Aktiviti yang boleh dilakukan ketika PKP

Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia telah memberi pelbagai ruang untuk rakyat meluangkan masa bersama keluarga. Secara keseluruhannya terdapat banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa perintah PKP ini yang rakyat tidak sedari.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan semasa perintah PKP ini adalah:-

Mengemas Rumah

Bagi mereka yang bekerjaya pasti sukar mencari masa yang mencukupi untuk mengemas Rumah. Jadi ambillah masa PKP ini untuk mengemas rumah kerana rumah yang bersih mampu membawa 1001 ketenagan dengan sendirinya.

Bak kata perpatah “Rumahku syurgaku”, rumahlah tempat kita beristirehat dan tempat di mana kita berkumpul bersama ahli keluarga. Jadi kebersihan amatlah penting buat semua.

Selain daripada kita dapat melihat rumah tersusun rapi, kita juga mampu “get active” kerana mampu mengeluarkan peluh dari tubuh badan. Sekurang-kurangnya selain rumah kita bersih, tubuh juga sihat kerana mampu mengeluarkan peluh.

Mampu menyediakan makanan buat keluarga

Sumber gambar : google 

Sejak PKP ini dilaksanakan semakin ramai yang mahu mencuba menu-menu baru. Terkadang menu yang tidak pernah di dengari juga menjadi salah satu menu viral. Dengan wujudnya pelbagai menu baru ini mampu membuatkan ibu bapa mempunyai pelbagai idea dalam melakukan aktiviti bersama anak-anak agar mereka tidak bosan.

Antara menu yang viral semasa PKP ini adalah minuman Dalgona coffee. Majoriti rakyat Malaysia mencuba untuk membuat dan keputusannya ada yang berjaya dan ada yang tidak.

Tetapi tahukah anda dengan wujudnya kepelbagaian menu ini mampu menarik minat anak-anak untuk membantu ibu di dapur kerana mereka juga ingin memberitahu satu dunia bahawa ibunya seorang yang rajin mencuba. Mereka juga ingin memberitahu satu dunia bahawa mereka mempunyai keluarga yang bahagia.

Tahukah anda!!!
Setiap aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak mampu mengukir memories yang terindah buat mereka. Setiap satu memories itu akan menjadi terapi buat anak-anak untuk menjadi lebih baik daripada dahulu. Memories yang indah amat penting untuk tumbesaran anak-anak.

Mampu mengeratkan hubungan yang jauh

Sedar atau tidak, sejak bermulanya PKP ini kita lebih kerap menghubungi ahli keluarga yang tinggal berjauhan dengan kita. Kebanyakkan kita akan membuat video call untuk bertanya khabar kerana kita tidak mampu berjumpa dengan mereka, di sini kita boleh melihat bertapa indahnya aturan Allah buat hambanya

Sudut Refleksi Diri!!!
Dahulu kita selalu merunggut tidak cukup masa untuk melakukan aktiviti bersama keluarga,
Kini Allah sudah memakbulkan doa untuk bersama ahli keluarga,
Kini Allah memberikan kita masa untuk mengeratkan semula hubungan kekeluargaan yang mungkin terputus dahulu,
Allah memberi kita masa untuk memuhasabah diri dan memberika kita masa untuk bertadarus bersama ahli keluarga,
Gunakanlah setiap masa yang ada agar kita tidak merasa kekurangan pada masa akan datang.

Kesan yang positif terhadap perlaksanaan PKP ini hanya mampu dilihat sekiranya kita mengikut arahan dengan betul. PKP ini adalah masa yang terbaik buat ibu bapa lebih mengenali anak-anak. Virus yang Allah turunkan ini hanyalah satu asbab untuk kita lebih dekat dengan Allah dan salah satu asbab untuk kita lebih rapat bersama ahli keluarga.

Take home message!!!
Mungkin dahulu kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga melupakan kepentingan keluarga,
Jadi, Allah turunkan satu virus agar kita lebih mementingkan keluarga selepas ini,
Dahulu kita lupa untuk sentiasa meminta pertolongan dengan Allah,
Lalu Allah turunkan virus ini agar kita sedar bahawa tiada pertolongan selain daripada Allah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh