Kulit Kusam Dan Tidak Bermaya

Kulit kusam adalah salah satu masalah dermatologi yang paling biasa di dengari. Kulit kusam dikenali sebagai masalah kulit yang telah kehilangan cahaya, jadi masalah kulit kusam ini akan menyebabkan seseorang itu kelihatan tua dan tidak sihat. Pada masa yang sama, garis halus, tekstur kulit yang tidak sekata, kewujudan kedutan dll menyebabkan kulit hilang cahaya secara semulajadi.

Kulit Kusam Dan Tidak Bermaya

Kulit Kusam Dan Tidak Bermaya

PERINGATAN!!
Kulit kusam bukan hanya disebabkan oleh penuaan TETAPI banyak faktor lain yang memainkan peranan dalam masalah kulit kuasa ini antaranya faktor pemakanan.

Faktor penyebab kulit kusam

1) Sel Kulit Mati

Buat pengetahuan umum, kita akan kehilangan sel-sel kulit setiap hari tetapi ketika usia semakin bertambah tua, tubuh badan tidak dapat melakukan tugas menghilangkan sel-sel kulit mati setiap hari dan akan menjadi faktor penyebab kulit kusam.

Penyelesaian yang boleh dilakukan untuk membuang sel-sel mati adalah dengan cara menggunakan product pengelupasan yang lembut dengan menggunakan exfoliants fizikal seperti scrub atau mask muka, atau exfoliants kimia seperti serum atau kulit scrub dua kali seminggu, bagi menghapus sel-sel kulit mati dan membolehkan kulit kelihatan lebih berseri.

2) Dehidrasi

Dehidrasi adalah kehilangan air dalam tubuh badan atau dalam erti kata yang mudah kekurangan air dalam tubuh badan dan menyebabkan kelembapan pada kulit semakin berkurangan. Apabila kulit mengalami kekurangan air, kulit akan kelihatan kurang bersemangat dan mempunyai penampilan yang kurang menawan. Semua perkara ini akan menyebabkan kita terdedah kepada masalah kedut di muka.

Bagi menyelesaikan masalah dehidrasi ini terdapat dua langkah utama yang perlu diambil kira, antaranya:-

●Tingkatkan jumlah air yang anda minum hingga sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari, atau tingkatkan pengambilan air mengikut kesesuaian tubuh badan

●Melembabkan kulit muka secara luaran adalah dengan penggunaan serum dan pelembab.

Dengan bersungguh-sungguh mengikuti dua langkah ini akan menyebabkan kulit menjadi lebih lembab dan mampu mengelakkan kulit daripada kelihatan kusam.

3) Diet yang kurang sihat

Secara umumnya, setiap apa yang masuk ke dalam tubuh badan selalunya akan terlihat melalui kulit kita. Diet yang terdiri daripada pengambilan makanan yang diprocess, pengambilan gula yang berlebihan dan pengambilan garam tanpa kawalan boleh mengakibatkan masalah keradangan dalam tubuh badan. Keradangan ini yang akan menyebabkan kerosakan kolegen ( protein yang memberikan keanjalan pada kulit) dalam tubuh badan.

Selain itu, keradangan ini juga akan menghasilkan garisan halus dan menghilangkan cahaya yang sihat pada tubuh badan lalu menyebabkan kulit semakin kusam. Justeru itu, pemilihan diet yang betul amat membantu untuk menyelesaikan masalah kulit kusam ini. Ambilkan diet yang seimbang serta makanan yang mempunyai nutrient yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, ayam daging tanpa lemak, kekacang dan air yang mencukupi dalam tubuh badan. Dengan pengambilan diet yang seimbang dan sihat mampu mengembalikan semula kesihatan kulit anda.

Tips sihat!

Pilihlah makanan yang tinggi vitamin C dan antioksidan bagi memastikan kulit sentiasa cantik. Hal ini disebabkan, vitamin c membantu dalam pembentukkan kolegen tubuh badan. Antara makanan yang tinggi vitamin C adalah:-

●Jambu batu
●Oren
●Kiwi
●Mangga
●Lemon

4) Tidur yang tidak cukup

Tidur yang tidak mencukupi juga adalah salah satu penyebab kulit kusam. Sewaktu tidur, tubuh membaiki dirinya sendiri termasuklah pengahsilan kolagen baru (protein yang bertanggungjawab je atas keanjalan dan kekuatan kulit).

Kekurangan tidur dalam sehari (kurang daripada 6jam) boleh menyebabkan penampilan garis halus pada kulit. Hal ini disebabkan oleh, darah kurang mengalir ke kulit wajah. Justeru itu, untuk mencapai kulit yang cantik dan sihat, tidur yang mencukupi amatlah di sarankan. Antara masa tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari pada waktu malam bukan waktu siang.

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai pelbagai kekurang. Kulit kusam bukan suatu kekurangan tetapi ianya adalah satu masalah yang boleh diselesaikan. Jangan takut untuk menyelesaikan masalah kulit kusam ini, kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Sama ada kita mahu atau tidak sahaja untuk menyelesaikannya. Cantik itu sakit, tetapi cantik itu juga menawan.

Rujukkan:-
1) https://www.dermstore.com/blog/how-to-get-glowing-skin/
2) https://lomelin.ca/6-causes-of-dull-skin-and-how-to-combat-them-to-restore-your-glowing-complexion/
3) https://www.google.com/amp/s/www.allure.com/story/dull-skin-causes-and-treatments/amp

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh