Apa Itu Lemak?

Lemak adalah zat yang memberi sumber tenaga dalam tubuh badan manusia yang paling tinggi. Justeru itu, pengambilan lemak haruslah paling rendah dalam diet harian mengikut pyramid makanan.

Apa Itu Lemak

Apa Itu Lemak

Pengambilan lemak dalam makanan seharian tidak dapat dielakkan kerana dalam setiap makanan akan ada lemak yang tersembunyi. Justeru itu, sebagai pengguna kita perlu bijak dalam pemilihan makanan supaya kita tidak mengambil makanan yang tinggi lemak tanpa kawalan.

Tahukah anda?
Lemak mempunyai keburukannya sekiranya mengambil secara berlebihan TETAPI lemak juga mempunyai fungsi penting dalam tubuh badan kita.

Lemak berfungsi sebagai :
– Pengangkut yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E & K yang larut lemak.
– Membekalkan asid–asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan

Justeru itu, lemak bukanlah zat yang langsung tidak mempunyai fungsi kebaikan untuk tubuh badan TETAPI lemak mempunyai fungsi yang tersendiri. Walau bagaimana sekali pun, pengambilannya perlu dikawal bagi mengelakkan daripada memberi kesan buruk pada diri sendiri.

Apakah kesan pengambilan makanan yang tinggi lemak secara berlebihan?

1) Obesiti (berlebihan berat badan)
2) Hyperkolesterolimia
3) Tekanan Darah Tinggi
4) Mudah mendapat serangan jantung
5) Stroke

Pengkelasan Lemak

1) Lemak Tak Tepu

Lemak tak tepu ini adalah jenis lemak cair pada suhu bilik. Pengambilan lemak tak tepu ini perlu dilebihkan dalam diet seharian untuk membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL kolesterol), merendahkan tahap kolesterol jahat (LDL kolesterol).

Terdapat 2 jenis lemak tak tepu iaitu :

i. Lemak mono tak tepu (MUFA)
– minyak sawit
– minyak kanola
– minyak zaiton
– kacang tanah

ii. Lemak poli tak tepu (PUFA)
– minyak jagung
– minyak kacang soya
– minyak biji bunga matahari
– ikan laut dalam

PERINGATAN!!!

Lemak mono tak tepu dan Lemak poli tak tepu (PUFA) TIDAK sesuai digunakan untuk MENGORENG ( deep frying ). Tetapi ianya sesuai untuk digunakan sebagai minyak tumisan. Hal ini disebabkan, lemak tak tepu tidak stabil dalam suhu yang tinggi. Sekiranya menggunakan lemak tak tepu pada suhu yang tinggi ianya akan bertukar menjadi lemak trans.

2) Lemak Tepu

Lemak jenis ini akan menjadi pepejal pada suhu bilik. Pengambilan lemak jenis ini perlu DIHADKAN kerana boleh menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan (obesiti) dan meningkatkan tahap kolesterol jahat dalam darah.

INFO TAMBAHAN!!!
Antara sumber makanan yang mengandungi lemak tepu adalah:-

  •  Kulit ayam, lemak ayam dan daging.
  • Minyak kelapa, santan, minyak isirung sawit, minyak sapi dan mentega.
  • Produk tenusu tinggi lemak.

3) Lemak trans

Lemak jenis ini terhasil apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar kepada bentuk pepejal.
Lemak trans ini biasanya terdapat dalam makanan segera atau makanan yang telah diproses. Ianya bertujuan untuk mengekalkan kesegaran produk makanan tersebut supaya berada di pasaran bagi tempoh masa yang lebih lama daripada asal.

PERINGATAN!!!
Lemak trans lebih berbahaya berbanding lemak tepu.

INFO!!!

Pengambilan lemak trans ini perlu dihadkan kerana lemak trans biasanya dikaitkan dengan :

  •  Peningkatan tahap kolesterol jahat.
  • Risiko kepada penyakit jantung

Sumber makanan yang mengandungi Lemak trans ini adalah :

  • Marjerin dan lemak sayur-sayuran yang diperbuat daripada lemak yang dihidrogenkan atau dipejalkan.
  • Makanan yang disediakan dengan menggunakan minyak mono tak tepu atau minyak poli tak tepu.
  • Makanan terproses seperti makanan ringan, makanan sejuk beku, produk bakeri.

4) Kolesterol

Kolesterol adalah sejenis lemak yang boleh di hasilkan oleh badan. Badan kita telah menghasilkan 80% kolesterol yang diperlukan oleh tubuh badan pada waktu malam. Pengumpulan kolesterol yang berlebihan dalam tubuh badan lama kelamaan akan menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah dan menyebabkan salur darah tersumbat. Komplikasi ini akan menyebabkan seseorang itu mendapat serangan sakit jantung.

Justeru itu, pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Contoh makanan yang tinggi kolesterol:-

●Organ dalaman (hati/paru-paru/limpa/otak/perut)
●Lemak daging / kulit ayam
●Makanan laut
●Mentega
●Produk tenusu penuh krim

Setiap kekurangan pasti ada kebaikan. Sama juga dengan lemak, walaupun pengambilan lemak yang berlebihan membahayakan tubuh tetapi ianya juga mempunyai kepentingan dalam tubuh badan kita. Justeru itu, bersederhananlah dalam membuat pemilihan makanan, sekiranya pengambilan secara berlebihan ianya akan membinasakan diri sendiri.

Rujukkan :-
1) http://www.myhealth.gov.my/lemak-dan-kolesterol/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh