Diet Bagi Diabetes Ketika Hamil

Diabetes gestasi (DG) atau diabetes sewaktu mengandung adalah keadaan di mana kandungan glukosa dalam darah melebih paras normal. Ianya bersifat sementara dan biasanya akan hilang setelah melahirkan. Pada kebiasaannya, ia berlaku dalam tempoh selepas 5 bulan pertama mengandung. Faktor utama berlakunya diabetes sewaktu mengandung adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang menyekat tindakan insulin dalam tubuh badan.

Diet Bagi Diabetis Ketika Hamil

Diet Bagi Diabetis Ketika Hamil

PERHATIAN!!!
Wanita yang mendapat masalah ini biasanya berisiko tinggi untuk mendapatkan Diabetes Jenis 2 pada masa akan datang.

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan Diabetes ketika mengandung adalah:-

●Peningkatan berat badan secara berlebihan semasa awal mengandung.
●Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis.
●Pernah mempunyai sejarah melahirkan bayi lebih daripada 4kg.
●Kematian bayi dalam tahun.
●Terlalu berlebihan berat badan ketika mengandung (BMI melebihi 24kg/m2).
●Menghidapi masalah sindrom ovari polisistik (PCOs).
●Mengandung pada peringkat usia yang agak lanjut.

Masalah / komplikasi yang bakal dihadapi oleh ibu / anak sekiranya mengalami Diabetes ketika mengandung.

Komplikasi pada ibu
●Mendapat pre-eklamsia
●Banyak cecair di sekeliling bayi menyebabkan kelahiran tidak cukup bulan
●Pertambahan berat badan akan menyebabkan kemungkinan mendapat Diabetes Jenis 2

INFO TAMBAHAN!!!
Pre-eklamsia adalah komplikasi kehamilan yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada sistem organ lain, selalunya hati dan buah pinggang. Preeklampsia biasanya bermula selepas 20 minggu kehamilan pada wanita yang tekanan darahnya normal. Sekiranya masalah ini tidak dirawat, preeklampsia boleh menyebabkan komplikasi yang serius termasuklah maut bagi kedua-duanya iaitu ibu dan bayi.

Komplikasi kepada bayi
●Bayi lahir dalam keadaan yang besar (makrosomia) berat ketika lahir lebih daripada 4kg
●Berlaku permasalahan dalam pernafasan bayi
●Masalah glukosa darah bayi
●Mudah mendapatkan penyakit kuning
●Kecatatan pada bayi

Paras gula normal dalam darah ketika berpuasa:

Fasting blood glucose (FBG) = 3.5-5.3 mmol/L

Diet yang terbaik bagi mengawal gula dalam darah adalah:-

1) ELAKKAN diri daripada skip makanan utama (sarapan/makan tengah hari/ malam) dalam sehari dan makan pada masa yang tetap.

– Sekiranya mereka ingin mengawal gula dalam darah, JANGAN pernah skip makanan utama. Sekiranya kita skip waktu makan utama, probabiliti untuk kita mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak adalah tinggi.

INFO TAMBAHAN!!!
Makan waktu yang tetap bagi memastikan insulin dalam badan mampu mengeluarkan insulin pada waktunya. Sekiranya kita (pesakit diabetes) makan pada waktu yang tidak tetap, maka insulin tidak mampu dikeluarkan dengan tepat dan akan menyebabkan gula dalam darah sentiasa tinggi dan sukar untuk turun.

2) ELAKKAN/KURANGKAN pengambilan makanan yang manis atau bergula tinggi

– Kurangkan pengambilan gula pasir, gula perang, gula batu, gula ising atau manisan.
– Elakkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula ringkas seperti minuman berkarbonate, susu pekat manis, madu (yang bukan original)
– Kawal pengambilan makanan kuih tradisional (donat, kuih keria dll)

3) Kawal pengambilan buah-buahan

Buah-buahan mempunyai gula ringkas yang tersendiri. Justeru itu, pengambilan buah-buahan perlu dikawal TETAPI bukan tidak boleh ambil langsung. Mengikut pyramid makanan, buah-buahan boleh dimakan sebanyak 2 kali sehari (2 hidangan) selepas makanan.

Berikut adalah beberapa cadangan buah-buahan serta jumlah yang disarankan pengambilannya. Setiap cadangan hidangannya adalah = dengan 1 hidangan:-

●Jambu batu/mangga : 1/2 biji sederhana
●Limau/apple/ciku/kiwi: 1 biji sederhana
●Kurma : 2 biji
●Langsat/anggur : 8 biji
●Durian : 2 ulas sederhana
●Tembikai/betik/Nenas: 1 potong
●Kismis : 2 sudu besar

4) Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat

Disarankan untuk tingkatkan pengambilan serat kerana makanan yang mempunyai serat yang tinggi mampu membuatkan pesakit diabetes berasa kenyang dengan lebih awal. Jadi, mereka tidak akan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat tanpa kawalan.

Jumlah pengambilan serat yang disarankan dalam sehari adalah 25g/day.

Contoh makanan tinggi serat:-
– sayur-sayuran
– Barli
– Oat
– Bijirin (BUKAN 3 ini 1 bijirin)
– Buah-buahan

Selain daripada diet, terdapat juga cara lain yang mampu mengawal kadar gula dalam darah iaitu senamana dan juga insulin. Tetapi, buat masa ini kita hanya akan menceritakan serba sedikit manfaat diet dalam mengawal gula dalam darah bagi pesakit diabetes ketika mengandung. “Ibu yang sihat akan melahirkan generasi yang sihat”.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh