Diet bagi wanita berpantang yang perlu diikuti

Selepas melahirkan bayi pastinya wanita memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan tubuh mereka sihat semula seperti sediakala. Justeru itu, pelbagai pantang larang yang perlu di ikuti bagi memastikan mereka sihat semula. Pada kebiasaannya, pantang larang bergantung kepada budaya sesebuah kawasan atau tempat tinggal.

Berpantang merupakan satu proses pemulihan akibat:-

●Kehilangan darah semasa bersalin
●Pengecutan rahim selepas bersalin
●Keseimbangan hormon wanita
●Ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
●Kehilangan banyak tenaga semasa proses bersalin

Tempoh berpantang selepas bersalin dianggap sebagai masa bagi ibu berehat selepas bersalin bagi merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh.

Justeru itu, penjagaan pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Selain daripada penjagaan pemakanan yang baik rehat yang cukup juga adalah satu keutamaan dalaman proses pemulihan wanita selepas bersalin.

Tahukah anda!!!

Pantang-larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang mengaitkan makanan dengan kemudarataan kepada ibu selepas bersalin, dan makanan tersebut harus dielak dalam satu tempoh masa yang dipanggil tempoh berpantang. Tetapi tiada kajian yang membuktikan bahawa makanan yang perlu di pantang ketika berpantang akan memberi kemudaratan kepada ibu selepas bersalin. Namun kunci utama adalah pengambilan makanan yang seimbang dan sihat haruslah dipatuhi bagi kekal sihat dan kembali ayu seperti sebelum bersalin.

Berapa lamakah tempoh berpantang bagi wanita selepas bersalin?

Sebenarnya tiada tempoh masa yang khusus atau tetap bagi wanita berpantang. Tetapi pada kebiasaannya, tempoh berpantang adalah mengikut budaya dan adat sesebuah kaum. Antara tempoh berpantang mengikut kaum adalah:-

●Wanita Melayu adalah selama 40 hari (hingga 44 hari)
●Masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari sahaja
●Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 30 hari

Adakah diet yang khusus bagi wanita berpantang.

Sebenarnya tiada diet yang khusus bagi wanita selepas bersalin. Walaubagaimana sekali pun, penjagaan atau gaya pemakanan yang sihat adalah perlu bagi memulihkan dan merawat semula tubuh selepas bersalin.

Tahukah anda!!!

Pengambilan makanan ibu berpantang adalah dipengaruhi oleh kepercayaan pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita terdahulu. Terkadang terdapat pantang larang yang mereka amalkan tidak berpadanan dengan amalan diet yang sihat. Justeru itu, kita perlu sentiasa peka dalam sesuatu perkara.

Apakah makanan berpantang yang terbaik buat wanita yang berpantang?

Tiada makanan pantang yang terbaik bagi wanita selepas bersalin. Tetapi, apa yang penting untuk wanita selepas bersalin adalah mereka perlu memastikan makanan yang diambil semasa tempoh berpantang adalah terdiri daripada pelbagai jenis dan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

Nutrient yang mencukupi amat penting bagi memastikan wanita yang baru bersalin mendapat memulihkan luka dalaman mereka dengan cepat. Pada masa yang sama, nutrient yang mencukupi ini mampu menghasilkan susu ibu yang berkualiti.

Terdapat beberapa amalan pantang larang yang perlu di perbetulkan agar ianya tidak tersalah tafsir oleh generasi muda masa kini. Antara pantang larang yang perlu di perbetulkan adalah:-

●Wanita dalam pantang tidak boleh minum air secara berlebihan.

Terdapat pandangan yang mengatakan
wanita dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang.

Tetapi secara faktanya, wanita yang didalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari bagi :-
1) Memulihkan kecergasan badan,
2) Membantu dalam keseimbangan elektrolit dalam tubuh
3) Membantu mengawal suhu badan.

INFO SIHAT!!!

Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi untuk menggantikan air yang diguna untuk menghasilkan susu ibu. Seseorang ibu menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari. Justeru itu, pengambilan air yang mencukupi amat penting wanita yang sudah bersalin dan menyusukan bayi.

●Ikan (sebahagian jenis ikan), ayam dan telur tidak boleh di ambil dalam masa berpantang

Secara faktanya, makanan ini merupakan sumber protein yang baik bagi proses pemulihan luka yang di alami oleh wanita selepas bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan.

INFO TAMBAHAN!!!
Salah satu fungsi protein adalah membantu dalam pembentukan tisu-tisu badan bagi membantu luka untuk sembuh.

Sumber protein ini juga membantu dalam membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses melahirkan dan dapat mencegah masalah anemia.

INFO!!!
Anemia adalah kekurangan sel darah merah yang boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya adalah pendarahan selepas bersalin.

Wanita selepas bersalin memerlukan banyak pengambilan protein bagi membantu proses pemulihan. Justeru itu, elakkan amalan atau pandangan yang hanya membenarkan wanita yang berpantang mengambil ikan kering semasa kerana ini boleh memudaratkan kesihatan dan melambatkan proses pemulihan.

  • Secara keseluruhannya, pandangan yang membantu dari segi kesihatan boleh para wanita yang mahu bersalin ikuti TETAPI pandangan yang kurang baik haruslah dielakkan bagi memudahkan proses pemulihan berlaku selepas bersalin.

Rujukkan:-

1)http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-semasa-berpantang/

2)https://www.wyethnutrition.com.my/ms/pregnancy/post-pregnancy/after-pregnancy-care

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh