Aktiviti keluarga pada hujung minggu

Anak merupakan anugerah yang terindah buat sepasang suami isteri. Hal ini disebabkan anak adalah pengikat tali kasih sayang buat pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga. Anak juga merupakan simbol cinta yang terbina dalam sebuah hubungan cinta. Kegembiraan anak-anak merupakan kegembiraan ibu bapa juga. Justeru itu, bagi mengukuhkan lagi hubungan kasih sayang sesama keluarga, ibu bapa perlu bijak dalam mengatur aktiviti anak-anak pada hujung minggu.

Antara aktiviti keluarga pada hujung minggu adalah:-

1) Beriadah pada sebelah petang

sebab remaja malas bersenam

Aktiviti ini kerap di lakukan oleh pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil. Sambil beriadah mereka mampu memberikan anak-anak mereka peluang untuk berkawan dengan anak-anak kecil yang lain. .

INFO SIHAT!!!
Dengan cara beriadah mampu membuka minda anak-anak untuk menerokai perkara baru. Ianya mampu menjadikan anak-anak lebih bijak dan kreatif dalam membuat sesuatu.

Tahukah anda?
Tujuan sebenar riadah adalah bagi memberi ruang kepada anak-anak terokai dunia luar (dibawah jagaan ibu bapa) dan memberi ruang kepada ibu bapa menghirup udara segara dan mengurangkan rasa stress di tempat kerja. Amalan riadah ini mampu dijadikan aktiviti hujung minggu yang jimat tanpa mengeluarkan apa-apa modal.

2) Membeli-belah bersama keluarga

Aktiviti membeli-belah juga boleh dijadikan salah satu aktiviti hujung minggu bersama keluarga (tapi bukan setiap minggulah boleh koyak poket hehehehe). Dengan membeli belah bersama ahli keluarga mampu memupuk semangat kenal mengenali antara ibu bapa dan anak. Dengan ini mudahlah bagi ibu bapa mengetahui kegemaran anak, dengan itu mudahlah mereka tackel masalah anak-anak.

PERINGATAN!!!
Elakkan diri daripada membeli belah melalui laman sesawang (online), hal ini akan membuatkan ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak dan lebih tertumpu kepada gadjet dan akan mengurangkan masa bersama anak-anak.

Cara Kawal Anak Main Gadjet

3) Memasak bersama-sama keluarga

Kredit gambar daripada sumber google

Aktiviti yang paling disukai oleh kanak-kanak adalah membuat sepah di kawasan dapur. Walaupun dapur merupakan salah satu zon yang merbahaya tetapi kawasan merupakan salah satu kawasan yang boleh mengeratkan hubungan kasih sayang.

Dengan menyediakan masakan bersama ahli keluarga mampu mengeratkan lagi hubungan kasih sayang. Setiap detik yang terukir mampu memberikan memori indah buat anak-anak, dan akan mendidik diri mereka menjadi seorang anak yang soleh dan soleha.

Salah satu tip berguna buat ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tiada masa untuk memasak bersama-sama maka alih kan cara mengambil hati anak-anak dengan:-

● Minum petang bersama-sama.

Bukanlah satu kewajipan untuk mengadakan aktiviti minum petang bersama-sama setiap hari tetapi dengan melakukan aktiviti minum petang ini mampu membuatkan kita lebih mengenali anak-anak.

Tahukah anda!!!
Semasa minum petang ini anak-anak boleh berkongsi cerita gembira, meluahkan perasaan sedih atau pencapaian yang membanggakan mereka kepada ibu bapa. Hal ini disebabkan, minum petang merupakan masa lapang ibu bapa dan anak-anak.

●Membersihkan kawasan rumah bersama keluarga

Membersihkan kawasan rumah bersama-sama mampu memupuk rasa tanggungjawab seorang anak terhadap sesuatu tanggungjawab. Walaupun terkadang membersihkan kawasan rumah di anggap satu perkara yang mudah dilakukan oleh setiap keluarga tetapi sebenarnya ianya merupakan salah satu perbuatan yang sukar kerana bukan semua kanak-kanak gemar mengemas.

Dengan mengemas kawasan rumah mampu mewujudkan kehidupan yang selesa dan bersih. Dalam pengertian yang mudah dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargan kita juga mampu hidup dalam keadaan yang selesa dan bersih.

4) Menziarahi ahli keluarga yang jauh

Amalan ziarah menziarahi adalah satu perbuatan yang mulia. Selain daripada anak-anak dapat mengenali saudara mereka yang jauh mahu pun dekat ianya juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Amalan ziarah menziarahi ini dapat mendidik anak-anak agar sentiasa menghargai ahli keluarga.

Secara konklusifnya, aktiviti keluarga pada hujung minggu mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargan. Pada masa yang sama, ibu bapa juga mampu untuk mengenali sifat anak mereka secara rapat.

“Anak adalah anugerah yang terindah, justeru itu peganglah amanah itu sebaik-baiknya”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh