Diet Tapi Berat Masih Tidak Turun?

Semua manusia di dunia ini mahu kelihatan cantik dan menawan. Pada kebiasaannya istilah cantik menawan bagi wanita adalah ketika mereka kelihatan kurus. Justeru itu, kurus merupakan salah satu impian terbesar buat semua wanita di dunia ini. Cara mudah untuk kelihatan kurus adalah dengan cara berdiet. Tetapi, mengapa terkadang walaupun sudah berdiet berat badan masih sahaja tidak turun.

Adakah cara diet yang diamalkan salah atau kita yang tidak pandai berdiet dengan betul? Persoalan seperti ini sentiasa bermain di minda bagi mereka yang berdiet tetapi masih sahaja berat badan tidak turun.

Disini kami akan mengajar serba sedikit berkenaan dengan diet yang sihat dan betul. Selain itu, penyebab utama mengapa diet yang diamalkan tidak mampu menurunkan berat badan yang sedia ada.

1) Pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat tanpa kawalan

Tahukah anda?

Pengambilan karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan berat badan meningkat dan tidak mudah untuk turun. Hal ini disebabkan, pengambilan karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan ianya menjadi Lemak.

INFO SIHAT!!!

Karbohidrat yang anda makan boleh berakhir dalam 3 bentuk iaitu:-
●Bila karbohidrat masuk ke dalam badan, ia akan ditukarkan menjadi glukosa untuk dibakar menjadi sumber tenaga atau
● menjadi glycogen yang akan disimpan pada otot dan hati,
●Manakala, karbohidrat yang telah dimakan secara berlebihan dan tidak digunakan badan (sebagai glukosa atau glycogen) akan ditukarkan menjadi lemak.

Karbohidrat ini terbahagi kepada 2 iaitu:-

karbohidrat ringkas

Karbohidrat ringkas boleh didapati di dalam kebanyakan makanan kerana ianya menjadi pemanis dalam makanan. Ia mudah dipecahkan dan cepat diserap di dalam darah. Ini menjadikan sebab utama karbohidrat ringkas meningkatkan gula dalam darah dengan lebih cepat.

Contoh :- gula, madu, buah-buahan

karbohidrat komplex

Karbohidrat komplex mengambil masa untuk dihadam dan dipecahkan. Ini menjadikan kebanyakan karbohidrat komplex tidak menyebabkan gula dalam darah meningkat secara mendadak. Disebabkan karbohidrat komplex mengambil masa untuk bertukar menjadi tenaga jadi ianya mampu membekalkan tenaga secara berteruskan untuk tubuh badan kita.

Contoh:- Ubi, nasi, mee, roti dll

Jadi, sekarang lebih mudah bagi kita mengetahui mengapa berat badan tidak turun walaupun sudah berdiet.

PERINGATAN!!!

Walaupun karbohidrat komplex lambat dihadam dan dicernakan berbeza dengan karbohidrat ringkas TETAPI pengambilan karbohidrat komplex tanpa kawalan juga boleh menyebabkan berat badan tidak turun.

2) Kurang mengambil sayur-sayuran dalam makanan

Tahukah anda?
Sayur-sayuran mempunyai serat yang tinggi. Serat membantu lambat lapar. Jadi, meningkatkan pengambilan sayur-sayuran mampu mengelakkan kita daripada mengambil karbohidrat yang berlebihan.

Pengambilan serat yang disaranakan adalah 25g sehari. Tetapi bagaimana kita mampu mencapai keperluan serat dalam sehari?

Tambahkan pengambilan sayur-sayuran di dalam setiap makanan yang di ambil. Paling mudah sekali, ikuti saranan pinggan sihat iaitu amalan suku-suku separa dalam pengambilan makanan utama. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Teknik pinggan sihat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ianya amat berguna buat semua terutamanya bagi mereka yang mahu berdiet secara seimbang.

Ingat “pinggan sihat mengamalkan suku-suku separa”
1/2 daripada pinggan adalah sayur-sayuran
1/3 daripadanya adalah karbohidrat
1/3 daripadanya adalah sumber protein (lauk)

Tetapi, walaubagaimana sekali pun terdapat jenis sayur-sayuran yang mempunyai karbohidrat seperti:-
●Carrot
●Sayur labu

Sekiranya sayur-sayuran ini terdapat di dalam hidangan makanan, di nasihati untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat kerana ianya juga mempunyai nilai karbohidrat yang tersendiri.

3) Tidak bersenam

Diet tanpa senaman akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk menurunkan berat badan dan bersenam tanpa diet juga akan menyukarkan seseorang itu untuk menurunkan berat badan. Begitulah hubungan antara senaman dengan diet. Apabila dua bedan ini bergabung, ianya akan mengeluarkan keputusan yang terbaik.

Bagi mereka yang baru sahaja ingin memulakan gaya hidup yang sihat melalui diet dan senaman, amatlah disarankan bagi mereka untuk memulakan senaman dalam intensiti yang rendah dahulu.

Contoh:-
– Mulakan senaman 10-15 minit sehari dahulu (aktiviti yang disarankan: berjogging, aerobik)
– Selepas itu tingkatkan intensiti tersebut secara berperingkat mengikut kemampuan setiap individu sehingga ke tahap maksimum

Setiap individu mempunyai cara senaman yang berbeza, selagi mereka mampu melakukan teruskan sekiranya sudah tidak mampu cukuplah sampai tahap itu sahaja.

Tip berdiet yang mudah untuk diikuti:-

ELAKKAN atau kurangkan pengambilan makanan manis supaya mudah untuk menurunkan berat badan (contoh:- kuih, air berkarbonat dll)
ELAKKAN skip pengambilan makanan utama (sarapan, makan tengah hari & malam). Ianya akan menyebabkan pengambilan karbohidrat yang banyak untuk mengantikan perasaan lapar yang disimpan.
ELAKKAN pengambilan karbohidrat komplex yang banyak pada waktu malam kerana pada waktu malam kita kurang melakukan aktiviti yang berat atau banyak untuk membakar tenaga yang telah diambil
TINGKATKAN pengambilan sayur-sayuran dalam makanan utama
– Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari 5x seminggu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh