BAYI CIRIT-BIRIT DAN KEMBUNG PERUT

 

Ibu bapa pasti pernah hadapi saat-saat sukar ketika mana bayi mereka menangis tanpa henti sehingga berjam-jam lamanya, Antara sebab anak kecil mereka menangis yang ibu bapa perlu tahu ialah kebarangkalian bayi sedang lapar, mengantuk, mengalami ketidakselesa pada lampin yang basah atau yang biasa terjadi  jika bayi menangis kerana mengalami kembung perut dan cirit-birit.

KEMBUNG PERUT

Ibu bapa jangan mudah melatah atau risau apabila bayi anda mengalami masalah kembung perut kerana masalah kembung perut adalah normal dan ia biasa berlaku bagi bayi seusia kurang dari 9 bulan. Mengapa dikatakan biasa kerana ruang dalam abdomen bayi masih kecil berbanding saiz organ lain dalam abdomen. Apabila bayi anda semakin membesar kelak, mereka akan kurang mengalami masalah kembung perut ini kerana badan sudah semakin kuat dan penyusuan semakin baik.

ANTARA PENYEBAB BAYI KEMBUNG PERUT DAN CARA MENGATASI :

  1. Cara penyusuan yang salah.

cara menyusu yang betul

Ibu-ibu terutama perlu waspada ketika menyusukan bayi anda, pastikan posisi ketika menyusukan betul, iaitu dalam keadaan condong dan jika memberikan susu menggunakan botol pastikan saiz putting yang sesuai kepada bayi mengikut usia bayi anda. Jika tidak sesuai, bayi akan menelan banyak udara luar putting lalu menyebabkan kembung perut.

     2. Bayi menangis terlalu lama

Salah satu penyebab bayi akan mudah kembung perut adalah menangis tanpa henti atau kerana dibiarkan menangis tanpa usaha memujuknya. Sewaktu menangis, bayi akan lebih mudah masuk angin dan menambah angin dalam perut kerana biasanya mulut akan ternganga dan terbuka. Jadi, apa yang ibu bapa perlu lakukan adalah untuk memujuk bayi anda. Sambil mendukung, tepuk bahagian belakang bayi dengan lembut sebagai sentuhan menenangkannya.

   3. Susu formula

Pada kebiasaanya, bayi seusia kurang dari 9 bulan tidak sesuai untuk diberi minum susu formula berbanding susu badan. Antara tanda anak anda itu tidak sesuai dengan susu formula, akan termuntah, cirit birit dan kembung perut. Jika terdapat tanda-tanda seperti yang disebutkan, bermakna anak anda mempunyai alahan terhadap susu formula. Terdapat sesetengah bayi akan mengalami alahan terhadap protein susu atau laktosa didalam susu tersebut. Hal tersebut menganggu penghadaman bayi dan membuatkan anak anda mengalami kembung perut. Oleh itu, pastikan anak anda diberikan susu badan atau susu formula yang sesuai dengan usia mereka. Alangkah baik juga ibu bapa untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengambil langkah keselamatan.

  4.  Bayi tidak disendawakan selepas menyusu

Cara sendawakan bayi selepas menyusu

Selepas bayi disusukan, ibu-ibu jangan lupa untuk mengamalkan urutan kepada bayi supaya bayi anda sendawa. Antara cara paling berkesan untuk mengelakan bayi kembung perut adalah dengan mengosok dan menepuk belakang badan sehingga sendawa atau mengeluarkan bunyi ‘Beerghkk’ menandakan bayi sudah kenyang. Jika bayi anda termuntah sedikit selepas sendawa, itu perkara biasa, ibu bapa jangan khuatir. Bayi yang tidak disendawakan selepas menyusu akan mudah mengalami masalah kembung perut kerana wujud angin berlebihan di dalam badan.

CIRIT-BIRIT

Bayi anda mengalami cirit-birit? Ibu bapa jangan bimbang kerana kadang kala bayi akan mengalami situasi begini sewaktu awal usia 6 bulan. Namun begitu, Ibu bapa perlu tahu bagaimana membezakan ciri-ciri najis bayi yang cirit-birit dan bayi yang normal, supaya tidak timbul kerisauan yang berpanjangan.

Bagaimana membezakan najis bayi normal dan cirit-birit;

Najis bayi normal:

  • Jika bayi tersebut diberikan susu badan, najis akan berwarna kekuningan.
  • Jika bayi tersebut diberikan susu formula, najis akan bewarna ikut jenis susu formula itu, sama ada warna kuning kehijauan,coklat atau koko gelap.

Najis bayi cirit-birit:

Kebiasaannya bayi akan membuang air besar lebih kurang 3 sehingga 5 kali dalam sehari dan biasa bayi akan membuang setiap kali selepas kenyang daripada menyusu.

Tanda-tanda bayi anda mengalami cirit birit:

  • KERAP BERAK CAIR/ NAJIS TIDAK BERKETUL
  • MUNTAH
  • DEMAM
  • TERDAPAT DARAH,LENDIR ATAU MUKUS PADA NAJIS

ANTARA PUNCA BAYI CIRIT-BIRIT

  • Jangkitan ROTAVIRUS

Salah satu sebab utama bayi mengalami cirit-birit kerana jangkitan Rotavirus yang menyerang lapisan dalam saluran usus lalu mengakibatkan cirit-birit. Oleh sebab itu, najis bayi cirit-birit akan lebih cair dan berbau. Selain itu, persediaan bancuhan susu yang tidak bersih turut menyebabkan jangkitan bakteria yang menjadikan bayi cirit-birit.

  • Alahan pada susu formula

Menurut kajian, 3% kanak-kanak mengalami alahan kepada protein susu didalam susu formula. Antara tanda bayi anda tidak serasi dengan susu formula adalah bayi akan kembung perut,cirit-birit, kulit bayi akan menjadi kering atau ruam. Jika terdapat tanda-tanda tersebut, ibu bapa segera berbincang dengan doktor tentang susu yang sesuai dengan anak.

CARA MENGATASI BAYI CIRIT-BIRIT

ORAL REHYDRATION SALTS (ORS)

  • Berikan bayi anda minum banyak cecair bagi mengelakkan bayi mengalami terhidrasi. Antara contoh cecair adalah susu badan ataupun kebiasaannya doktor akan memberikan bayi cirit-birit menghirup air garam rehidrasi oral rehydration salt solution (ORS), air garam ini mampu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan kerana cirit-birit.

  • Jika anak anda diberikan susu formula, pastikan susu tersebut dicairkan terlebih dahulu dan cara bancuhannya adalah [air=3oz,susu=2 skop]. Kebersihan perlu diutamakan ya.
  • Elakkan memberi anak anda minum jus buah atau air glukos (bergula). Hal ini kerana gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan bayi akan mengalami cirit-birit berterusan bahkan lagi teruk. Jika memberikan air biasa sekalipun. Pastikan ia dimasak dengan sempurna.
  • Pastikan ibu bapa mendapatkan nasihat doktor sebelum memberikan sebarang ubat cirit-birit kepada anak. Jika diberikan melulu, dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

  • Jika anak anda 2 tahun ke atas, ibu bapa boleh memberikan susu berklutur seperti Yakult atau Vitagen kerana ia mengandungi probiotik yang membantu menyembuhkan masalah cirit-birit.

Antara penyelesaian yang ibu bapa boleh amalkan supaya anak-anak anda tidak mengalami masalah cirit-birit dan kembung perut adalah setiap kali sebelum anak tidur, pastikan sapu minyak angin pada perut, dada, belakang badan, bawah betis bayi dan tapak kaki. Jangan lupa untuk dipakaikan sarung kaki. Semoga dapat kita sama-sama mengambil manfaat daripada perkongsian kali ini.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh