Tips Bergaya Remaja Perempuan

Ramai remaja pada hari ini gemar bergaya mengikut trend dan fesyen masa semasa. Kewujudan media sosial menghangatkan lagi suasana perkembangan industri fesyen apabila ramai selebriti yang tampil dengan pelbagai sentuhan yang menjadi ikutan remaja. Setiap tahun terdapat perubahan dari segi dimensi fesyen. Remaja yang menitikberatkan penampilan pasti tidak mahu ketinggalan untuk mencuba gaya yang sesuai mengikut arus kemodenan zaman sekarang.

Wanita yang bertudung kini juga semakin ramai yang tampil bergaya di lensa. Berfesyen tidak salah asalkan menepati syariat islam kerana kerana kelihatan cantik itu adalah fitrah bagi setiap wanita. Tidak salah bagi wanita khususnya remaja untuk bergaya agar kelihatan menarik dan berkeyakinan. Bagi remaja, pemakaian yang sesuai adalah yang mempunyai ciri-ciri seperti kemas, mudah dan selesa. 

Namun begitu, sebelum bercerita tentang tips bergaya pastikan terlebih dahulu kita menepati syariat yang dianjurkan oleh islam iaitu pastikan menutup aurat dengan sempurna. Antara ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna adalah memakai tudung sehingga melepasi paras dada, tidak memakai baju yang ketat dan nipis, pastikan baju labuh melepasi paras punggung dan adalah lebih baik jika boleh mempraktiskan memakai sarung lengan dan sarung kaki.

Ingat, kaki juga adalah aurat. Ramai yang beranggapan menutup aurat dengan sempurna merimaskan dan membataskan diri untuk tampil bergaya. Tidak semestinya! Jika tahu bagaimana teknik penggayaan yang betul, dalam keadaan bertudung litup dan berbaju labuh sekalipun anda masih boleh kelihatan menarik. Ingat, seseorang yang merasakan dirinya cantik tidak memerlukan sesuatu yang mahal untuk dilekatkan pada badannya. Cukuplah berpakaian sederhana dan tidak bercanggah dengan tuntutan agama.

Warna

Pemilihan warna adalah antara perkara yang paling penting dalam pemakaian. Remaja hendaklah mengetahui warna pakaian atau tudung yang sesuai berdasarkan warna kulit mereka. Orang yang mempunyai warna kulit yang cerah sesuai menggayakan kebanyakan warna tanpa sebarang masalah. Warna yang sesuai untuk orang yang berkulit cerah adalah warna-warna solid seperti merah, hijau, kuning, purple dan biru. Untuk orang yang berkulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang tepat. Warna seperti dusty purple, mint green baby blue, dark blue akan memberi efek putih kepada orang yang berkulit sawo matang. Bagi orang yang memiliki kulit gelap pula warna yang sesuai dengan anda adalah seperti warna pastel atau keemasan. Mereka perlu menghindari warna-warna yang malap seperti warna hitam, coklat, oren kerana kerana ia membuatkan kulit kamu semakin gelap.

Pemilihan Jenis Baju

Percaya atau tidak pemakaian seseorang itu menggambarkan siapa identitinya. Pembentukan identiti dari imej berpakaian haruslah dibentuk sejak remaja. Imej yang anda pamerkan hendaklah disuaikan dengan karekter perwatakan anda. Remaja sering dilabel sebagai lasak, ceria, berani dan berkeyakinan. Oleh itu, carilah baju yang menepati ciri yang anda ingin tampilkan kerana identity anda akan mempengaruhi bagaimana penilaian orang terhadap anda. Bagi remaja, top yang sesuai untuk anda adalah yang berkonsepkan simple dan mudah. Disebabkan remaja sering aktif, pemakaian top hendaklah yang memudahkan pergerakan anda untuk melakukan kerja untuk bergerak aktif ke sana ke mari. Potongan dan bentuk blouse haruslah juga memberi keselesaan kepada anda. 

Blouse Plain atau Berbunga

Jika kamu seorang muslimah moden, sopan dan feminin, pemakaian blouse labuh adalah sesuai. Blouse plain seperti tunik nampak kemas apabila dipakai manakala blouse bercorak bunga memberi ilusi ceria kepada si pemakai. Blouse labuh plain atau berbunga sesuai digayakan dengan skirt kembang yang memberi efek flowy sekiranya blouse itu sedikit pendek atau digayakan dengan seluar slek sekiranya blouse itu labuh. 

Blouse Plain Chiffon

Blouse plain chiffon selalunya dilihat eksklusif dan sesuai digayakan di kebanyakan majlis mahupan santai. Blouse plain chiffon atau striped sesuai digayakan oleh remaja yang berusia belasan tahun. Warna seperti cream, putih, baby pink akan menyerlahkan ciri-ciri keremajaan apabila memakainya. Ia sesuai digayakan dengan seluar slek berwarna hitam. Lagipun, blouse chiffon selesa dipakai kerana ia tidak panas dan bersifat ringan.

Kemeja berkotak dan striped

Jika anda perhatikan, blouse berkotak sering menjadi pilihan remaja masa kini terutamanya remaja sekolah dan remaja universiti. Kebiasaannya blouse ini diperbuat daripada fabrik cotton. Ramai yang memilih untuk mengenakan blouse ini kerana ia sopan menutupi sehingga paras peha selain kelihatan trendy dan up to date, ia juga selesa kerana fabrik menyerap peluh dan paling penting ianya mudah dipakai kerana ia mempunyai butang di hadapan.

Blouse ini sesuai digayakan dengan jeans berwarna biru muda atau jeans biru putih. Kemeja jenis striped juga semakin ramai digayakan oleh remaja. Ketika memakai kemeja striped, kamu boleh tuck in sedikit lebihan baju di dalam dan dipadankan dengan skirt untuk menyerlahkan gaya. Elakkan tuck in dengan seluar kerana sebaik pakaian yang dipakai biarlah labuh menutupi paras paha.

Sweatshirt

Sweatshirt sememangnya sentiasa menjadi pilihan remaja kerana ia tampak lebih relaks. Sweatshirt lebih sesuai dipakai ketika cuaca sejuk tetapi ada yang memakainya semasa melakukan aktiviti indoor seperti berjalan-jalan di shopping mall atau ketika berada di kelas yang mempunyai aircond kerana materialnya yang tebal tidak sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ramai hijabis seperti instafamous menggayakan sweatshirt fur atau fluffy yang semakin in trend pada masa kini untuk kelihatan cozy dan mesra gambar. Apabila memakainya, pasti ramai yang menegur kamu kelihatan bergaya dan tampak mewah.

Pemilihan Jenis Tudung

Pemilihan tudung terbahagi kepada warna dan fabrik. Terdapat pelbagai jenis fabrik yang wujud di pasaran. Pilihlah mengikut kesesuaian. Ada yang jenis licin, matte, tebal, nipis, senang di-iron, stretchable dan pelbagai lagi. Tudung yang sesuai dengan usia remaja adalah seperti bawal yang tidak lapuk ditelan zaman ataupun selendang plain panjang. Terdapat perubahan dari segi gaya dan jenis fabrik bawal yang tidak hanya tertumpu kepada kain kasa sahaja malah kini ramai yang mempelbagaikan variasi fabrik seperti bawal chiffon, bawal crepe dan bawal cotton voil yang banyak dijual di pasaran.

Jika ingin membeli selendang, pilihlah material yang lembut, flowy dan senang dibentuk seperti high quality chiffon. Harga yang biasa dijual di pasaran agak mahal tetapi tidak salah jika kamu mempunyai sehelai dua tudung yang betul betul selesa dari jenama yang berkualiti. Selain itu, material jenis bubble atau denim juga semakin menjadi tumpuan remaja kini kerana ia kelihatan ranggi kepada si pemakai, tidak perlu digosok, bersifat sejuk dan mudah digayakan tanpa mengenakan pin.

Bawal cotton voil menjadi trend remaja masa kini kerana teksturnya yang lembut, senang dibentuk dan selesa manakala selendang sentiasa mendapat tempat dalam kalangan remaja kerana ianya mudah digayakan dengan pelbagai cara.


Seterusnya adalah cara menggayakan tudung dengan baju. Sekiranya memakai tudung berbunga, pastikan baju anda adalah plain. Jika tudung plain tidak salah untuk menggayakan dengan baju plain juga. Trend gadis masa kini ramai yang memilih untuk mengenakan tudung plain yang berlainan warna dengan baju plain. Namun, harus dipastikan color-matching adalah tepat agar tidak kelihatan pelik apabila memakainya. Menurut etika berpakaian, kita tidak digalakkan untuk memakai lebih dari tiga warna pada keseluruhan badan. 

Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda. Warna yang sesuai bagi remaja yang berperwatakan ceria dan happy go luckyadalah seperti warna pastel sebagai contoh warna merah jambu, warna kuning cair, warna baby blue atau warna mint green. Elakkan memakai warna warna yang terang seperti warna merah, warna oren, royal blue atau warna hitam kerana warna sebegini tidak sesuai dengan usia remaja. Ia sesuai dipakai oleh golongan wanita yang lebih berusia atau wanita bekerjaya.

Skirt dan Seluar

Kebanyakan remaja gemar memilih seluar berbanding skirt. Tidak salah jika kamu selesa memakai seluar tetapi amat manis jika sekali sekala kamu bergaya dengan memakai skirt. Skirt menampakkan kamu lebih kelihatan sopan, ayu dan lemah lembut. Skirt yang popular pada tahun 2020 adalah pleated skirt atau layered skirt. Seluar yang menjadi pilihan remaja semestinya jeans kerana jeans senang digayakan dengan pelbagai baju dan kelihatan lebih kasual. Pakailah seluar jeans yang longgar berbanding jeans ketat seperti legging. Ingat matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan disebabkan taksub dengan fesyen kita melanggar syariat. Walaupun ramai remaja kini memakai jeans legging, andai kamu mampu melawan arus dengan tidak terpengaruh dengan fesyen melanggar syariat, kamu adalah seorang yang berprinsip dan pastinya dihormati. 

Selain itu, seluar seperti palazzo juga sesuai dipakai remaja untuk digayakan di pelbagai majlis. Pastikan kamu memilih palazzo dari jenis fabrik yang keras seperti moss crepe berbanding lycra kerana fabrik lycra akan menampakkan bentuk peha dan pinggul dengan jelas berbanding jenis moss crepe yang lebih formal tetapi masih lagi kelihatan santai. Elakkan memakai skirt atau seluar berbunga kerana ia kelihatan highly-fashionable dan tidak sesuai dengan usia remaja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh