Penyebab Berat Badan Cepat Naik

Perkongsian tentang penyebab berat badan cepat naik. Kebiasaannya, kita mesti akan sentiasa menggunakan perkataan berdiet untuk mendapatkan berat badan yang idea atau dalam erti kata kurus.

Tahukah anda?
Kurus tidak semestinya sihat. TETAPI dapatkanlah berat badan yang ideal untuk sihat.

Terkadang terdapat juga masalah sesetengah orang yang sudah berdiet (menjaga pemakanan) dan bersenam tetapi masih sahaja tidak turun berat badan. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah cara diet dan senamannya salah atau terdapat masalah lain yang menjadi penyebab berat badan tidak boleh turun malahan cepat baik?

Disini, kita akan merungkai beberapa penyebab mengapa berat badan cepat naik. Antara penyebabnya adalah:-

Makan secara berlebihan

Bila kita menyebut berkenaan dengan diet perkara yang bermain difikiran adalah pengawalan pengambilan makanan. Tetapi, terkadang mereka yang berdiet ini tersalah faham akan maksud diet itu sendiri.

DIET bermaksud pengambilan jumlah makanan oleh seseorang individu. Manakalah DIET SEIMBANG adalah pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan dalam tubuh badan seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air, dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.

Jadi, apabila kita sebut sahaja berdiet gunakanlah term yang betul iaitu berdiet menggunakan diet yang seimbang bukan sekadar berdiet sahaja. Terkadang mereka hanya mengungkap untuk berdiet tetapi masih sahaja tidak mengawal porsi makanan (makan dalam kuantiti yang banyak). Sekiranya porsi pengambilan makanan tidak dikawal maka berat badan tidak akan turun kerana jumlah makanan (akan bertukar menjadi tenaga) melebihi keperluan harian.

Bagaimana berat badan hendak turun sekiranya pengambilan makanan melebihi keperluan?

Gunakanlah konsep “pinggan sihat” untuk diet yang seimbang.

Tahukah anda apa itu “pinggan sihat”?
Suku-suku separa ada konsep Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Jadi, dengan penggunaan pinggan sihat ini mampu mengawal kuantiti makanan seseorang.

TIP PEMILIHAN MAKANAN!!!

KURANGKAN pengambilan makanan yang berminyak, ELAKKAN pengambilan makanan segera atau fast food, KURANGKAN pengambilan makanan yang manis dan berkarbohidrat tinggi, TINGKATKAN pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Metabolisme yang rendah

Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Setiap manusia mempunyai kadar metabolisme yang berbeza mengikut gaya hidup masing-masing.

Salah satu faktor penyebab seseorang tidak dapat menurunkan berat badan adalah disebabkan metabolisme tubuh mereka rendah. Justeru itu, pengambilan makanan yang lebih daripada keperluan sahaja akan menyebabkan berat badan mereka meningkat secara tidak terkawal.

TIP berguna bagi mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah!!!

  • Aktifkan diri dengan menambahkan pergerakkan dalam sehari seperti melakukan aerobik, bersenam (jogging), dll. Walaupun ianya kelihatan seperti mudah tetapi untuk bergiat aktif agak sukar bagi mereka yang sememangnya tidak aktif.

Disebabkan pengambilan ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi steroid boleh menyebabkan seseorang yang kurus menjadi gemuk.

Apa itu steroid?

Steroid merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak dengan mengawal fungsi badan. Steroid di kategorikan sebagai racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor. Sebarang produk yang mengandungi steroid hendaklah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(Summer rujukkan: portal myhealth)

Kesan pengambilan steroid jangka masa yang pendek:-

  • Pertambahan berat badan terutamanya bahagian muka akan kelihatan lebih sembab
  • Pengguna steroid lelaki akan kehilangan rambut (botak) pada semua bahagian kepala atau pada bahagian yang tertentu. Rambut akan tumbuh semula apabila penggunaan steroid di berhentikan
  • ​Masalah jerawat akan membelengu pengguna steroid

Justeru itu, penggunaan steroid perlu mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Penggunaan ubat steroid tanpa kawalan akan membahayakan pengguna itu sendiri. Tanya pada yang betul-betul arif berkenaan dengan ubat-ubatan ini.

Insomnia

INFO!!!
Insomnia adalah satu perasaan yang subjektif di mana seseorang itu merasakan bahawa beliau kekurangan tidur atau rasa tidak puas tidur walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya.

Untuk mengetahui lebih berkenaan dengan masalah insomnia boleh membacanya dia link dibawah:- 

http://www.myhealth.gov.my/insomnia/

Terdapat penyelidikan yang menunjukkan bahawa kekurangan tidur boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Hal ini disebabkan oleh perubahan dalam kitaran tidur boleh menjejaskan corak dan mood makan, dalam erti kata mudah ianya akan menyebabkan seseorang itu makan terlalu banyak tanpa kawalan.

Orang yang kurang tidur akan makan lebih banyak karbohidrat daripada yang diperlukan dalam tubuh badan. Hal ini bagi memenuhi keperluan tenaga mereka. Ianya akan menyebabkan kenaikan berat badan tanpa disedari.

 

Rujukkan:-

1) http://www.myhealth.gov.my/penggunaan-steroid/

2) http://www.myhealth.gov.my/insomnia/

3) https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/nine-medical-reasons-for-putting-on-weight/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh