Tempat peranginan yang menarik di Port Dickson

Cuti sudah menjelang, ibu bapa mesti risau aktiviti apa yang sesuai bagi anak-anak. Walaupun virus COVID-19 sedang dalam gelombang ke-2 dan menyebabkan kebanyakkan ibu bapa menjadi takut untuk membawa anak-anak berjalan keluar, tetapi tak salah sekiranya ibu bapa memberi sedikit ruang(sehari sahaja) berjalan untuk mengurangkan tekanan akan virus yang menular ini. Mari kita ikuti beberapa tempat yang menarik di Port Dickson.

PERINGATAN!!!
Sekiranya ingin berjalan penjagaan kebersihan diri sepenuhnya perlu dijaga. Bawalah bersama hand sanitizer ketika berjalan. Elakkan daripada membawa anak yang sakit berjalan ke tempat awam.

PD Ostrich Show Farm

Sumber gambar google

PD Ostrich Show Farm atau Ladang Burung Unta adalah satu tempat yang boleh menjadi daya tarikan bagi meluangkan masa bersama ahli keluarga pada hujung minggu (sekiranya tinggal berhampiran) atau musim cuti sekolah.

Disini ibu bapa dapat memberi anak-anak sedikit ruang untuk mengenali latar belakang burung unta itu sendiri. Sambil bermain sambil anak-anak dapat menambahkan sedikit ilmu pengetahuan berkenaan dengan Burung Unta ini.

Selain burung Unta, terdapat haiwan lain yang di tempatkan di PD Ostrich Show Farm. Antara haiwan yang terdapat di sini adalah arnab, keldai, kambing, angsa.

Tahukah anda
Setiap burung unta di sini mempunyai nama mereka yang tersendiri. Burung unta yang paling popular dan rugi sekiranya tidak bergambar dengannya adalah Puteri Rajen. Burung Unta ini sememangnya di lahirkan untuk bergambar dengannya.

Harga Ticket Masuk
Kanak-kanak : RM 10
Dewasa : RM 15

Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 9.30 pagi-6.00 petang

Lokasi
Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kebiasaanya, apabila di sebut Port Dickson hanya pantai yang bermain di minda, terapi setelah wujudnya tempat seperti ini pasti akan ramai lagi pengunjung yang ingin berkunjung ke Port Dickson ini.

Alive 3D Art Gallery

sumber gambar google

Galeri seni 3D ini terletak di tengah-tengah Bandar Dataran Segar, Lukut. Ia mempunyai 50 ilustrasi interaktif, yang kreatif diolah oleh sekumpulan artis berbakat dari China.

Tahukah anda!!!
Terdapat lima zon tema yang berbeza yang anda boleh nikmati antaranya adalah Pengembaraan, Akuarium, Animasi, Kawasan Seni Eksotik dan Terang.

Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap kawasan pelancongan untuk menyediakan tempat membeli cenderhati sebagai tanpa ingatan. Alive 3D art gallery juga tidak pernah melepaskan peluang untuk menyediakan kedai untuk membeli cenderahati. Di sini para pengunjung boleh membeli cenderahati seperti keychain, mainan dll.

Harga Ticket Masuk

Warganegara
Kanak-kanak : RM 15
Dewasa : RM 20

Pelancong Asing
Kanak-kanak : RM 20
Dewasa : RM 25

Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 11 pagi – 8 malam
Sabtu – Ahad : 10 pagi – 9 malam

Lokasi
No 38-40 Jalan DS 2/1 Bandar Dataran Segar Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Rumah Terbalik Port Dickson

Sumber gambar google

Rumah terbalik ini merupakan salah satu tempat bagi pelancong mengambil gambar dan bergembira bersama keluarga.

Masalah yang sering berlaku di rumah terbalik ini adalah kesukaran mengambil gambar apabila terlalu ramai pelancong yang hadir untuk mengambil gambar. Semua ini berlaku kerana kawasan rumah terbalik ini yang sedikit kecil daripada kawasan pelancongan yang lain. Walaubagaimana sekali pun, bagi mereka yang suka ber “OOTD” mereka tiada akan mengambil kisah akan masalah kesesakkan yang berlaku ini. Bagi mereka asalkan gambar mereka cantik itu sudah memadai.

Tahukah anda
Bukan semua di rumah terbalik ini disediakan secara terbalik, TETAPI sebahagian pameran di sini adalah merupakan lukisan 3D.

Harga Ticket Masuk

Warganergara
Kanak-kanak : RM 15
Dewasa : RM 20
Warga Emas : RM 15

Pelancong Asing
Kanak-kanak : RM 20
Dewasa : RM 25
Warga Emas : RM 20

Waktu Operasi
Setiap Hari : 10 pagi – 8 malam

Lokasi
No 13A & 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai 71050 Port Dickson Negeri Sembilan

Pusat Hiasan ikan Port Dickson

Sumber gambar google

Pusat Hiasan Ikan PD ini dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, kebanyakan pengunjung di PD ini masih tidak ketahui akan kewujudan pusat ini. Tetapi masih tidak terlewat lagi untuk menjadikan pusat hiasan ikan ini sebagai salah satu tempat tumpuan ramai.

Hal ini disebabkan oleh, pusat ini mempunyai lebih daripada 40 jenis ikan hiasan termasuklah 20 jenis batu karang yang menjadi pameran untuk tatapan orang ramai.

INFO TAMBAHAN!!!
80 peratus hidupan marin yang dipamerkan di pusat itu adalah hasil daripada ternakan dan pembiakan di pusat itu sendiri, semuanya hasil tangkapan dari perairan Tanjung Tuan. Pusat Ikan Hiasan juga turut mempamerkan penyu kerah dan agar di luar bangunan bagi memberi berpeluang kepada pengunjung melihat sendiri hidupan tersebut.

Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 9 pagi – 5 petang
Jumaat : 9 pagi – 12 tengahari
2.45 petang – 5 petang

Lokasi
Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Taman Tema Wild West Cowboy

Taman tema ini dikenali sebagai bandar cowboy. Lokasi ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik. Antara aktiviti yang ditawarkan adalah:-

a) 5D Motion Adventures
b) 7D Interactive Movie
c) Cowboy Go Round
d) Rider Boat
e) Wild West Desert Explorer

Taman tema ini adalah salah satu tempat yang sesuai untuk para pengunjung menghabiskan masa bersama ahli keluarga.

Harga Ticket Masuk
Kanak-kanak : RM 28
Dewasa : RM 38
Ketinggian bawah 90cm : PERCUMA

(Sumber harga ticket: ticket2u)

Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 10 pagi – 8 malam
Sabtu – Ahad : 10 pagi – 11 malam

Lokasi
59-64, Jalan DS 2/1 Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Secara kesimpulannya tidak salah untuk berhibur bersama keluarga tetapi batasan kebersihan perlu dijaga. Islam telah mengajar kita beberapa garis panduan bagi mencegah sesuatu penyakit, jadi ikutlah garis panduan yang di berikan. Insyaallah segalanya akan selamat.

Rujukkan:-

1) http://www.pdostrichfarm.com/
2) http://segarcity.com/portfolio-view/alive-3d-art-gallery/
3) http://www.mppd.gov.my/ms/wild-west-town-cowboy
4) http://www.mppd.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/muzium-tentera-darat
5) https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-port-dickson/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh