Langkah pencegahan COVID 19

Masa semakin berputar, rakyat dunia semakin gelisah akan virus (COVID 19) yang sedang melanda dunia. Rata-rata semua manusia resah-gelisah akan masalah virus ini. Apakah langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh semua orang agar virus ini tidak tersebar secara meluas lagi.

Antara langkah pencegahan yang perlu diambil adalah:-

1) Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.

Kebersihan diri yang tinggi merangkumi segala bahagian diri. Antara kebersihan diri yang perlu di titikberatkan adalah:-

●Elakkan bersin atau batuk menggunakan sapu tangan

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa kita perlu mengelakkan penggunaan sapu tangan ketika bersin atau batuk.

Tahukah anda?

Sekiranya kita bersin atau batuk menggunakan sapu tangan maka semua bakteria atau virua akan melekat di sapu tangan tersebut. Maka penggunaan sapu tangan berulang kali akan menyebabkan seseorang itu mendapatkan semula bakteria atau virus tersebut.

Justeru itu, disarankan menggunakan tisu bagi menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk. Setelah menggunakan tisu tersebut, maka pengguna tisu tersebut haruslah membuang tisu ke dalam tong sampah.

PERINGATAN!!!
Selepas bersin atau batuk haruslah membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer atau cuci tangan bagi mengelakkan bakteria atau virus kekal di tangan atau melekat di tempat lain (barangan yang di pegang).

INFO TAMBAHAN!!!
ELAKKAN bersentuhan dengan mereka yang sudah bersin atau batuk. Didiklah anak-anak untuk menjarakkan diri daripada mereka yang batuk atau bersin sekurang-kurangnya 1 meter (semasa mereka bersin/batuk)

●Kebersihan tangan

Tangan merupakan salah satu bahagian anggota tubuh yang mudah membawa kuman. Justeru itu, kebersihan tangan haruslah di titikberatkan. Sentiasalah membawa hand sanitizer (alcohol haruslah lebih daripada 60% untuk mematikan bakteria) bersama sekiranya berada di luar atau kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun sekiranya ketiadaan hand sanitizer.

PERINGATAN!!!
ELAKKAN penggunaan sabun dalam bentuk ketulan. Penggunaan sabun ini mampu membuatkan bakteria atau kuman melekat dan akan disebarkan kepada pengguna yang seterusnya.

●Penggunaan tandas awam.

Bagi mereka yang menggunakan tanda awam pastikan FLUSH selepas menggunakan. Hal ini disebabkan oleh, virus ini boleh tersebar melalui najis. Justeru itu, sangat di titikberatkan kebersihan penggunaan tandas awam bagi semua pengguna.

“Kebersihan adalah tanggungjawab bersama”.

2) Elakkan daripada berkunjung ke tempat kunjungan ramai

Berkunjung ke tempat yang ramai orang mampu meningkatkan lagi probabiliti untuk mendapatkan jangkitan virus ini. Justeru itu, kurangkanlah berkunjung ke kawasan yang ramai orang.

Tips terbaik sekiranya ingin pergi ke kawasan yang ramai orang (sesak):-

●Gunakanlah penutup mulut dan hidung (topeng muka) ketika berada di tempat yang sesak

Penggunaan topeng muka yang betul berfungsi bagi menghalang jangkitan virus ini. Berikut adalah cara pemakaian topeng muka yang betul serta cara membuang topeng muka yang ramai tidak ketahui.

PERINGATAN!!!
Penggunaan dan pembuangan topeng muka ini amat penting bagi mengelakkan bakteria atau vairus itu tersebar.

Cara penggunaan topeng muka yang betul:-

convid

convid

Sumber gambar google

1) Basuh tangan sebelum menggunakan topeng muka.

2) Bahagian yang berwarna haruslah berada di sebelah luar

3) Ikat tali atas mengelilingi kepala di atas paras telinga. Kemudian ikat tali kedua di bawah paras telinga.

*Bagi topeng muka yang getah (eyeloop) tidak perlu mengikat tali tetapi hanya perlu letak terus tali tersebut di telinga*

4) Topeng muka harus menutupi keseluruhan hidung, mulut dan hidung.

5) Bentukkan kepingan logam mengikut bentuk hidung bagi mengelakkan udara masuk.

Tahukah anda!!!
Topeng muka tidak boleh digunakan melebihi sehari (dalam 4-5jam sekali) tetapi sekiranya basah, rosak atau tercemar oleh cecair badan, disarankan menukar topeng muka dengan segera.

PERINGATAN!!!
Buang topeng muka yang telah digunakan ke dalam beg plastik yang perlu diikat dengan ketat sebelum di buang ke dalam tong sampah.

3) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera sekiranya jatuh sakit bagi mereka yang pernah melawat negara yang mempunyai jangkitan

●Dapatkan rawatan perubatan sekiranya terdapat simptom COVID 19 (14 hari selepas melawat kawasan yang di jangkiti)
●Lapor diri sekiranya pernah melawat tempat-tempat yang di jangkiti

Tahukah anda?
Tujuan lapor diri ini adalah bagi memudahkan urusan kuarantin di jalankan (tidak kira positif atau negativ daripada jangkitan) serta memudahkan urusan langkah pencegahan penyebaran virus kepada orang ramai.

Rujukkan:-
1) http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264

2) http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264

Sumber: buku pandemik influenza

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh