Cara Memberi Teguran Atau Nasihat

Dalam kehidupan seharian sebagai hamba Allah kita tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, hanya yang membezakan kita dengan hamba Allah yang lain adalah bagaimana kita terima teguran yang diberikan. Atau bagaimana kita menegur hamba Allah sekiranya mereka melakukan kesilapan. Sedangkan Allah menegur hambanya dengan cara yang paling lembut apatah lagi kita sebagai hamba Allah. Kita juga perlu memberikan teguran sesama manusia dengan cara yang paling lembut supaya ianya tidak menyakitkan hati orang lain.

Cara Memberi Teguran Atau Nasihat

Cara Memberi Teguran Atau Nasihat

Terdapat pelbagai cara untuk kita memberikan teguran dan nasihat sesama manusia. Antara cara yang berkesan untuk memberikan teguran atau nasihat kepada manusia adalah:-

Memperbetulkan niat

Setiap perkara yang dilakukan haruslah berserta dengan niat. Ianya sama dengan teguran, setiap teguran atau nasihat yang ingin dilontarkan haruslah berlandaskan niat untuk memperbetulkan akhlak. Bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah seseorang dihadapan khalayak ramai.

Sebelum memberikan nasihat kepada seseorang, muhasabah diri terlebih dahulu. Jangan jadikan orang yang ingin di nasihati itu satu kejayaan kerana berjaya memberi teguran dan nasihat. TETAPI berikanlah teguran kepada hamba Allah kerana kita sayang akan mereka. Jangan jadikan teguran atau nasihat untuk menunjukkan kekurangan atau kesilapan manusia lain.

Selitkan pujian dan fokus pada perkara yang ingin di tegur

Setiap teguran boleh dimulakan dengan pujian supaya mereka yang ditegur itu tidak terasa hati. Bukan semua manusia mempunyai kesabaran dan keterbukaan hati untuk menerima sebarang teguran yang diberikan. Justeru itu, selitkan pujian agar teguran itu seimbang bunyinya.

Setelah kita menyelitkan kata-kata pujian, terus fokus pada perkara yang hendak ditegur. Jangan sesekali berdolak-dalih ketika memberi teguran kerana ianya ditakuti disalah tafsir oleh sesetengah orang.

PERINGATAN!!!

Sekiranya di dalam teguran atau nasihat semata-mata hendak menjatuhkan maruah atau aib seseorang maka ELAKKANLAH daripada melakukannya. Mulakanlah teguran dengan niat sebelum memulakan teguran atau nasihat kepada seseorang.

Dalam surah Taha ayat 25-28 maksudnya:-
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”.

Kawal emosi dan elakkan peneguran atau nasihat melalui media sosial

Di sebabkan zaman semakin maju dan moden terdapat pelbagai cara manusia boleh melihat teguran atau nasihat seseorang. Ianya sama ada melalui media sosial (twitter, instagram, facebook dll) atau surat secara terbuka. Menegur seseorang di dalam media sosial merupakan salah satu cara yang kurang beradab kerana akan ada hati yang terguris kerana berasa malu. Pada masa yang sama, peneguran di dalam media sosial ini akan menyebabkan kita tidak dapat mengawal emosi ketika menulis. Hal ini disebabkan oleh, yang dikatakan teguran atau nasihat melalui media sosial ini boleh menyebabkan seseorang menjadi marah dan salah erti.

Tahukah anda?

Penulisan dan percakapan mempunyai penyampaian yang berbeza. Mungkin manusia yang menulis ingin menyampaikan sesuatu dengan cara penulisannya TETAPI mereka yang membaca memahami sebaliknya. Justeru itu, ELAKKAN peneguran secara terbuka melalui media sosial

Sebenarnya, teguran secara terbuka di media sosial adalah suatu cara yang kurang sesuai kerana ianya ditakuti akan memalukan manusia yang ditegur. Mengapa tidak kita menegur mereka di sebalik tabir (Direct massage) mereka berbanding berbalah atau berbalas comment untuk menegur kesalahan seseorang. Bukankah itu akan menjatuhkan maruah orang tersebut.

PERINGATAN!!!

Islam tidak pernah mengajar umatnya mengaibkan atau menjatuhkan air muka sesama manusia. Tegurlah dengan cara yang berhikmah kerana Islam tidak pernah menghalalkan cara yang salah.

Sekiranya kita tidak mampu menegur mereka, maka doa adalah cara yang terbaik buat mereka. Doa supaya mereka akan berubah suatu hari nanti. Sekiranya kita menjaga aib orang maka Allah akan menjaga aib kita.

Rujukan:-

1) https://www.google.com/amp/s/www.wanista.com/2017/142257/cara-tegur-orang-tanpa-mengecilkan-hatinya-ini-tips-dato-dr-haji-fadzilah-kamsah/

2) http://jakimsabah.islam.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=83:kaedah-rasulullah-saw-dalam-memberi-teguran&catid=32&Itemid=180&lang=ms

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh