Cara mengurangkan Jerawat

Bila sebut sahaja jerawat, kaum wanitalah yang paling takut sekali. Bagi kaum wanita, wajah adalah aset yang paling berharga sekali, jadi mereka lebih mementingkan kecantikan wajah. Kaum wanita sanggup berhabis duit untuk kelihatan cantik, jadi mereka akan menjadi mencari pelbagai jalan penyelesaian untuk mengelakkan diri daripada mendapat jerawat.

Cara Mengurangkan Jerawat

Cara Mengurangkan Jerawat

Jerawat, berlaku apabila kelenjar minyak kulit terlalu aktif dan pori-pori menjadi terbuka. Sesetengah jenis bakteria kulit boleh membuat jerawat lebih teruk. Jerawat boleh muncul di mana sahaja di kulit, TETAPI kebanyakannya berlaku di muka.

Jadi, disini kami akan memberi serba sedikit cara yang betul dalam bab penjagaan kulit. Biarlah susah sedikit dalam penjagaan kulit, tetapi asalkan kita kelihatan cantik selepas itu. Kecantikan adalah aset yang berharga buat kaum wanita.

1) Cuci muka

Untuk membantu mencegah jerawat, perkara penting adalah menghapus minyak, kotoran, dan peluh yang berlebihan setiap hari.

INFO PENTING!!
Mencuci muka LEBIH daripada dua kali sehari boleh menyebabkan jerawat lebih teruk. Boleh cuci dua kali sehari sekiranya menggunakan pencuci muka yang bebas alkohol. Elakkan menggunakan pembersih muka keras bagi kulit kering.

Cara mencuci muka yang betul:-

●Basahkan wajah anda dengan air suam panas, BUKAN air panas
●Sapukan pembersih muka yang lembut. Gunakan jari untuk membuat gerakan yang lembut dan bulat. Elakkan penggunaan kain lap untuk membersihkan muka.
●Setelah itu, bilas muka dengan telit.

2) Kenali jenis kulit

Sesiapa sahaja boleh mendapat masalah jerawat ini, tanpa mengira jenis kulit mereka. Walaubagaiman sekalipun, kulit berminyak adalah yang paling mudah untuk mendapatkan masalah ini. Ia disebabkan oleh kelenjar sebum kulit anda yang menghasilkan terlalu banyak sebum berminyak.

Satu lagi jenis kulit yang boleh menyebabkan jerawat adalah kulit kombinasi. Kulit gabungan bermakna anda mempunyai kedua-dua kawasan kering dan kawasan berminyak. Kawasan berminyak cenderung menjadi dahi, hidung, dan dagu, juga dikenali sebagai zon T. Justeru itu, kita perlu ketahui sendiri jenis kulit bagi memudahkan dalam pemilihan produk penjagaan kulit yang betul.

3) Gunakan pelembap kulit

Pelembap membantu kulit membantu dalam mengekalkan kulit daripada terhidrasi. TETAPI kebanyakkan pelembap mengandungi minyak, aroma sintetik, atau bahan-bahan lain yang boleh mengganggu kulit dan menyebabkan jerawat. Jadi, untuk membantu mencegah jerawat, gunakan pelembap tanpa wangian, bebas daripada paraben, SLE selepas mencuci muka atau apabila kulit terasa kering.

4) Kurangkan penggunaan make-up

Penggunaan alatan solek atau dikenali sebagai cosmetic amat menggoda hati setiap wanita. Mereka beranggapan dengan menggunakan alatan ini mampu menutup semua jerawat yang ada. Walau bagaimanapun, perbuatan sedemikian lebih merosakkan wajah atau kulit kerana dengan penggunaan alatan solek boleh menyebabkan penyumbatan dalam liang pori.

Penggunaan natural product amatlah disarankan. TETAPI, sekiranya perasaan ingin menggunakan alatan solek atau kosmetik ini membuak-buak ELAKKAN memakai alatan solek di kawasan:-
●Berminyak
●Gunakan product yang bersifat non-comedogenik
●Elakkan penggunaan product yang mempunyai bau/haruman yang terlalu tinggi

5) Elakkan tangan daripada menyentuh muka ketika tangan dalam keadaan tidak bersih

Tangan adalah tempat kita selalu berjumpa dengan kotoran dan bakteria. Justeru itu, setiap kali kita menyentuh wajah sesetengah kekotoran akan dipindahkan ke kulit dah akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Justeru itu, cuci tangan dengan kerap, dan cuba menyentuh wajah bila perlu sahaja.

Semua orang akan mendapatkan jerawat samaada lambat atau cepat sahaja. Banyak perkara boleh menyebabkan jerawat, seperti hormon, tekanan, keturunan, dan diet. Sesetengah ubat juga mungkin boleh menyebabkan masalah jerawat ini. Justeru itu, usaha pencegahan mungkin membantu, terkadang ianya juga tidak boleh dipercayai. Justeru itu , apa sahaja pelan pencegahan jerawat yang dipilih, kesabaran dan konsistensi adalah kuncinya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh