Simptom dan cara tersebarnya COVID 19

Kredit gambar daripada google

Bagaimana tersebarnya COVID 19

Cara COVID 19 ini tersebar adalah melalui beberapa cara. Antara caranya adalah:-

1) Penyebaran daripada manusia kepada manusia yang lain.

– Antara orang yang rapat dengan satu sama lain yang telah terjangkiti (sekitar 1-2 meter jarak yang boleh terjangkiti).

– Melalui titisan pernafasan yang dihasilkan apabila seseorang yang dijangkiti batuk atau bersin.

INFO!!!

Jangkitan boleh tersebar melalui titisan yang mendarat di mulut atau hidung orang yang berdekatan atau mungkin terhirup ke dalam paru-paru.

TIPS:-
Tutup mulut ketika batuk atau bersin menggunakan tisu atau bersin di pelipat lengan. Kawasan itu jarang berlakunya sentuhan orang lain.

2) Bersentuhan atau memegang barangan yang sudah tercemar akan virus tersebut

Salah satu cara tersebarnya virus COVID 19 ini adalah dengan menyentuh permukaan atau objek yang mempunyai virus di atasnya dan kemudian menyentuh mulut, hidung, atau mungkin mata mereka, tetapi ianya tidak dianggap sebagai cara utama virus tersebut merebak kepada satu individu itu.

Take home massage!!!
Mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun atau membawa hand santizer adalah solusi yang terbaik bagi mengurangkan penyebaran virus COVID 19.

PERINGATAN!!!
Cuci tangan menggunakan sabun atau guna hand santizer selepas keluar tanda atau memegang sesuatu objek yang kerap digunakan orang awam. Sekurang-kurangnya 20min sekali penggunaan hand santizer.

Siapakah yang berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID 19.

Faktor risiko yang teruk (COVID 19) dianggap sama dengan penyakit pernafasan lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV. Walaubagaimana sekalipun, pasti terdapat mereka yang mempunyai faktor risiko yang tinggi untuk terjangkiti. Antara yang mempunyai faktor risiko yang tinggi mendapatkan jangkitan adalah:-

●Orang tua
●Anak kecil atau bayi
●Mereka yang menderita penyakit, seperti diabetes atau tekanan darah tinggi, kanser dan dll berisiko tinggi untuk terjangkiti
●Seseorang yang sedang mengalami imun sistem yang rendah (contoh:- seseorang yang sedang sakit, demam, batuk dll)

Tips meningkatkan imun sistem yang pertama adalah tukar gaya hidup yang sihat. Strategi gaya hidup yang sihat mampu meningkatkan imun sistem seseorang individu. Antara tips meningkatkan imun sistem adalah seperti :-

1) Berhenti merokok

2) Makanlah makanan yang tinggi vitamin C (seperti buah-buahan dan sayur-sayuran).

INFO!!!

Sekiranya tidak mampu mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran yang tinggi vitamin C, ambillah supplement yang mempunyai vitamin C untuk tingkatkan imun sistem.

3) Senaman secara teratur (sekurang-kurangnya 30 min sehari 5 kali seminggu)

4) Mengekalkan berat badan yang sihat (BMI yang normal).

5) Mengambil minuman beralcohol secara sederhana.

6) Tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

7) Ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan, seperti mencuci tangan dengan kerap dan memasak daging dengan teliti.

8) Cuba untuk mengurangkan tekanan yang di hadapi

Simptom COVID 19

Simptom penyakit COVID 19 yang dilaporkan adalah dari gejala ringan hingga penyakit yang teruk dan boleh menyebabkan kematian. Gejala berikut mungkin muncul 2-14 hari selepas pendedahan terhadap jangkitan.

Antara simptom COVID 19 adalah:-
●Demam (Gejala demam lebih daripada 38°C)

●Batuk

●Sesak nafas

Secara kesimpulannya, setiap individu boleh dijangkiti virus COVID 19 ini tidak kira anda kaya atau miskin. Hal ini disebabkan virus ini tidak mengenal erti “duit”. Bagi mengelakkan diri daripada terjangkiti atau menjadi penyebab orang ramai dijangkiti maka amalkan kebersihan yang sebenar. Elakkan diri daripada mengambil makanan exsotik dan jaga kebersihan.

“Kebersihan adalah amalan yang baik, kebersihan adalah tanggungjawab bersama”

Rujukkan:-
1)
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/transmission.html

2)
https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/about/symptoms.html

3) https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/how-to-boost-your-immune-system

  •  

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh