Petua Tradisional Menurunkan Kencing Manis

Terdapat pelbagai petua tradisional dalam menurunkan penyakit kencing manis, tetapi persoalannya adakah cara-cara ini selamat di ikuti oleh semua pesakit kencing manis?

INFO!!!
Setiap manusia mempunyai metabolisme yang berbeza justeru itu MUNGKIN pesakit A sesuai mengikuti petua ini bagi menurunkan tahap kencing manis mereka terapi pesakit B tidak. Jadi, setiap apa yang dilakukan haruslah bertanya dengan mereka yang lebih arif seperti Doktor atau Dietitian.

Antara petua yang sering di dengari adalah:-

1) Kacang Bendi
Ramai orang yang menghidap kencing manis telah menurunkan paras gula darah selepas merendam potongan kacang bendi di dalam air semalaman dan kemudian minum jusnya pada waktu pagi.

Walaupun cara ini di luar penyelidikan saintifik tetapi ramai yang mengatakan cara ini mampu menurunkan paras gula dalam darah. Tetapi perlu di ingatkan cara ini bukanlah salah satu penyelidikan saintifik.

INFO TAMBAHAN!!!
Serat tidak larut yang terkandung dalam bendi dipercayai membantu menstabilkan glukosa darah dengan melambatkan kadar di mana gula diserap dari saluran usus.

Tahukah anda?
Sekiranya anda sudah menjalani rawatan untuk pesakit kencing manis, anda harus membiarkan doktor anda mengetahui jika anda sedang menggunakan rawatan alternatif bagi menurunkan kadar gula dalam darah dengan menggunakan kacang bendi.

Hal ini disebabkan terdapat satu kajian menunjukkan penggunaan alternatif ini menyekat penyerapan metformin. Metformin adalah ubat yang digunakan untuk membantu menguruskan tahap gula dalam darah.

Justeru itu, sekiranya anda mengambil metformin pada masa ini, kacang bendi bukan sesuatu yang perlu anda mencuba.

~Take home message~
Tanyalah doktor dalam setiap satu percubaan supaya tiada perbalahan antara effectiveness ubat dan pemakanan yang di ambil. Ianya bagi mengelakkan daripada ubat tidak berfungsi dengan baik dalam merawat sesuatu penyakit.

2) Peria katak

Peria katak pada kebiasaanya dapat membantu dalam penurunan gula darah badan. Ini adalah disebabkan, ianya mempunyai sifat yang bertindak seperti insulin, yang membantu membawa glukosa(gula) ke dalam sel untuk tenaga. Justeru itu, penggunaan peria katak dapat membantu sel-sel menggunakan glukosa dan memindahkannya ke hati, otot, dan lemak. Ianya juga boleh membantu tubuh mengekalkan nutrien dengan menyekat penukaran mereka kepada glukosa yang berakhir dalam aliran darah.

TETAPI ianya bukanlah salah satu cara yang disarankan dalam membantu penurunan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

Mengapa peria katak bukan salah satu cara penurunan gula dalam darah?

Tidak ada dos standard untuk peria katak sebagai rawatan perubatan kencing manis pada masa ini. Justeru itu, peria katak ini dianggap sebagai pelengkap atau ubat alternatif sahaja. Oleh itu, penggunaan peria katak tidak diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) untuk rawatan kencing manis atau keadaan perubatan lain.

3) Halia

Halia mampu membantu mengurangkan paras gula darah dan membantu mengawal tindak balas insulin pada orang yang menghidap diabetes. Ianya dapat dibuktikan menerusi beberapa kajian yang telah dilakukan.

Menerusi salah satu kajian yang dijalankan, peserta dalam kajian ini diberi 2 gram halia setiap hari selama 12 minggu. Pada akhir kajian, penyelidik mendapati bahawa orang dalam kumpulan ini mengalami tahap yang lebih rendah bacaan:-

●hemoglobin A1c (HbA1c)
●apolipoprotein B
●apolipoprotein A-1
●malondialdehid

PERINGATAN!!!
Walaupun terdapat banyak kajian mencadangkan halia membantu dalam pengurusan kencing manis, TETAPI sebagai pesakit kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila memakannya. Kita tidak boleh mengambil lebih daripada 4 gram halia setiap hari. Walaupun kesan sampingan JARANG terjadi, tetapi anda mungkin mengalami pedih ulu hati, cirit-birit, dan sakit perut jika anda makan halia secara berlebihan.

PERHATIAN!!!

1) Wanita yang mengandung harus berbincangan dengan doktor mengenai penggunaan halia yang disyorkan. kebiasaannya wanita mengandung tidak boleh makan lebih dari 1 gram halia sehari.

2) Berbincang dengan doktor jika pesakit ada mengambil ubat cairkan darah. Halia juga mempunyai kesan mencairkan darah, justeru itu pengambilan halia bersama ubat cair darah akan meningkatkan risiko pendarahan yang berlebihan.

3) Anda juga harus berjumpa dengan doktor jika anda mengambil sebarang ubat tekanan darah tinggi. Hal ini disebabkan oleh, halia juga boleh menurunkan tekanan darah yang boleh menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur.

Justeru itu, setiap satu perkara yang dilakukan oleh pesakit perlulah berbincang dengan doktor bagi mengelakkan sebarang komplikasi berlaku. Anda ingin sihat tetapi perlulah sihat mengikut cara yang betul, jangan sesekali mengambil petua tradisional dan meninggalkan ubat-ubatan. Tak salah mencuba tetapi yang salahnya adalah mencuba sesuatu tanpa bantun yang lebih pakar.

Rujukkan:-
1) https://www.diabetes.co.uk/natural-therapies/okra.html
2) https://www.healthline.com/health/diabetes/okra#takeaway
3) https://www.healthline.com/health/diabetes/bitter-melon-and-diabetes#forms-and-doses
4) https://www.healthline.com/health/diabetes/ginger-and-diabetes#risks-and-warnings

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh