Sebab Remaja Malas Bersenam

Sebab remaja malas bersenam? Senaman mempunyai kebaikannya yang tersendiri seperti mengawal tekanan darah, menguatkan jantung, menurukan kadar kolesterol jahat dan sebagainya. Senaman akan mengajar seseorang itu untuk terus bergerak aktif walau dalam apa juga rintangan. Senaman mampu membakar kalori yang diambil dalam seharian bagi sesiapa yang mempunyai niat untuk menurunkan berat badan.

Tetapi, mengapa anak muda zaman sekarang malas melakukan aktiviti senaman ini. Adakah ianya menyusahkan atau tidak mempunyai daya tarikan terhadap remaja zaman ini. Pelbagai faktor yang menjadi asbab mereka malas hendak bersenam. Justeru itu, mari kita mencari faktor penyebab anak muda pada zaman kini kurang gemar atau malas melakukan aktiviti ini.

Antara faktor penyebabnya adalah:-

Lepak di taman bersama gajet

Seringkali kita melihat anak muda turun padang (pergi ke taman permainan) tetapi mereka tidak melakukan apa-apa aktiviti yang mengeluarkan peluh. Hal ini disebabkan, mereka hanya pergi ke taman untuk lepak bersama-sama kawan-kawan sambil bermain gajet.

Zaman morden ini, kita sering mendengar permainan seperti mobile legends, PUBG, Pokemon Go dan sebagainya yang telah menyebabkan remaja zaman sekarang malas hendak melakukan aktiviti senaman ini. Mereka lebih gemar atau cenderung bersama rakan-rakan meluangkan masa di taman sambil berlumba-lumba bermain gajet bukan berlumba-lumba untuk melakukan aktiviti yang mencergaskan minda seperti bersenam.

Kurangnya motivasi untuk gaya hidup sihat daripada ahli keluarga atau sahabat

Motivasi ini akan wujud apabila seseorang itu mendapat semangat daripada orang yang rapat dan disayangi oleh mereka. Justeru itu, motivasi dalam kalangan ahli keluarga amatlah penting untuk membuatkan anak-anak suka dan gemar untuk bersenam kerana bersenam adalah salah satu gaya hidup sihat yang perlu diamalkan dan amat disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi remaja aktiviti luar seperti bersenam adalah suatu aktiviti yang membosankan kerana mereka tidak gemar melakukan aktiviti senaman berseorangan. Pada usia yang muda ini, mereka gemar melakuakn sesuatu aktiviti bersama rakan atau ahli keluarga.

Hal ini disebabkan, semasa bersenam atau beriadah ini mereka boleh berceritakan masalah yang mereka hadapi secara spontan tanpa berselindung apa-apa. Justeru itu, melakukan aktiviti senaman secara berseorangan adalah suatu aktiviti yang membosankan. Tetapi ianya akan bertukar menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan sekiranya ianya dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Hiburan yang terlalu banyak

Disebabkan terlalu banyak hiburan pada zaman kini, ianya telah menyebabkan remaja semakin malas hendak melakukan aktiviti senaman. Mereka lebih gemar memilih untuk menonton TV berbanding melakukan aktiviti senaman ini. Disebabakan terlalu banyak hiburan pada masa kini, aktiviti bersenam yang mampu mengurangkan kadar stress diabaikan.

Remaja lebih gemar berkhayal dan mengikut rentak hiburan di TV berbanding dengan melakukan aktiviti senaman ini. Disebabkan terlalu banyak menonton TV dalam sehari, ianya akan meningkatkan kadar Obesiti dalam kalangan remaja.

Keadaan cuaca yang tidak menentu.

Bagi pengetahuan umum, keadaan cuaca yang tidak menentu telah menjadi salah satu faktor utama remaja malas untuk melakukan aktiviti luar seperti bersenam, mendaki, bermain badminton dan sebagainya. Disebabkan cuaca sentiasa berubah-ubah mentaliti mereka sudah berubah daripada seronok melakukan senaman kepada senaman adalah suatu aktiviti yang menyusahkan.

TETAPI, tahukah anda senaman tidak semestinya perlu dilakukan di luar sahaja tetapi senaman juga boleh di lakukan di dalam rumah. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan alatan senaman seperti berbasikal, lompat bintang, sit up dan sebagainya.

GAJET yang sangat cangih boleh digunakan sebagai salah satu medium untuk melakukan aktiviti senaman ini. Dengan hanya menggunakan gajet yang sudah sediaada kita mampu mendapatkan cara bersenam yang mudah dan mampu mempercepatkan process menguruskan sebahagian tempat yang kita inginkan. Setiap senaman mempunyai kebaikan yang tersendiri.

Se

  • Sit up
  • Zumba
  • Regangan otot

PERINGATAN!!
Kita perlu menukar mentaliti kita, daripada bersenam itu perlu dilakukan diluar rumah kepada senaman boleh dilakukan di mana sahaja. Hal ini disebabkan, dunia hanya di hujung jari sahaja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh