Perintah Kawalan Pergerakkan

Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) telah berkuatkuasa pada 18/3/2020 sehingga 31/3/2020. Dan PKP telah dilanjutkan lagi sehingga 14/4/2020. Jadi ada yang berasa tidak puas kerana PKP ini diteruskan. Tetapi tahukah anda mengapa PKP ini dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

convid

convid



Mari kita lihat dari perspektif yang baik tujuan sebenar PKP ini dilaksanakan. Antaranya adalah:-

Bagi memutuskan rantaian penyebaran COVID 19

Maksud memutuskan rantaian penyebaran disini adalah kita tidak mahu virus SARS CoV 2 (penyakit COVID 19) daripada menjumpai perumah baru untuk membiak. Sekiranya virus ini tidak menjumpai perumah yang baru maka kita mampu memutuskan rantaian ini.

INFO!!!
Masa intubasi penyakit ini adalah 14 hari, disebabkan oleh itu jugalah kerajaan memulakkan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) ini selama 14 hari dan ianya ditambah lagi 14 hari kerana kita tidak mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian ini.

Umum semua faham, tanda-tanda mereka yang terjangkiti COVID 19 ini adalah seperti:-

1) demam ( >37.5°C ) dinasihati pergi ke hospital,
2) Batuk yang berterusan,
3) Kesukaran bernafas
4) Sakit tekak.

Tetapi tahukah anda terdapat juga mereka yang terjangkiti tetapi tidak mempunyai tanda-tanda seperti di atas. Mereka inilah yang BAHAYA kerana mereka tidak mengetahui bahawa mereka adalah pembawa penyakit kerana mereka tidak bersimptom. Justeru itu, sebagai langkah pencegahan awal kerajaan perlu melaksanakan PKP ini bagi mengelakkan semua rakyat daripada terjangkiti.

PERHATIAN!!!
Sekiranya kita mempunyai tanda-tanda jangkitan COVID 19 ini jangan panik, hubungi talian online Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC) untuk mendapatkan bantuan.

Dibawah ini merupakan no telephone CPRC Malaysia:-
Telephone No. (Office Hours): 03-8881 0300
Telephone No. (After Office Hours): 013-6699 700

PERINGATAN!!!
Sekiranya kita mempunyai tanda-tanda terjangkiti ATAU kita merupakan Patient under investigation (PUI) ATAU contact rapat patient +ve COVID 19 ELAKKAN daripada menggunakan pengangkutan Awam kerana ditakuti ianya akan tersebar pada orang lain pula.

Membantu barisan hadapan daripada terbeban dengan jumlah pesakit yang ramai

Selain daripada memutusakan rantaian penyebaran ini, kita juga mampu membantu barisan hadapan daripada lumpuh kerana keletihan. Bantulah barisan hadapan kita, mereka juga mempunyai ahli keluarga yang perlu dijaga. Kasihanilah mereka dan patuhilah PKP ini.

Tahukah anda!!!
Pertengahan April ini dijangkakan gelombang ke-3 bermakna kes +ve COVID 19 akan bertambah berlipat kali banda sehingga menyebabkan tempat rawatan tidak mencukupi. TETAPI kita mampu memutuskannya sekiranya semua rakyat mengambil tindakkan untuk duduk di rumah sepanjang PKP ini di jalankan.

Kita mampu putuskannya kerana kita sedang berperang dengan sesuatu yang tidak terlihat. Peperangan ini memerlukan kerjasama seluruh rakyat Malaysia, BUKAN hanya 95% sahaja yang perlu patuhi TETAPI perlu 100% mematuhinya until memutuskan rantaian ini.

Wujudnya masa yang berkualiti bersama ahli keluarga

Sepanjang PKP ini berlangsung terdapat pelbagai kebaikan yang tidak sedari. PKP ini hanyalah salah satu asbab untuk kita meluangkan lebih banyak masa untuk bersama keluarga yang selama ini kita terlalu sibuk bekerja.

Semasa kita sibuk bekerja, kita tiada masa untuk melihat anak kita membesar kerana bagi kita duit itu penting untuk masa hadapan anak-anak. Ketika kita sibuk bekerja, kita lupa untuk menjadi Imam dalam serial solat fardu anak-anak. Dan ketika kita sibuk bekerja kita tidak mampu memberikan sepenuh perhatian kita terhadap anak-anak.

Jadi, dengan terlaksananya PKP ini kita mampu melakukan semua itu. Kita mampu melihat anak-anak membesar dihadapan mata kita sendiri walaupun hanya 1 bulan sahaja. Kita mampu solat berjemaah di rumah bersama ahli keluarga. Dan masa PKP ini lah masa yang paling sesuai untuk kita memberi perhatian terhadap anak-anak kita.

Bayangkan barisan hadapan kita tidak dapat merasai semua ini. Jadi, sebagai rakyat yang tidak bekerja di barisan hadapan bantulah mereka dengan DUDUK DI RUMAH bagi mengelakkan daripada rantaian penyebaran ini berterusan.

Secara konklusifnya PKP ini mempunyai pelbagai kebaikan buat rakyat. Sememangnya PKP ini akan menyebabkan sebahagian mata pencarian rakyat terkesan kerana tidak boleh membuka perniagaan sekiranya perniagaan mereka bukan di kategorikan sebagai essential. Tetapi dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan sekurang-kurangnya mampu mengurangkan sedikit kesusahan rakyat. Sekiranya, kita tidak mahu PKP ini diteruskan lagi patuhilah arahan pihak kerajaan, DUDUK Di RUMAH dan ambillah masa yang ada ini untuk meluangkan lebih masa bersama ahli keluarga. Jadikan masa seperti ini salah satu masa yang berharga.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh