Ibu

Apa itu diabetes / kencing manis

Sumber gambar : google

Apa itu Diabetes?
Diabetes ialah satu keadaan dimana hormon insulin yang dihasilkan oleh pancrease tidak mencukupi atau insulin yang dihasilkan tidak dapat digunakan secara berkesan untuk mengawal paras gula dalam darah. Tanpa insulin, gula dalam darah tidak akan dapat ditukarkan kepada tenaga. Justeru itu, aras gula dalam darah akan terus meningkat.

Antara jenis Diabetes adalah:-
●Diabetes Jenis 1
●Diabetes Jenis 2
●Diabetes ketika hamil
Tetapi, dalam penerangan ini kami akan fokus kepada kencing Manis Jenis 1 & 2.

Diabetes Jenis 1

Keadaan dimana organ pankreas dalam tubuh badan mampu mengeluarkan insulin dalam kuantiti yang sedikit SAHAJA atau TIADA insulin yang mampu dihasilkan. Disebabkan oleh itu, mereka (pesakit diabetes) ini memerlukan bantuan daripada luar bagi mengurangkan paras gula dalam darah. Bantuan daripada luar disini bermaksud, mereka memerlukan suntikan insulin bagi mengawal perasa gula dalam darah.

Diabetes Jenis 2

Diabetes Jenis 2 pula adalah organ yang bernama pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin yang dihasilkan tidak berkesan dalam mengawal paras gula dalam darah.

Diabetes Gestasi

Diabetes gestasi atau dikenali diabetes ketika mengandung. Ianya adalah dimana keadaan paras gula dalam darah melebih nilai normal. Ianya bersifat sementara dan biasanya akan hilang apabila bayi dilahirkan. Pada kebiasaannya, ianya berlaku dalam tempoh selepas 5 bulan pertama mengandung. Perkara ini terjadi disebabkan oleh perubahan hormon yang menyekat tindakan insulin.

PERINGATAN!!!
Wanita yang mendapat diabetes gestasi biasanya berisiko TINGGI untuk mendapatkan Diabetes Jenis 2 pada masa akan datang.

Tahukah anda?
Bacaan gula dalam darah yang normal:-
4.0 – 6.0mmol/L (semasa berpuasa)
4.4 – 8.0mmol/L (tidak berpuasa)

Simptom seseorang itu mendapat Diabetes

Antara simptom seseorang itu mendapat penyakit Diabetes/kencing manis adalah:-

●Penurunan berat badan yang mendadak walaupun mempunyai selera makan
●Sentiasa berasa lapar sepanjang waktu walaupun sudah mengambil makanan.
●Mudah berasa dahaga walaupun sudah mengambil minuman dalam kuantiti yang banyak
●Mudah berasa letih atau penat
●Kerap membuang air kecil dalam kuantiti yang banyak
●Luka lambat / sukar sembuh

Faktor risiko Diabetes

1) Berlebihan berat badan
2) Keturunan

Tahukah anda?

Sekiranya salah satu ahli keluarga mempunyai maslaah Diabetes, kebarangkalian untuk seseorang itu mendapatkan Diabetes adalah tinggi.

3) Gaya hidup yang kurang sihat

INFO SIHAT!!!

Gaya hidup yang kurang sihat juga merupakan salah satu faktor untuk mereka mendapatkan Diabetes. Salah satu gaya hidup yang tidak sihat adalah:-
– Kurang atau tidak bersenam (less active)
– Pemilihan makanan yang kurang sihat

4) Faktor usia

Ujian yang boleh dilakukan untuk memastikan paras gula dalam darah?

a) Ujian air kencing

Kebiasaannya ujian ini dilakukan bagi mereka yang ingin memantau atau mengetahui paras gula dalam darah sahaja. Ianya boleh dilakukan di Rumah atau klinik/hospital. Sekiranya, mereka melakukan di rumah biasanya strip itu boleh dibeli di farmasi.

Walaubagaiman sekalipun, ianya bukannya mengeluarkan keputusan yang tepat. Tetapi boleh menjadi salah satu indikator untuk mereka yang mahu mengawal gula dalam darah (bagi mereka yang tidak mempunyai diabetes).

Sumber gambar: google

b) Ujian gula dalam darah (menggunakan gluco meter)

Mengambil darah pada hujung jari dengan menggunakan jarum khas bagi mengeluarkan sedikit darah. Ujian ini biasanya dilakukan selepas 2 jam sudah makan atau selepas bangun tidur. Ujian ini bertujuan untuk memantau paras gula dalam darah bagi mereka yang mempunyai masalah gula yang tidak terkawal.

c) Ujian hemoglobin A1c (HbA1c)

Ujian ini digunakan untuk menentukan purata kepekatan glukosa dalam plasma darah. Hemoglobin merupakan protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. HbA1c terbentuk apabila glukosa bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk glycated haemoglobin.

Tahap HbA1c adalah berkadar terus dengan kepekatan glukosa di dalam plasma darah. Jangka hayat sel darah merah ini biasanya merangkumi tempoh 120 hari (tiga bulan). Jika paras glukosa tinggi, ujian hemoglobin A1c akan turut tinggi.

Oleh itu, ujian HbA1c memberi ukuran TEPAT kandungan glukosa darah dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelumnya. Dalam erti kata mudah, menerusi keputusan HbA1c ini pakar boleh mengetahui serba sedikit gaya hidup atau pemakanan seseorang itu.

Justeru itu, bagi pesakit yang telah mendapat penyakit diabetes, ujian ini akan dilakukan tiga bulan sekali untuk menilai tahap keberkesanan rawatan yang diberikan.

Secara kesimpulannya, pencegahan pada awalnya amatlah penting. Justeru itu, semua orang perlu mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengetahui bahawa mereka mempunyai simptom-simptom kencing manis.

Bukan mereka yang mempunyai simptom sahaja perlu pergi mendapatkan rawatan TETAPI mereka yang tidak mempunyai simptom juga boleh mendapatkan rawatan dengan cara mendapatkan rawatan tahun bagi mengetahui tahap kesihatan diri. “Mencegah lebih baik daripada merawat”.

Rujukkan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/ujian-hba1c/
2) http://www.kk.usm.my/index.php/en/news-media/988-diabetis-kenali-punca-dan-rawatan-yang-perlu
3) Unit Pemakanan & Dietetik HUSM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh