Perbezaan Demam Biasa Atau Flu (Influenza)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Demam merupakan gejala yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat namun flu atau influenza adalah gejala bermusim yang berlaku pada suatu suatu masa. Memandangkan negara Malaysia kini sedang mengalami influenza outbreak, maka adalah penting untuk anda mengetahui simptom demam biasa dan bagaimana membezakannya dengan demam influenza agar anda boleh mengambil langkah pencegahan dari dijangkiti demam virus yang berbahaya ini. Influenza sering disalahanggap sebagai demam biasa dan dibiarkan berlarutan tanpa rawatan kerana simptomnya yang hampir sama dengan demam biasa namun terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti simptom itu berpunca dari bakteria atau virus.

Kebiasaannya seseorang yang mengalami demam akan merasa seperti hidung berair, selesema, sakit tekak, bersin, biasanya akan berlaku secara beransur-ansur dan tidak berbahaya manakala gejala influenza selalunya muncul secara tiba-tiba dan pesakit akan berasa keletihan yang melampau, berlaku demam yang tinggi, batuk, sakit kerongkong, berhingus, sakit otot, sakit badan, sakit kepala dan kesakitan berlarutan selama berminggu-minggu.

Gejala influenza ini jika lambat dirawat boleh membawa maut. Selain itu, virus demam boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun tetapi influenza biasa menyerang secara bermusim yang boleh merebak melalui udara dan titisan. Seseorang yang mengalami batuk atay bersin boleh memindahkan virus kepada orang lain. Seseorang yang menyentuh permukaan tercemar atau menyedut titisan yang masuk melalui hidung atau mulut akan mudah dijangkiti dengan virus influenza ini.

Jenis-jenis Influenza

Demam atau flu adalah salah satu penyakit yang berkaitan dengan saluran pernafasan yang disebabkan oleh pelbagai jenis virus. Terdapat beratus-ratus virus yang boleh menyebabkan seseorang itu demam. Secara asasnya, seseorang yang mengalami demam akan membina antibodi dari jenis virus yang mereka alami dan pada masa akan datang tidak lagi dijangkati virus yang sama lagi namun disebabkan terlalu banyak virus, maka seseorang akan sering mengalami demam sepanjang hidupnya.

Walau bagaimanapun, virus flu tidak banyak seperti virus biasa. Terdapat beberapa jenis flu yang dikategorikan sebagai virus influenza. Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu influenza A, influenza B dan influenza C. Influenza A kebiasaannya yang sering berlaku kepada manusia secara bermusim dan ia adalah epidemik yang bermaksud wabak penyakit yang boleh menyerang ramai orang dalam komuniti sekaligus dan merebak ke satu atau beberapa komuniti yang lain manakala Influenza B juga berbahaya seperti influenza A namun tidak menyebabkan berlaku epidemik secara meluas.

Hal ini kerana virus Influenza B bermutasi secara lambat berbanding virus Influenza A yang bermutasi secara pantas. Influenza C pula hanya menyebabkan selesema sederhana dan tidak berbahaya dan tidak boleh berjangkit. Influenza A adalah yang paling berbahaya berbanding ketiga-tiga jenis virus influenza. Gambar rajah di bawah adalah ringkasan perbezaan ketiga-tiga jenis Influenza.

Nama Influenza Jenis
Influenza A ·         Gejala yang bermusim yang sering berlaku

·         Pembawa dari burung

·         Mempunyai subjenis seperti (H1N1, H2N2,                H3N2, H5N1)

·         Amat berbahaya

·         Epidemik sangat teruk

·         Boleh membawa maut

Influenza B ·         Boleh menjangkiti manusia

·         Pembawa adalah manusia

·         Jarang berlaku

·         Berbahaya seperti influenza A

·         Tidak pendemik

Influenza C ·         Tidak menjangkiti manusia

·         Tidak berbahaya

·         Jarang berlaku

·         Tidak epidemik

Secara lazimnya, demam biasa dan influenza agak sukar dibezakan secara klinikal. Apabila anda pergi berjumpa doktor, mereka tidak akan terus mengatakan ia sebagai influenza apabila hanya melihat simptom secara fizikal. Sebaliknya mereka perlu melakukan pemeriksaan secara detail berdasarkan sampel darah pesakit dan dibawa ke makmal untuk melakukan ujian. Antaranya menggunakan rapid molecular assay untuk mengenalpasti virus Influenza A.

Cara terbaik untuk melindungi diri dari influenza adalah dengan pemberian vaksinisasi yang boleh didapati di klinik swasta namun vaksin ini hanya bertahan selama setahun sahaja kerana virus influenza sering mengalami mutasi. Secara asasnya, tiada ubat yang boleh menyembuh flu namun penggunaan ubat antiviral lazimnya diberi bagi mempercepat proses penyembuhan dan mencegah komplikasi yang lebih serius namun ubat ini memerlukan preskripsi dari doktor.

Antara contoh ubat antiviral adalah zanamivir (Relenza), oseltamivir (Tamiflu), peramivir (Rapivab). Ubat ini bertindak secara efektif dalam masa 48 jam apabila sesuatu influenza itu menyerang. Berbeza dengan demam biasa yang boleh dicegah dengan menggunakan antibiotik atau Panadol. Penggunaan antibiotik tidak membantu merawat virus kerana ia boleh mencegah jangkitan bakteria sahaja.

Jangkitan influenza juga boleh sembuh tanpa pemberian antiviral namun ia bergantung pada daya tahan imun tubuh pesakit kerana setiap orang mempunyai daya tahan sisten imun yang berbeza. Influenza boleh memberi kesan buruk kepada kelompok berisiko tinggi seperti kanak-kanak, ibu hamil, warga tua melebihi 60 tahun, penghidap penyakit jangkitan paru-paru atau penyakit jantung namun orang dewasa juga mempunyai risiko untuk dijangkiti. Jika seseorang tidak sembuh dalam masa seminggu selepas dijangkiti infuenza, adalah lebih baik anda berjumpa dengan doktor.

Apakah perbezaan antara vaksinasi dan ubat antiviral?

Ramai dalam kalangan masyarakat yang masih keliru apakah peranan vaksin dan antiviral. Vaksin adalah suntikan yang diambil sebagai langkah pencegahan dari dijangkiti oleh virus influenza manakala antiviral adalah ubat yang diberi oleh doktor untuk merawat virus influenza setelah seseorang itu dijangkiti. Namun langkah pencegahan yang terbaik juga adalah dengan amalan penjagaan kebersihan dan beberapa tabiat turut membantu bagi mengatasi penyakit ini.

Langkah Pencegahan Influenza

  • Orang ramai dinasihatkan untuk meminum banyak air bagi memastikan gejala influenza sembuh dengan cepat.
  • Pastikan jangan keluar dari rumah sekiranya dijangkiti virus terutamanya pada 3 hari yang pertama kerana berpotensi besar untuk menyebarkan virus kepada orang lain.
  • Elakkan minum kafien.
  • Jaga pemakanan secara sihat dengan memperbanyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Elakkan ke tempat awam yang menjadi tumpuan ramai. Anda digalakkan untuk memakai penutup mulut dan hidung bagi melindungi diri anda.
  • Pastikan sentiasa mencuci tangan dengan betul dan kerap menggunakan sabun yang mempunyai antibakteria seterusnya jangan memegang anggota badan seperti muka dan hidung kerana virus amat mudah tersebar melalui sentuhan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh