Ibu

Cara Semak Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Ramai yang bertanya cara menyemak dan mendaftar Bantuan Prihatin Nasional. Jika kaum keluarga terdekat, jiran dan rakan taulan, Umi tolong daftarkan je. Tapi untuk rujukan umum, nak kongsi kat sini cara yang sangat mudah dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk memudahkan rakyat umum menyemak atau mendaftar bagi yang belum mempunyai maklumat.

Cara Semak Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Cara Semak Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bagi indivivu yang telah mendaftar dalam Bantuan Sara Hidup (BSH), sudah pasti maklumat  telah wujud di dalam sistem dan apabila semak di Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah pasti keluar bahawa bantuan anda DILULUSKAN sama ada RM1600.00 bagi status keluarga dan RM800.00 bagi status bujang. Bujang kat sini bermaksud seorang. Bagi ibu tunggal, bapa tunggal atau individu yang belum berkahwin juga dikategorikan sebagai bujang.

Anda boleh klik di sini untuk semakan terus ke BPN. Jika semakan menunjukkan anda lulus, ucap ALHAMDULILLAH dan terima kasih kerajaan kerana sangat membantu di masa getir ini. Bagi yang tidak diluluskan mungkin anda betul-betul tidak layak ye. Wang itu  bukan milik kita tapi milik yang sepatutnya. Jika anda rasa anda layak tetapi maklumat anda tiada di dalam sistem, anda boleh mendaftarkan maklumat anda terus sehingga permohonan anda diterima. Setelah anda isi maklumat yang diminta seperti di bawah, pastikan anda membuat pengesahan sehingga PERMOHONAN ANDA DITERIMA.

Semoga permohonan anda diluluskan dan gunakan wang tersebut dengan sebaiknya untuk menampung kos makan dan minum sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Anda adalah orang yang bijak dalam mengurus kewangan anda. Bye.  

Jika anda mempunyai pertanyaan, suka untuk saya berkongsi tentang FAQ yang telah dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk membantu memudahkan anda dan memberi penerangan yang sangat jelas kepada anda. 

Sumber :

https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh