTAMANYA di bulan yang mulia ini.

 

Sumber gambar google 

2) Membaca Al-Quran

Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai Syahrul Quran (Bulan Quran).

Di dalam Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil”

Nabi s.a.w telah bersabda:
“Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: “Wahai Tuhanku aku telah menhalangnya daripada makan dan minum serta mengikut syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya”. Al-Quran berkata:wahaiTuhanku,akutelahmenghalanginyadaripadatidurpadamalamhari,makaizinkanakumemberi syafaatkepadanya,laluditerimalahsyafaatkeduanya” (Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim)

Jadi, membaca Al-Quran bersama ahli keluarga (bertadarus) agar mereka dapat manfaat dalam kisah-kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran sebagai suri teladan kepada mereka. Selain itu, ahli keluarga juga mendapat pahala kerana membaca Al-Quran.

3) Memperbanyakkan solat sunat

Solat sunat yang sering dilakukan ketika menjelang bulan Ramadhan adalah solat sunat Terawih. Solat sunat Terawih ini sangat special dan sangat di nanti-nantikan oleh seluruh umat islam kerana solat sunat ini hanya ada di bulan Ramadhan sahaja. Justeru itu, seluruh umat islam akan berlumba-lumba untuk menambah amal ibadah mereka.

Selain daripada melaksanakan solat sunat Terawih, umat islam juga akan menghidupkan malam-malam mereka dengan amalan yang disyariatkan termasuk qiamullail (1/3 malam) sebelum terbit fajar.

Sumber gambar google : bersedekah di bulan puasa

4) Memperbanyakkan sedekah di bulan puasa

Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai Syahrul Barakah (Bulan Keberkatan). Justeru itu, di bulan ini ramai orang akan meningkatkan amal ibadah untuk meraih pahala yang berganda.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan (dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), didalamnya ada Malam Al-Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya”

Justeru itu, marilah kita memperbanyakan amal ibadah. Bagaimana sekali pun, jangan pernah kita memperbanyakan amal ibadah di bulan ini SAHAJA, pertingkatkanlah amal ibadah di bulan selain bulan Ramadhan ini agar amal ibadah sentiasa meningkat dan tidak menurun. Sesungguhnya iman manusia ada turun dan naikknya.  

Kelihatan mudah untuk mempertingkatkan amal ibadah ketika bulan Ramadhan TETAPI sebenarnya untuk meningkatkan amal ibadah ketika Ramadhan memerlukan kekuatan dalaman agar diri ini mampu mempertingkatkan amal ibadah itu semua. Kerana itu kita harus memahami semua yang Islam ajari agar iman sentiasa meningkat dan tidak menurut .  


Rujukkan:- 

1) http://syariah.perak.gov.my/index.php/blog/314-keutamaan-bulan-ramadan

2) https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3059-al-kafi-1070-solat-berjemaah-selain-masjid-adakah-dapat-ganjaran-27-kali-ganda

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh